News Update :

Dapatkan Update 100% Percuma

Enter your email address:

Showing posts with label Tangkap Khalwat. Show all posts
Showing posts with label Tangkap Khalwat. Show all posts

[PANAS] - Pelajar ditangkap laku seks dalam tandas sekolah

Penulis : Ikhtiaruddin on Monday, February 17, 2014 | 9:37 AM

Monday, February 17, 2014

Tenom: Kegiatan tidak bermoral sepasang kekasih yang juga pelajar tingkatan dua sekolah menengah di sini, yang melakukan
hubungan seks di dalam tandas sekolah, terbongkar apabila perbuatan mereka disedari guru disiplin sekolah terbabit, kelmarin.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 10.30 pagi, pelajar masing-masing berusia 14 tahun ditahan ketika berada dalam keadaan tidak
terurus di dalam tandas sekolah berkenaan oleh guru disiplin yang kebetulan menyedari perbuatan mereka.


Menurut sumber, kejadian berlaku ketika waktu rehat apabila pelajar lelaki itu memanggil teman wanitanya ke tandas untuk
melakukan hubungan seks.

“Secara kebetulan guru disiplin sekolah terbabit yang melakukan rondaan melakukan pemeriksaan di tandas berkenaan sebelum
menemui pasangan pelajar itu.


“Hasil soal siasat, pelajar lelaki mengaku baru selesai melakukan seks dengan pelajar perempuan dan memaklumkan ia kali ketiga
mereka melakukan hubungan seks di dalam tandas sekolah berkenaan,” katanya.


Sumber berkata, pihak sekolah kemudian memaklumkan kejadian itu kepada bapa pelajar perempuan sebelum membuat laporan polis.

“Suspek ditahan dan ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom untuk siasatan lanjut,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tenom Deputi Superintendan Mazlan Lazim ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan
siasatan lanjut masih dijalankan.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol.


Harian Metro difahamkan, tandas lelaki di tingkat tiga sekolah berkenaan jarang digunakan pelajar.


Kredit
comments | | Read More...

Remaja Ditangkap Khalwat Ketika Sedang Tonton Naruto..

Penulis : Puteri Dania Emilia on Tuesday, August 20, 2013 | 8:55 PM

Tuesday, August 20, 2013



KANGAR , 20 Ogos - Seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun ditangkap penduduk kampung dipercayai sedang berdua-duaan di rumah teman lelakinya berusia 18 tahun di Kampung Sungai Batu Pahat, di sini, semalam.
       
Menurut seorang saksi, yang juga penduduk kampung berkenaan, remaja perempuan itu selalu datang ke rumah lelaki terbabit namun, kali ini mereka ditahan penduduk kampung apabila ibu lelaki terbabit tiada di rumah.
       
“Saya bersama tiga penduduk kampung, termasuk seorang anggota Rela pergi ke rumah itu kira-kira jam 11 pagi tadi (semalam) setelah melihat remaja perempuan berkenaan datang ke rumah teman lelakinya sejak jam 9 pagi.
       
“Bila kami ketuk, pintu hanya dibuka selepas beberapa minit dan apabila kami masuk ke rumah, mereka berada dalam keadaan mencurigakan di bilik lelaki tu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
       
Remaja perempuan itu yang masih bersekolah berkata, dia ke rumah teman lelakinya untuk meminjam komputer riba.
       
“Saya tak ke sekolah hari ini sebab nak ambil komputer riba daripada teman lelaki saya. Kami tak buat apa-apa pun cuma tengok kartun Naruto,” katanya.
       
Pasangan terbabit kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Perlis (Jaip) untuk siasatan lanjut.
       
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jaip, Mohd Al-Hafiz Abdul Aziz berkata, pihaknya datang ke rumah terbabit kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam, setelah dimaklumkan imam masjid kampung berkenaan.
       
Katanya, remaja perempuan itu dikatakan selalu datang ke rumah itu untuk menolong ibu teman lelakinya membuat kuih namun semalam ibunya tiada di rumah.
       
“Kita dah soal siasat pasangan ini dan mereka mengaku berada di rumah menonton televisyen, bagaimanapun kami terpaksa menahan mereka untuk disiasat mengikut Seksyen 9 (1)(2) Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991 kerana berkhalwat,” katanya.


Kredit

comments | | Read More...

Categories

About

Blogroll

 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Berita Meletop . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger