News Update :

Dapatkan Update 100% Percuma

Enter your email address:

Showing posts with label Berita Semasa. Show all posts
Showing posts with label Berita Semasa. Show all posts

[Gempar] - Nenek Buat Pembedahan Plastik Untuk Kelihatan Seperti Watak Kartun

Penulis : Ikhtiaruddin on Monday, May 12, 2014 | 10:27 AM

Monday, May 12, 2014

Annette Edwards, 57 tahun rela menghabiskan wang £ 10,000 lakukan pembedahan plastik sehingga kelihatan seperti watak kartun, Jessica Rabbit.

Keinginan Annette itu bermula dari cintaannya dengan haiwan arnab. Dan seperti yang diakuinya, dirinya amat menyukai segala hal yang bersangkut-paut dengan arnab dan berkeinginan untuk mirip dengan idolanya, Jessica Rabbit dalam filem "Who Framed Roger Rabbit?"

"Saya mempunyai arnab pertamaku semasa berusia 8 tahun dan arnab itu menjadi teman terbaikku. Saya selalu bermain dengan arnab tersebut selama berjam-jam, kami tak dapat dipisahkan", ujar nenek ini.

Masa berlalu, sejak itu ia selalu terpukau dengan watak kartun Jessica Rabbit. "Saya rasa dia mempesona dan selama bertahun-tahun saya berkeinginan untuk menyerupai idolaku itu," tambah Annette yang sudah mempunyai cucu tersebut.

"Kadang-kadang, aku dithan di jalan dan mendapat banyak sekali pujian yang menyenangkan," ujar Annette.


------------------------

 Jangan Lupa subscribe Website ini. Terima kasih.
comments | | Read More...

[PANAS] - Azan Di Larang Di Masjid Al-Ibrahimi

Penulis : Ikhtiaruddin on Sunday, February 9, 2014 | 11:06 AM

Sunday, February 9, 2014



Pihak berkuasa Israel dilaporkan menghalang Masjid al-Ibrahimi di Hebron melaungkan azan sebanyak 49 kali pada bulan ini atas alasan laungan azan mengganggu penduduk Israel dan menyebabkan kawasan itu menjadi bising.

Pengarah Jabatan Wakaf di Hebron, Tayseer Abu Snaineh berkata, pihak berkuasa Israel menghalang masjid berkenaan melaungkan azan ketika masuk waktu solat, tindakan yang dilihat memihak kepada penduduk Yahudi yang melawat bandar lama Hebron.

Tayseer berkata, tentera Israel yang berkawal di pintu masuk masjid berkenaan turut mengadakan pemeriksaan keselamatan ke atas penduduk Palestin sebelum mereka dibenarkan memasuki masjid itu, namun, penduduk Yahudi dibenarkan memasuki masjid tersebut sewenang-wenangnya tanpa alasan yang kukuh.

"Penduduk Yahudi juga mencemari kawasan masjid itu dan sering memalukan dan mengejek orang Islam yang sedang solat," katanya.
Beliau berkata, tindakan tentera Israel itu merupakan ancaman besar terhadap agama Islam dan mereka dilihat cuba menyekat kebebasan beragama di negara ini yang bertentangan dengan undang-undang Israel.

Masjid al-Ibrahimi yang berusia 1,000 tahun itu merupakan kawasan suci bagi penduduk Islam Palestin selepas Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis yang menempatkan makam Nabi Ibrahim serta ahli keluarga baginda.

Jawatankuasa khas kerajaan Israel telah membahagikan masjid itu kepada dua bahagian, satu bahagian untuk orang Islam dan satu bahagian lagi untuk penganut Yahudi, selepas tragedi 1994 apabila seorang penganut Yahudi menembak mati 29 orang Islam serta mencederakan 125 yang lain ketika penduduk Islam sedang menunaikan solat Subuh.

Isu berhubung laungan azan di masjid telah berlarutan sejak 2011 apabila seorang ahli politik Israel, Anastasia Michaeli mengusulkan satu rang undang-undang bagi mengharamkan azan di masjid-masjid dalam kawasan Israel menggunakan pembesar suara kerana didakwa mengganggu waktu tidur penduduk Israel.
Namun, usul itu ditentang hebat oleh aktivis Islam yang mencadangkan penduduk Israel supaya keluar dari kawasan berkenaan sekiranya tidak tahan mendengar laungan azan.


Kredit
comments | | Read More...

[Isu Semasa] - Harga Rokok Naik Lagi?

Penulis : Ikhtiaruddin on Tuesday, October 1, 2013 | 12:09 AM

Tuesday, October 1, 2013



KUALA LUMPUR – Syarikat tembakau, British American Tobacco (BAT) Malaysia mendakwa kenaikan harga rokok sehingga RM10.50 bermula esok tidak dapat dielakkan berikutan kenaikan eksais tembakau sehingga 14 peratus.

BAT dalam satu kenyataan media mendakwa, kenaikan harga rokok bermula 30 September 2013 itu juga tidak dapat dielakkan disebabkan kemerosotan jualan yang dialami syarikat tembakau berikutan lambakan rokok seludup di negara ini.

“Kami telah beroperasi pada kecekapan kos yang optimum dan peningkatan jumlah eksport dengan meluaskan kontrak pembuatan beberapa tahun kebelakangan ini untuk mengekalkan pulangan kepada pelabur.

“Langkah-langkah ini bagaimanapun sukar mengatasi kerugian akibat kewujudan rokok haram. Oleh itu kami tiada pilihan tetapi melakukan peningkatan harga,” kata Pengarah Urusan BAT Malaysia, Stefano Clini dalam kenyataan sama hari ini.


Clini dalam pada itu mendakwa pihaknya kecewa dan terperanjat dengan kenaikan eksais tembakau melebihi kadar 14 peratus itu kerana didakwa akan menggalakkan kewujudan rokok tidak sah di negara ini sekali gus menyebabkan industri tembakau negara dikuasai sindiket penyeludupan rokok haram.
Ia kerana kenaikan harga rokok secara mengejut didakwa akan menyebabkan ramai perokok beralih kepada rokok haram yang lebih murah yang boleh didapati dengan mudah meskipun penjualan rokok seperti itu menyalahi undang-undang.




Beliau turut mendakwa kadar kerugian akibat lambakan rokok haram kira-kira RM2 bilion dan berharap kerajaan akan memperhebatkan langkah penguatkuasaan dan mengenakan peruntukkan undang-undang yang lebih tegas seperti penjara mandatori terhadap mereka yang terlibat dalam kegiatan rokok haram
Mynewshub.my semalam melaporkan harga setiap kotak rokok akan mengalami peningkatan yang agak ketara bermula esok.

Pengumuman mengenai perkara itu dibuat pihak Commercial Marketers and Distributors Sdn. Bhd. melalui iklan yang diletakan di dalam beberapa akhbar utama hari ini.
Melalui peningkatan tersebut, harga baru sebungkus rokok pek 20 jenama utama adalah antara RM10.50 hingga RM12.00.
Jenama rokok yang terlibat dengan harga baru berkenaan adalah Dunhill, Benson & Hedges, Kent, Lucky Strike, Rothmans, Peter Stuyvesant dan Pall Mall.

RM10.50 dah jadi RM12.00 Berkuat kuasa semalam.......


Kredit
comments | | Read More...

[PANAS] - Wanita Hamil Kena Tembak

Penulis : Ikhtiaruddin on Sunday, September 22, 2013 | 7:19 PM

Sunday, September 22, 2013




KUANTAN - “Saya hanya dengar bunyi mercun kemudian suara wanita menjerit. Tak sangka pula kejadian berlaku di rumah ibu mertua saya,” kata kakak ipar wanita yang menjadi mangsa tembak di Kampung Sungai Ular dekat sini, malam kelmarin.

Rohani Ismail, 48 berkata, dia masuk tidur kira-kira jam 12.30 pagi tetapi ada terdengar bunyi seperti tembakan dan menyambung semula tidurnya tanpa melihat ke luar rumah.

Menurutnya, pada paginya dia dimaklumkan mertua, adik iparnya yang hamil empat bulan anak kelima sudah di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selepas mengalami kecederaan pada tapak kaki.

Bagaimanapun, katanya, mereka sekeluarga tidak mengetahui punca kecederaan itu sama ada ditembak tetapi menyerahkan kepada polis untuk siasatan.

“Keadaan adik ipar saya kini stabil, boleh makan dan minum dan kandungannya juga tidak terjejas,” katanya ketika ditemui di perkarangan HTAA di sini, semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Aziz Ahmad berkata, hasil siasatan mendapati mangsa, seorang tukang cuci berusia 37 tahun itu dipercayai ditembak dengan senjata api,
awal pagi kelmarin.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12 malam ketika mangsa sedang nyenyak tidur bersama anak lelakinya berusia sembilan tahun manakala tiga lagi anaknya tidur di bilik berasingan.

“Ketika kejadian, suami mangsa tidak ada di rumah,” katanya.

Katanya, kira-kira jam 2 pagi, pegawai perubatan mengesahkan tapak kaki kiri mangsa cedera akibat ditembak senjata api.

"Susulan itu satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

"Siasatan awal di rumah mangsa dan menemui percikan serbuk belerang timah dipercayai kesan tembakan itu," katanya.

Menurutnya, polis turut menemui satu lubang menembusi dinding papan bawah tingkap di bilik mangsa.

“Mangsa kini masih trauma. Polis masih lagi menyiasat motif kejadian sama ada cubaan membunuh atau samun dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya.


Kredit
comments | | Read More...

[Isu Semasa] - Tony Abbott angkat sumpah jawatan PM

Penulis : Admin on Tuesday, September 17, 2013 | 7:34 PM

Tuesday, September 17, 2013



CANBERRA - Pemimpin konservatif, Tony Abbott mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Australia yang baharu hari ini dan secara rasmi menamatkan tempoh enam tahun pentadbiran parti Buruh sebelum ini.

Pemimpin berusia 55 tahun yang mengetuai gabungan antara Parti Liberal dan Parti Nasional mengangkat sumpah di Government House di sini disaksikan oleh Gabenor Jeneral Quentin Bryce.

Abbott dipilih pada 7 September lalu berikrar memansuhkan cukai dan menghentikan bot pencari suaka politik.

“Hari ini bukan sahaja hari majlis angkat sumpah, ia hari untuk bertindak. Rakyat negara ini berharap kita terus mengotakan janji-janji dan ia bakal dilaksanakan terus oleh pentadbiran baharu ini,” kata Abbott dalam satu kenyataan.


Kredit
comments | | Read More...

[Isu Semasa] - Kenyataan KJ biadap - Datuk Ahmad Ismail

Penulis : Admin on Wednesday, September 11, 2013 | 1:11 AM

Wednesday, September 11, 2013



Kuala Lumpur, 11 September : Biadab! Itu reaksi keras Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Ahmad Ismail terhadap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang membidas badan induk sukan tradisi itu sejak kebelakangan ini susulan kemerosotan prestasi di pentas antarabangsa.

“Pada saya kenyataan beliau itu biadab, semua sukan dihentam...apa sukan yang beliau bantu? Mana program sukan, saya tidak pernah tengok sejak (menjadi menteri),” katanya semalam.
Reaksi keras Ahmad itu susulan kenyataan Khairy yang mahu menyekat peruntukan kepada PSM susulan kekalahan skuad negara kepada Korea Selatan di final Siri Super ISTAF India baru-baru ini sekali gus menimbulkan reaksi pelbagai pihak.

Antara yang berada dalam pertimbangan Khairy adalah menyekat peruntukan RM1 juta setahun yang diperoleh PSM dan rancangan badan induk sepak takraw itu untuk menjalankan program bernilai RM8.8 juta.

“RM1 juta yang disalurkan kepada PSM itu dilihat beliau seolah-olah besar. PSM tidak menerimanya terus ke dalam akuan kami sebaliknya ada yang dibayar terus kepada pihak tertentu seperti pemain, peralatan sukan, kejohanan dan sebagainya.

Saya ingin rakyat faham dan sedar mengenai perkara ini.  “Malah apa kuasa beliau untuk menghalang kami berjumpa Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang juga Penaung PSM bagi membentangkan program yang bernilai RM8.8 juta itu.

Ini program kami selama 17 bulan (bermula Ogos lalu) sehingga Disember tahun depan yang merangkumi pelbagai aspek seperti pembangunan, pentadbiran, pertandingan dan sebagainya.
comments | | Read More...

Dalang Konflik Mesir Didedah

Penulis : Ikhtiaruddin on Tuesday, August 27, 2013 | 6:24 AM

Tuesday, August 27, 2013

BERMULA hari penggulingan Presiden Mesir, Mohammed Mursi, diikuti pengisytiharan darurat, pergolakan di Mesir dipenuhi dengan pelbagai spekulasi dicetuskan oleh media tempatan dan antarabangsa.

Bagi mendapatkan gambaran jelas konflik yang berlaku di negara itu, Sinar Harian (SH) mengadakan wawancara eksklusif bersama saintis politik Mesir dari Universiti Kaherah, Profesor Dr Mohammad Selim (MS) dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia. Ikuti wawancara bersama Ketua Meja Global, Liza Hasan, jurufoto kreatif Muhammad Zulfadhli Ahmad Zaki dan jurukamera Md Nidzam Osman. Siaran wawancara ini juga boleh dilayari menerusi www.sinarharian.com.my/sinar-tv

Apakah sebenarnya berlaku di Mesir pada 13 dan 14 Ogos?

MS: Polis berada di dua dataran utama di Rabaa Adawiyah dan Dataran Nadha. Dua kawasan ini menjadi kawasan protes penggulingan Mursi oleh saudara Muslim dan gabungannya. Mereka sudah berada di sana empat ke enam minggu sehingga menjadikan kawasan itu lumpuh. Di Rabaa Adawiyah ialah kawasan besar dengan kepadatan dua juta penduduk. Sebuah lagi kawasan (Dataran Nadha) berhampiran dengan Universiti Kaherah yang mempunyai kapasiti pelajar lebih 500,000 dan 15,000 profesor, juga hampir lumpuh. Kami menganggap perkara itu sebagai protes biasa.

Adakah mereka melakukan perhimpunan secara aman?

MS: Setiap orang mempunyai hak untuk protes dan mempunyai pandangan sendiri dengan syarat protes ini perlu dilakukan secara aman. Bagaimanapun, kami dan polis dapati mereka ada senjata. Mereka mempunyai mesingan, molotov cocktail, pisau, pedang dan mereka acu kepada polis. Mereka gunakan kawasan ini sebagai sasaran di Kaherah. Dari Rabaa Adawiyah mereka lakukan perarakan ke Dataran Ramsis pada petang itu. Kemudian, mereka pergi ke jambatan October 16, yang merupakan lebuh raya terbesar dan bertindak untuk melaksanakan solat Taraweh dalam usaha melumpuhkan trafik di Kaherah. Itu adalah objektif mereka.

Bagaimanakah keadaan kehidupan penduduk setempat ketika itu?

MS: Saya sebagai penduduk Kaherah dan tinggal di kawasan berdekatan Dataran Nadha tidak boleh keluar. Saya tidak boleh lakukan tugasan harian. Maka itu, kerajaan meminta mereka bersurai dengan cara aman supaya trafik di kawasan terbabit tidak lumpuh selepas penduduk di Dataran Rabaa Adawiyah mengadu mereka tidak boleh bergerak ke mana-mana. Mereka diperiksa, barang mereka dicuri, dan kami tidak boleh tidur kerana mereka merusuh sepanjang masa, dan kerajaan bertanggungjawab terhadap situasi itu.

Apakah usaha kerajaan sementara untuk meredakan kekecohan?

MS: Menteri Dalam Negeri (Mohamed Ibrahim) meminta mereka supaya jangan timbulkan kekecohan. Mereka dibenarkan berada di kawasan itu sampai bila-bila sekiranya mereka mahu dan itu matlamat kerajaan sementara. Tetapi matlamat pihak satu lagi adalah untuk melumpuhkan keadaan bukan sahaja di Rabaa Adawiyah dan Dataran Nadha, tetapi di pinggir Kaherah kerana mereka menganggap kawasan itu sasaran utama. Kemudian polis mencari alternatif untuk menghentikan kekecohan, namun mereka membantah dan mencabar kerajaan.

Kemudian mereka berpendapat ini adalah harinya. Mereka diberi tiga amaran melalui pembesar suara “Tolong bersurai secara aman dan kami akan memberi anda laluan keluar selamat dan kami tidak akan mengancam anda untuk membolehkan anda bersurai secara aman”. Sebahagian daripada mereka bersurai secara aman tetapi sebahagian lagi memulakan serangan tembak, membakar jalan, menggunakan molotov cocktail dan dalam keadaan ini polis terpaksa mempertahankan diri dalam usaha menamatkan keadaan itu. Dalam serang balas itu, pastinya ada yang maut daripada kedua-dua pihak, 25 peratus yang terkorban adalah polis.

Mereka juga membawa kanak-kanak berusia enam dan tujuh tahun dan membalut kanak-kanak itu dengan kain kapan. Kanak-kanak ini tidak mengetahui apa-apa, mereka tidak tahu konflik politik. Mereka berkata: “Jika kamu mahu menamatkan keadaan ini, kami harus membunuh kanak-kanak ini” dan mereka meletakkan kanak-kanak itu di benteng hadapan. Perkara itu sangat keterlaluan dan melukakan hati rakyat Mesir dan orang ramai. Pada 14 Ogos kerajaan terpaksa menamatkan situasi itu dan memastikan sekiranya terdapat rakyat terbunuh disebabkan perkara itu. Bagi mengatasi masalah itu kerajaan meminta Kumpulan Pemerhati Kemanusiaan dan Juri Perundangan untuk memerhati dan merekodkan apa yang terjadi untuk mengetahui siapakah yang menyerang dahulu. Polis hanya menggunakan gas pemedih mata ke arah mereka tetapi dibalas dengan mesingan dan molotov cokctail dalam serang balas itu pasti berlaku kematian.

Bagaimanakah keadaan di dua dataran itu sekarang?

MS: Sekarang dataran itu musnah sepenuhnya, mereka memusnahkannya. Bersebelahan Dataran Nadha terdapat Taman Botanik (Orman Garden). Kawasan itu adalah taman paling berharga di Timur Tengah. Terdapat 500,000 spesies pokok dan kawasan itu kini, mereka gunakan sebagai tanah perkuburan.

Mengapa mereka berani meneruskan protes?

MS: Mereka mahu membunuh sesama sendiri kerana mahu syahid. Mereka mahu dibunuh “Kami mahu syahid dan kami mahu anda bunuh kami,”. Amaran ini dilakukan untuk memalukan polis dan kerajaan.

Adakah kerajaan menggunakan kekerasan?

MS: Kerajaan melihat keadaan itu, mereka amat bersabar. Sebenarnya, kami marahkan kerajaan kerana menunda untuk meleraikan keadaan itu. Jeneral (Abdel Fattah) Al-Sisi telah memberi surat kuasa kepada polis untuk melakukan serang balas tetapi polis tidak melayan tuntutan itu kerana mereka mendapati, sekiranya perkara itu dilakukan akan ramai terbunuh. Oleh itu, polis memberi tempoh tiga minggu untuk berunding tetapi perkara itu tidak berlaku. Keadaan semakin parah dan Mesir lumpur. Persoalannya, adakah polis menggunakan kekerasan, jawapannya adalah tidak.

Siapakah memulakan serangan di Kaherah?

MS: Saya akan tunjukkan anda gambar, siapakah yang memulakan tembakan. Mereka bukan melakukan tunjuk perasaan aman. Mereka terdiri daripada pelbagai jenis tentera. Mereka membawa tentera ini dari Libya.

Selepas kejatuhan rejim Gaddafi di Libya, semua tentera di Libya dilindungi dan mereka di seludup ke Mesir dan sebahagian lagi diseludup ke Sinai untuk digunakan sebagai pengganas dan penghasut. Mereka pernah dibawa ke Mali dan ketika konfrontasi di Mali ia juga dilakukan oleh tentera Libya. Jadi, mereka datang dari Libya dan dari tempat lain dan mereka bertahan. Mereka  bertanggungjawab terhadap pertumpahan darah.

Selepas penahanan beberapa pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin, bagaimana suasana di Mesir?

MS: Al Jazeera juga memaparkan kenyataan bantahan dalam perbicaraan oleh peguam lawan dari pemimpin Ikhwanul Muslimin Safwat Hegazy, Mohamed Badie, Essam al-Aryan yang mengugut tentara di Mesir. Contohnya, Mohamed Badie pernah berkata satu kenyataan sangat serius - ‘ Ketika hari pembebasan Mursi, pengganas di Sinai juga akan berundur. Maknanya, terdapat seperti rangkaian apa yang berlaku di Sinai dengan apa yang mereka lakukan di sini". Kini, mereka ditahan mengikut mahkamah sivil dan keadaan kini terkawal dan Mesir ketika ini baru memulakan aktiviti seperti biasa.


Kredit

comments | | Read More...

Categories

About

Blogroll

 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Berita Meletop . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger