News Update :

Dapatkan Update 100% Percuma

Enter your email address:

Showing posts with label Gossip. Show all posts
Showing posts with label Gossip. Show all posts

[Artis] - Nabil yang rasa diri dia bagus skali! takbur! angkuh!

Penulis : Ikhtiaruddin on Monday, February 10, 2014 | 8:01 AM

Monday, February 10, 2014

Luahan peminat dalam sebuah forum terkenal tanah air seperti berikut:


Saya bukan nak hina dia sebab saya tahu itu masa silam dia. Saya pun pernah buat benda itu dan saya dah pernah kena dan sudah
berubah pun. Tapi bila orang masih bercakap hal itu, saya tak kisah pun. Jadi, kenapa orang Malaysia ini nak kutuk saya semata-
mata nak bela orang Indonesia yang mereka tak kenal pun siapa.”

Nabil kau rasis ke? dsbbkn dia indonesia?

XHABIS2 NK RAIH SIMPATI CKP MAK SAKIT LA.... ANAK N BINI PUN TERKENA LA!!! LAWAK KAU MMG SAKAI!!! buat muka x malu plak atas
stage!!! mengaib kn orang yang puji kau tipa2 minggu!!!! pastu belum menang sibuk da kira duit 15ribu la.. pulang modal la.
rezeki anak la..





Nabil turut memberitahu bahawa pihaknya tiada sebarang masalah dengan Luna Maya dan tidak akan membuat permohonan maaf kerana
baginya dia tidak melakukan apa-apa kesalahan terhadap pelakon tersebut. -

tidak akn mbuat pmohanan maaf?? dasar caprut n9 mmg sakai kut!




Kesian kat nabil aku google nabil klua gmbar ni.... orang baru nak kaya mmg sombong belagak tinggi diri..

Pramugari di Kondo Nabil, Punca Irma Hasmie dan Nabil berpisah???

Pada Awal Oktober lepas,pada pukul 4 pagi,Irma dan rakannya melakukan terjahan ke Condo Nabil di Changkat View Jalan Dutamas KL
dan menemui seorang gadis memakai boxer dan T-Shirt tanpa bra di dalam kondominium milik Nabil sekaligus merupakan punca utama
Irma memutuskan hubungannya dengan Nabil.

Yang kelakarnye apabila Irma tanya perempuan tue,"kau nie siapa?"perempuan tue ckp.."tak tahu,tanya Nabil"...dan Nabil pula cover
story ckp perempuan tue adalah girlfriend kwnnya Reza..huh..so pahal la nak ada girlfren kwn kat condo si Nabil..teruk betul!

Irma menjelaskan dengan nada sebak yang dia dan Nabil sudah sebulan putus cinta setelah 3 tahun menjadi kekasih.

kata Irma "Apa yang boleh saya jelaskan dengan jujur, sudah hampir sebulan saya dan Nabil tidak mempunyai sebarang hubungan
istimewa. Hampir 3 tahun kami bercinta, semua orang tahu tapi hari ini semuanya sudah berakhir."

Namun Nabil cuba menyembunyikan hal ini dengan mengatakan insiden di Kondo Changkat View adalah satu fitnah dan salah faham,dan
menegaskan hubungannya dengan Irma masih seperti biasa,sebagai kekasih.


Kredit
comments | | Read More...

[PANAS] - Wardina Safiyah Kena Sound Dengan Razak Manap

Penulis : Ikhtiaruddin on Monday, October 7, 2013 | 1:23 AM

Monday, October 7, 2013




Semua neh gara2 luahan ahti Wardina Safiyah berhubung dengan satu laporan audit negara bagi tahun 2012. Dalam laporan berkaitan didedahkan penyelewengan demi penyelewengan, salahguna dana awam dan kerugian demi kerugian serta pembaziran demi pembaziran yang menjadi amalan sektor awam sehingga menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa memasuki frasa berjimat cermat bagi memulihkan kembali ekonomi negara untuk berada di landasan yang betul.

Akan tetap ahti rakyat mana yang tak sedih apabila rakyat diseru untuk berjimat cermat dan bersama2 membantu kerajaan untuk pulihkan ekonomi negara kembali, dengan memaksa rakyat menerima bahawa kerajaan ada rasionalnya kenapa mereka memotong subsidi demi subsidi untuk rakyat, alih2 rupanya kerajaan sendiri gagal menerapkan apa yang dia sering perkatakan kepada rakyat marhaen.


Sejurus selepas itu, Razak Manap berkata:



Kredit
comments | | Read More...

[Gossip] - Yus Jambu Bakal Kahwini Model?

Penulis : Ikhtiaruddin on Sunday, October 6, 2013 | 7:41 PM

Sunday, October 6, 2013




Salah seorang ahli kumpulan Jambu, Yus mendedahkan dia bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan seorang wanita berusia 33 tahun yang bekerja sebagai setiausaha dan model sambilan.

Memetik kenyataannya di Gua, Yus berkata, “di usia begini, paras rupa tidak memainkan peranan utama, sebaliknya saya lebih mementingkan perangainya. Ini kerana saya inginkan seseorang yang memahami kerjaya serta diri saya. Kerjayanya sebagai model sambilan juga sedikit sebanyak membantu dia untuk memahami kerjaya saya”.

Dalam perkembangan seni, kumpulan Jambu bakal digandingkan sebagai pengacara bagi rancangan Lat-Tali-Lat yang dibuat bagi mengimbas kembali nostalgia permainan tradisional dengan kerjasama Antabax dan Astro.

Jambu juga mengakui keserasian yang terdapat di antara mereka menjadikan kedua-duanya serasi apabila digandingkan bersama.

“Kami mengakui serasi bersama sebagai pelawak dan lebih selesa menerima tawaran yang menggandingkan kami berdua. Peluang yang diberikan oleh pihak Astro dan Antabax adalah satu bonus kerana program ini merupakan program kedua yang menggandingkan kami sebagai pengacara,” kata Yus mewakili Tauke


Kredit

PSS: Mau Gandakan Wang 25% dalam tempoh 15 hari sahaja? Klik Sini --> http://bit.ly/GandakanWangAnda
comments | | Read More...

[Gempar] - Aaron Aziz Meninggal Dunia semasa bermain luncur salji di Switzerland?

Penulis : Admin on Monday, September 30, 2013 | 10:15 AM

Monday, September 30, 2013


Berdasarkan berita dari portal di bawah.
Jika diikutkan nama, tiada lagi aktor lain samada di Malaysia ataupun luar negara yang bernama Aaron Aziz.
Jika mengikut berita di bawah, beliau dikatakan meninggal akibat kemalangan semasa bermain ski salji di Zermat Ski Resort, Switzerland.
Ada mana mana pihak yang boleh mengesahkan berita ini?
Adakah ia benar atau sekadar rekaan semata mata?

UPDATE!! 
AARON AZIZ dikhabarkan Meninggal dunia adalah hanya khabar angin yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.maaf atas kesilapan dan entry asal pun hanyalah persoalanbukannya fakta tepat..HARAP MAKLUM



Kredit
comments | | Read More...

[PANAS] - Amy Search Diisytihar Muflis?

Penulis : Ikhtiaruddin on Wednesday, September 18, 2013 | 9:08 AM

Wednesday, September 18, 2013




Amy Search Diisytihar Muflis?
Kami sebelum ini ada juga dengar khabar angin mengatakan rocker popular ini mengalami masalah kewangan tetapi tidak mengambil peduli sangat kerana mana mungkin penyanyi yang sudah lama bertapak dalam dunia seni mempunyai masalah duit.



Dengan status lagenda rock yang beliau pegang, Amy Search pastinya tidak akan menghadapi masalah besar untuk menyelesaikan hutang peribadi. Namun, khabar yang sampai kepada kami mengatakan beliau menghadapi masalah untuk selesaikan hutang perniagaan.

Lebih tepat, Amy Search telah gagal untuk selesaikan satu hutang enam angka yang berkaitan dengan sebuah konsert jelajah kumpulan Search sekitar 2009 yang lalu dan perkara ini telah pun dibawa ke mahkamah sehingga beliau di’isytiharkan muflis.

Di atas, kami menerima satu salinan dokumen rasmi mahkamah yang di’dakwa sebagai notis pengisytiharan muflis Amy Search.

Jika perkara ini benar, kami berharap Amy Search ada rancangan sendiri untuk menyelesaikan hutang di atas kerana pastinya sulit untuk beliau melakukan urusan kewangan di masa hadapan jika perkara ini berlarutan. Hmm


Kredit 
comments | | Read More...

[Gossip] - Sekolah Tak Habis Dah Popular?

Penulis : Admin on Tuesday, September 17, 2013 | 7:37 PM

Tuesday, September 17, 2013




Sudah pasti ramai yang kenal dengan Chacha Maembong iaitu adik Emma Maembong yang tengah hangat sekarang di kaca hiburan.Di sini wa selitkan sedikit biodata Chacha Maembong yang sungguh comel.


Nama penuh: Siti Aisyah Maembong
Nama komersial:  Cha Cha Maembong
Umur: 17 Tahun (2013)
Karier: Pelakon
Darah kacukan: Melayu dan Scottish
Adik beradik: 10 orang adik-beradik
Drama: Setia Hujung Nyawa



Kredit
comments | | Read More...

[Gossip] - Sah! Fouziah Gous-Zhafran Nikah 21 September Ini

Penulis : Admin on Friday, September 13, 2013 | 11:30 PM

Friday, September 13, 2013



KUALA LUMPUR, 13 SEPT 2013: Aktres jelita, Fouziah Gous akhir mengumumkan yang dia dan tunangnya, Zhafran Dato` Yusof, 30, bakal diijabkabulkan dalam satu majlis akad nikah yang akan dilangsungkan pada Sabtu, 21 September ini.

Pengumuman itu dibuat Fouziah sendiri dalam satu majlis sidang media mengumumkan tarikh pernikahan serta persandingannya yang diadakan di Seri Kembangan, petang tadi.

Dalam sidang media tersebut, Fouziah memberitahu yang majlis akad nikahnya akan diadakan di Dewan Tengku Ampuan Jemaah, Masjid Bukit Jelutong pada sebelah malam selepas Isyak. Majlis akad nikah itu juga akan diserikan dengan tema Pakistan dan warna putih.




Majlis resepsi sebelah perempuan pula akan diadakan pada malam Ahad, 29 September di Marriot, Putrajaya manakala bagi pihak lelaki pula akan diadakan di kediaman Zhafran di Bukit Jelutong pada 5 Oktober ini.

Fouziah dan Zhafran telah ditunangkan pada 1 Jun lalu dalam satu majlis pertunangan yang diadakan di Bora Asmara, Kuala Lumpur. Mereka mula berkenalan pada Mac lalu dan selepas lebih 3 bulan mengenal hati budi, pasangan ini bersetuju untuk mengikat pertunangan dan mengumumkan akan berkahwin selepas sambutan Aidilfitri tahun ini.


Kredit
comments | | Read More...

[PANAS] - Kisah Sebenar Kes Rogol Anak Tiri Oleh Ex- Ruffedge

Penulis : Admin on Wednesday, September 11, 2013 | 6:57 PM

Wednesday, September 11, 2013



Episod Kes Rogol seorang artis Hip Hop Ruffedge membuatkan ramai tertanya-tanya siapakah gerangan orangnya. Setelah diteliti ramai membuat andaian artis tersebut ialah Iwan Ruffedge atau dikenali sebagai Cikgu Jebat.

Walaubagaimanapun, melalui sebuah blog, kisah sebenar yang berlaku telah dibongkar demi menuntut bela atas segala fitnah yang dilemparkan kepada Iwan/Jebat Ruffedge.

Berdasarkan blog itu, kisahnya bermula apabila Iwan Ruffedge telah mendalami ilmu agama Islam dan menginsafi diri dari dunia maksiat. Iwan dikatakan telah cuba mengajak isteri dan anaknya itu sekali mendalami ilmu agama.

Namun isteri dan anak dikatakan terus mahu hanyut didalam dunia moden dan tidak mahu berubah. Disebabkan dendam dan mual dengan perubahan Iwan, isteri dan anak tirinya itu berpakat menFITNAH Iwan agar jatuh tersungkur. Ini dikuatkan lagi dengan penipuan anak buah isterinya itu sebagai saksi untuk menguatkan cerita.

---------------------------

Sedutan daripada Blog Warung Kopi See Sharp Minor -- >

Buat pertama kalinya Blog Warung Kopi See Sharp Minor memaparkan sebuah KISAH BENAR yang dikhabarkan kepada kami oleh sekumpulan rakan-rakan yang kami percayai kata-kata mereka lantaran kesemuanya tegar menjaga SOLAT harian mereka. Sesudah kami ISTIKHARAH, sebulat suara kami di blog ini merasa TERPANGGIL untuk menyiarkan blogpost kali ini yang cuba merungkaikan sebuah FITNAH sehingga menzalimi seorang Hamba ALLAH. 
Sesungguhnya HARAM membuat, menyampai dan menabur FITNAH. Akan tetapi sekiranya kita bertembung dengan sesebuah fitnah yang menganiaya sesorang sehingga terpenjara akibat fitnah pertuduhan yang direka, adakah WAJAR kita berdiam membiar? Oleh kerana perkara ini yang berkisar pertuduhan terhadap seorang bekas penyanyi yang merogol anak tiri sudah tersiar di media massa secara umum, maka kami memilih untuk menyiarkan kisah “Kaunter FITNAH” ini dengan corak penulisan sebegini… 
Aku berlindung dengan ALLAH dari syaitan yang direjam. 
Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. Demi ALLAH (Wallahi, Wabillahi, Watallahi) aku PERCAYA apabila datang kebenaran (Dari Tuhan), maka HANCURlah kebatilan. Sesungguhnya kebatilan itu menghancurkan. Itu maksud ayat AlQuran yang terngiang di telinga penulis sewaktu mula-mula mendengar kisah pergolakan hidup mangsa fitnah yang terpilih hidayah ALLAH untuk memperbetulkan arah hidup.
Konflik BERMULA disaat mangsa masih sebagai seorang Suami dan ayah tiri kepada anak perempuan isterinya hasil perkahwinan terdahulu. Ketika mula beralih arah mahukan kehidupan beragama, setelah sekian lama bergelumang dalam kehidupan bebas berselut noda kotaraya, si suami yang merupakan seorang artis nyanyian tanahair yang agak popular sekitar permulaan abad ke-21, mula dibenci si isteri dan anak tiri sendiri. 
Kebencian yang bermula akibat keengganan si isteri menurut ajakan suami agar meninggalkan kehidupan lama bernoda menuju kehidupan beragama yang lebih mulia, kemudian bertukar tentangan yang disertai si anak tiri gadis sunti yang sudah lama tiada berperawan lagi. Memandangkan usia si anak tiri masih hingusan sekolah menengah, pasti ramai yang takkan percaya betapa besarnya NAFSU serakah anak ini yang ketagihan disetubuhi mana-mana lelaki. ASTAGHFIRULLAH AL’AZIM. [Penulis rasa malu terpaksa menulis kebenaran sebogel ini].
 
Nafsu Ammarah si isteri yang mahu kekal ranggi dan seksi ditambah kebodohan si anak tiri yang termakan hasutan ibu sendiri untuk berganding bahu demi melampiaskan rasa benci mereka kepada si suami / ayah tiri, yang makin jauh terpesona dengan keindahan hidup beragama, kemudian berkembang menjadi FITNAH. Sememangnya sumpah Iblis Laknatullah untuk tidak putus asa membisikkan kesesatan dalam api kemarahan agar anak Adam a.s kufur bersamanya dalam apa jua cara adalah BENAR sebagaimana direkodkan oleh ALLAH s.w.t dalam AlQur’an.
Hanya kerana pada asalnya sekadar benci diajak beragama, si isteri ranggi pemabuk abadi bersama si anak gadis kepingin setubuh tak mau berlaki ini berpakat mengenakan si Suami / Ayah Tiri. Maka bermulalah episod pertuduhan yang mengekori penceraian pasangan bekas penyanyi RnB ini dengan si isteri. Dengan nasihat perundangan yang secukupnya, si ibu dan si anak memulakan episod laporan polis berkenaan tuduhan FITNAH terhadap si Suami / Ayah tiri. Segalanya mereka gagahi demi mau melihat bekas suami  / ayah tiri tersungkur dibenci, dihina, dicaci dan dikeji.
Sewaktu masih berkahwin, mereka berhasil dengan dua orang anak. Di saat si Suami mulai cenderung menuju jalan ukhrawi mencari ketenangan diri, kedua anak ini selamat dalam jagaannya. Walau tidak semewah mana, Alhamdulillah makan dan pakainya masih terjaga. Kasih si Ayah tak pernah berbeza kepada mereka walau ibu mereka sudah tak mau ambil tau. Demi mahu jalan mudah menuntut nafkah, si isteri kemudiannya memperjuangkan haknya mau memelihara kedua anak mereka. Tewas lagi si bapa yang dihalang memelihara anak-anaknya menurut kerangka sistem perundangan kita.
Kedua anak-anak itu kemudiannya diletakkan di rumah saudara si ibu seksi ranggi dalam keadaan yang tak terurus makan pakai meraka lantaran saudara si ibu juga punya anak sendiri. Makin terhiris hati si bapa bila mengetahui anak-anak yang dikasihi diperlakukan sebegini hanya kerana dendam kesumat antara kedua ibubapanya masih berbaki dan terus berapi. Episod DENGKI ini berterusan lagi dengan permainan halus orang melayu; sihir. Hampir segenap sudut kehidupan Sahabat teraniaya ini diuji… Subhanallah.
Satu persatu hamburan FITNAH dari bekas isteri melanda hidup Sahabat ini setelah hatinya dibuka untuk mencari keredhaan Ilahi. Dek kerana keampuhan semangat dan keikhlasan Sahabat ini yang mahu terus berpegang kepada agama meskipun bertalu diuji kanan dan kiri, semakin meluap kemarahan bekas isterinya. Pada pandangan perempuan ini, orang yang mengada-ngada nak tunjuk baik dengan Tuhan sesudah bersama-sama dengannya menempuh keseronokan kemaksiatan adalah POYO. 

Diringkaskan cerita, akibat susunan FITNAH ini, Sahabat yang tertuduh dijatuhi hukuman 20 tahun penjara dengan 10 sebatan. Inilah hasil PENGAKUAN si ibu seksi ranggi + si anak gadis tiri bernafsu tinggi + seorang doktor yang mengesahkan ada kesan persetubuhan pada kemaluan TERPAKAI si anak tiri + persaksian MUNAFIQ sepupu si anak tiri yang juga anak saudara si ibu seksi ranggi. Mahkamah dunia kita BERJAYA menjadi kaunter FITNAH paling efisien, apabila lengkap bukti bersandar PERSAKSIAN & PENGAKUAN kesemua watak yang disebutkan tadi. Semudah itu FITNAH membeli sistem perundangan ini…
Agak pelik dan membingungkan jika difikirkan apakah benar sampai begitu sekali cerita ini… Bunyinya memang sesuai dibuat telemovie samarinda. Namun pengalaman mendengar penceritaan kisah ini secara langsung dari sekumpulan manusia beragama Islam dan mengamalkan kehidupan agama mereka secara bersederhana pasti akan membuatkan kita SUKAR untuk mengatakan ini cuma cerita rekaan… Inilah yang penulis rasa sepanjang diberitahu pergolakan kisah ini seawal beberapa tahun lepas sehinggalah berita terkini Sahabat yang diFITNAH dianggap oleh mahkamah sebagai bersalah minggu lepas.
Secara ideal SUDAH TENTU jika perundangan ISLAM yang dijadikan sandaran PENGHAKIMAN, persaksian yang disebutkan tadi masih tidak mencukupi syarat pertuduhan. Namun demokrasi di sini sudah tentulah dikembari undang-undang sivil berpaksi penjajah British. Ruang bersumpah dengan nama ALLAH di Negara ini cuma dipakai untuk kes liwat paksarela. Di kesempitan ruang hukum sebegini adakah hak sebagai seorang Muslim yang mahu diadili secara ISLAM di sini benar-benar dilindungi? Haruskan sistem perundangan sedia ada diperbodohkan dengan format semasa yang sudah boleh dibaca untuk dimanipulasi tukang FITNAH dengan selamba? Jangan biarkan Mahkamah jadi Kaunter FITNAH.
Berbalik kepada kisah FITNAH akhir zaman yang melanda Sahabat bekas penyanyi ini… sehingga setakat ini iringan doa ikhlas kami terus mengiringi ketidakpuasan hati apabila perundangan kita menghukum sebegini. Tanpa rasa ingin berputus asa, akan kami teruskan usaha membongkar FITNAH ini selain mencabar keputusan mahkamah setakat ini menerusi apa jua saluran yang termampu kami ikhtiarkan… In sha ALLAH. 
Justice for Jebat Ruffedge. ALLAH knows best bro… We stand with TRUTH. Allah’s Truth will prevail. ALLAH Maha Besar… Lebih BESAR dari segalanya…
 
 
 
Kredit
comments | | Read More...

[PANAS] - Terlalu Kecewa, Syamsul Yusof Berniat Berhenti Mengarah Filem

Penulis : Admin on Tuesday, September 10, 2013 | 8:35 AM

Tuesday, September 10, 2013


Kisah Syamsul Yusof tetapi kenapa wajah ayahnya yang terpampang di’atas? Kerana Syamsul Yusof tidak hadir ke majlis tayangan bersama media untuk filemnya sendiri, KL Gangster 2.



Bercakap kepada media malam tadi, Datuk Yusof Haslam memaklumkan yang anaknya itu tidak dapat hadir ke majlis tayangan semalam kerana masih tertekan dengan isu cetak rompak KL Gangster 2 yang terjadi beberapa minggu yang lalu.

“Emosi Syamsul belum stabil. Jiwanya terganggu akan kejadian rompakan digital terhadap filem KL Gangster 2. Saya faham dengan situasi yang dihadapinya itu”


Dalam majlis yang sama, Yusof Haslam juga ada mendedahkan luahan hati anaknya itu yang mahu berhenti mengarah filem selepas kejadian KL Gangster 2 di’sabotaj ini.

“Tapi yang saya risau, dia kata dia nak tarik diri daripada industri filem. Dia dah tak mahu terus mengarah lagi. Syamsul ni jenis degil, kalau dia kata dia nak buat sesuatu tu, dia akan buat. Ini yang cukup membimbangkan saya,” tambah Yusof Haslam.

Yusof Haslam menambah lagi jika benar Syamsul Yusof menarik diri dari dunia perfileman Malaysia, ianya satu kehilangan yang sangat besar kerana pengarah muda itu punyai potensi yang tinggi selain mempunyai barisan filem yang berjaya sebelum ini.

“Jika dia betul-betul tarik diri, sudah pasti ia satu kehilangan besar industri perfileman tanah air. Ramai yang datang kepada saya dan memberitahu bahwa saya bertuah mempunyai anak seperti Syamsul yang dapat meneruskan legasi empayar perniagaan saya”

“Saya harap dengan sokongan para penonton terhadap sambutan filem ini di pawagam, dapat mengembalikan semula semangatnya. Saya harap dia tak silap perhitungan & tak putus asa”

KL Gangster 2 akan ke pawagam seluruh negara pada 3 Oktober 2013 ini.




Kredit
comments | | Read More...

[Gossip] - Nabila Huda Kemalangan!

Penulis : Admin on Monday, September 9, 2013 | 6:50 PM

Monday, September 9, 2013





Nabila Huda & anaknya, Keisha di’laporkan telah mengalami satu kemalangan lewat petang tadi di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Karak ketika pulang ke Kuala Lumpur dari menjayakan sebuah program anjuran Astro di Kuantan, Pahang.

Kedua dua mereka di’fahamkan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) bersama seorang pemandu lain & kenderaan itu telah terbalik akibat kemalangan tersebut.

Pelakon Syazwan Zulkifly yang turut serta dalam program di Kuantan itu mengirimkan sekeping gambar menunjukkan kenderaan yang di’naiki Nabila Huda & Keisha dalam keadaan terbalik.


Khabar angin awal yang bertebaran mengatakan Keisha telah tercampak keluar dari kenderaan ketika kejadian malang ini berlaku & ayahnya menerusi status di Twitter menafikan perkara itu dan berkata Nabila Huda memaklumkan Keisha berada dalam kereta sepanjang kejadian.

Dalam salah satu status Twitter bekas suami Nabila Huda itu juga ada mengatakan yang Keisha mengalami patah tangan akibat kemalangan itu namun tiada berita tentang kecederaan yang d’alami oleh Nabila Huda — namun kedua dua mereka di’laporkan selamat.




Gambar di’atas yang dikongsikan Zaidy Zailani menerusi Instagram beliau menunjukkan sebelah tangan Keisha yang berbalut dan kini menerima rawatan di hospital.Menerusi beberapa status Zaidy Zailani menerusi laman Twitter, beliau nampaknya tidak dapat menahan geram apabila mengetahui anak kesayangan’nya terlibat dengan kemalangan dan turut menulis beberapa ayat pesanan buat bekas isterinya, Nabila Huda.




Kredit
comments | | Read More...

PENJELASAN JEHAN MISKIN ISU PAKAI LOKET SIMBOL SALIB

Penulis : Admin on Monday, August 26, 2013 | 1:48 AM

Monday, August 26, 2013

Pelakon Jehan Miskin telah dikaitkan dengan isu foto dia memakai loket yang berlambang ‘salib‘. Foto berkenaan telah dikongsikan oleh Jehan menerusi laman Instagramnya. Seperti biasa, ianya terus mengundang isu dikalangan peminat. Ada segelintirnya mendakwa loket yang dipakai oleh Jehan itu adalah berbentuk salib dan meminta agar aktor berkenaan berhati-hati dalam soal pemilihan aksesori.

Bagaimanapun menerusi medium yang sama, Jehan turut menjelaskan bahawa loket yang dipakainya bukanlah simbol salib, malah simbol tersebut lebih dikenali sebagai fleur-de-lis ataupun paling mudah ianya boleh dilihat sebagai simbol pasukan pengakap.



Harap dengan penjelasan Jehan ini segala isu berkaitan selesai dan janganlah main tuduh-tuduh sahaja. Kalau boleh siasat dahulu. Selain itu, jangan pula Jehan salah faham dengan nasihat dari peminat. Anggaplah mereka ambil berat berkenaan anda.

p/s: Ada yang cepat sangat salah faham…



comments | | Read More...

[Gossip] Jehan Miskin Di Tuduh Pakai Rantai Salib??

Penulis : Admin on Friday, August 23, 2013 | 11:16 AM

Friday, August 23, 2013

EKSLUSIF! JEHAN MISKIN DITUDUH PAKAI RANTAI SALIB? | Isu pemakaian aksesori yang menyerupai lambang salib nie dah banyak kali rasanya disentuh terutamanya bila melibatkan pemakainya artis terkenal. Jika sebelum ini pelakon dan penyanyi bibir seksi, Kilafairy pernah dikaitkan dengan foto berunsurkan lambang salib, terbaru seorang lagi pelakon lelaki iaitu Jehan Miskin turut dikaitkan dengan isu yang sama.
Menerusi sekeping foto yang dikongsikan oleh Jehan bertarikh 15 Ogos lalu, pelakon ini dilihat sedang berada disamping isterinya, di mana mereka kelihatan sedang memakai sepasang rantai dengan caption berbunyi



Foto tersebut bagaimanapun menarik perhatian beberapa orang peminat, di mana ada segelintirnya mendakwa loket yang dipakai oleh pelakon drama What If itu adalah berbentuk salib dan meminta agar aktor berkenaan berhati-hati dalam soal pemilihan aksesori.

Dalam pada itu, Jehan turut menerangkan bahawa loket yang dipakainya bukanlah simbol salib, malah simbol tersebut lebih dikenali sebagai fleur-de-lis ataupun paling mudah ianya boleh dilihat sebagai simbol pasukan pengakap.







Kredit
comments | | Read More...

Categories

About

Blogroll

 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Berita Meletop . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger