News Update :

Dapatkan Update 100% Percuma

Enter your email address:

Showing posts with label Masalah Sosial. Show all posts
Showing posts with label Masalah Sosial. Show all posts

[PANAS] - Tergamak maki ibu sendiri hanya kerana drama 'Ariana Rose'

Penulis : Ikhtiaruddin on Thursday, February 13, 2014 | 12:04 AM

Thursday, February 13, 2014



BUDAK-BUDAK zaman sekarang memang gemar menjadikan laman sosial sebagai medium untuk
melepaskan kemarahan kepada sesiapa sahaja termasuklah keluarga sendiri.

Entah apa yang mereka dapat pun kami tak tahu.

Sebagai contohnya, status yang ditaip di Twitter oleh seorang remaja perempuan ini.

Hanya kerana dileteri ibunya kerana belum menunaikan solat Maghrib kerana sibuk menonton
drama bersiri popular ‘Ariana Rose’, dia dengan sewenang-wenangnya mencarut
terhadap ibunya hingga terkeluar perkataan ‘babi’.

Walaupun tidak ditulis secara penuh, semua orang boleh mengagaknya, betul tak?

Kepada adik-adik di luar sana, kalau marah sekali pun, gunalah akal sikit.

Jangan lupa, insan yang kita beri gelaran tak elok itulah yang melahirkan kita ke dunia.

Kalau tak kerana dia, tak mungkin anda kenal dunia termasuklah ‘Ariana Rose’…huh!


Kredit

comments | | Read More...

Budak Sekolah Mengadu dirogol 6 kali boleh lelaki yang tak mahu bertanggungjawab.

Penulis : Admin on Sunday, August 18, 2013 | 9:44 AM

Sunday, August 18, 2013



REMBAU – Gara-gara percaya dengan lelaki yang baru dikenalinya, seorang pelajar tingkatan lima sanggup melakukan hubungan seks sebanyak enam kali dengan lelaki berkenaan.
      
Pelajar berkenaan walau bagaimanapun nekad membuat laporan polis dan mahu lelaki berkenaan bertanggungjawab ke atas dirinya.
      
Sumber berkata, difahamkan pelajar berkenaan melakukan hubungan kelamin dengan suspek buat pertama kali pada penghujung April lalu kira-kira jam 2.30 petang di salah sebuah rumah di kawasan taman perumahan berhampiran sebuah pasar raya di daerah ini.
      
Menurutnya, pada kejadian kali pertama berkenaan, mangsa baru sahaja mengenali suspek telah dibawa ke rumah berkenaan dan dipaksa melakukan hubungan seks.
      
"Suspek memaksa mangsa melakukan hubungan seks sekiranya mangsa sayang kepadanya.
      
"Kali terakhir suspek melakukan perbuatan berkenaan adalah sekitar Jun lalu. Mangsa akhirnya membuat laporan polis pada 14 Ogos lalu (kelmarin)," katanya, semalam.
      
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
      
“Kita kini giat mengesan suspek yang dipercayai berusia belasan tahun dan masih lagi tidak mempunyai pekerjaan," katanya.


Kredit
comments | | Read More...

[Masalah Sosial] - Bergaduh Sampai Bogel Kerana Berebut Lelaki

Penulis : Puteri Dania Emilia on Thursday, February 23, 2012 | 10:21 PM

Thursday, February 23, 2012


Dua orang gadis tiba-tiba membuat kecoh di depan sebuah kafe di Darwin, Australia. Keduanya berkelahi, salah seorang dari mereka dalam keadaan telanjang.

Kejadian itu menjadi tontonan bagi puluhan orang yang sedang bersarapan.

Beberapa saksi mengatakan, perempuan yang berkelahi itu menanggalkan pakaiannya dan terus menyerang lawannya dengan satu pukulan seperti petinju profesional.

"Kejadian tersebut memang amat mengejutkan," kata seorang penduduk seperti dikutip Northern Territory News.

Tidak hanya memulakan perkelahian, perempuan yang telanjang itu kemudian dengan santai berbaring sambil merokok, di depan kafe ternama di Fannie Bay ini. Anak-anak yang berada di sekitar lokasi perkelahian pun terpaksa dibawa masuk oleh ibu bapa mereka ke dalam kafe, agar tidak dapat melihat pemandangan asyik tersebut.

Tidak beberapa lama kemudian, polis pun tiba di lokasi tempat kafe itu berada. Mereka pun membawa wanita telanjang pergi dari situ. Tidak jelas apakah perempuan tersebut dalam keadaan mabuk ketika terjadinya perkelahian tersebut. Dikatakan dua gadis cantik ini berkelahi berebutkan kekasih


Sumber : MalaysianSensasi.net
comments | | Read More...

[Berita Artis] - Gambar Seksi Artis Baru Nak Naik Zeyna

Gambar panas daripada Artis remaja yang sedang meningkat naik ni, zeyna nampaknya agak sosial semasa berhibur bersama-sama rakan rakan.. Buat sesiapa yang tak mengenali Zeyna ni.. dia adalah salah seorang daripada pelakon K.A.M.I dan rempit vs evolusi driff.. Wah, Hebat juga Zeyna ni.. Baru nak mencipta nama sudah tersebar gambar bersosial dia di club.. Buat sesiapa peminat Zeyna.. Jom kita layan gambar zeyna sedang berhibur bersama rakan-rakan ni…Posted@BeritaMeletop.blogspot.com




comments | | Read More...

[Masalah Sosial] - Bekas Banduan Geletar Mengaku Rogol Adik Kandung

KUALA TERENGGANU – Seorang bekas banduan menggeletar ketika membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan merogol dan mengugut adik kandungnya dengan pedang, di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Wan Fadilah Nor Wan Idris di sini hari ini.
Tertuduh yang melakukan kesalahan sumbang mahram itu selepas dua hari dibebaskan daripada penjara akibat kesalahan dadah, kemudiannya dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan lima sebatan bagi kedua-dua kesalahan itu.
Dia dihukum penjara 11 tahun dan lima sebatan bagi kesalahan merogol dan penjara setahun bagi kesalahan mengugut tetapi perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun dan lima sebatan selepas Hakim Wan Fadilah Nor memerintahkan hukuman penjara berjalan secara berturutan.
Terdahulu, tertuduh yang berumur 37 tahun hanya tunduk dan mengangguk faham ketika kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Fadilah Nor.
Dalam keadaan menggeletar, dia kemudiannya mengaku salah. Dia didakwa telah secara paksa merogol adik perempuannya yang berumur 24 tahun di belakang sebuah rumah di Kuala Besut pada 10.30 malam, 10 Februari lalu mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak melebihi 20 puluh tahun serta boleh dikenakan sebatan.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa telah mengugut mangsa dengan sebilah pedang dengan tujuan menakutkan mangsa supaya tidak membuat laporan polis bersabit kejadian itu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nazlyza Mohd Nazri. – Bernama
comments | | Read More...

[Masalah Sosial] - Remaja Beraksi Tidak Senonoh Dalam Train

Pasangan remaja ini kelihatan memang tidak asa rasa malu apabila berkelakuan tidak senonoh di dalam train. Kalau ikutkan gambar, stamp tu menunjukkan gambar ni diambil di Singapura.




comments | | Read More...

[18 SX] - Inilah Cara Mempromosikan Sabun di China


Sebuah perusahaan Cina mempekerjakan tiga wanita muda untuk tampil telanjang bulat untuk mempromosikan produk-produk gel Mandi.seperti di nukil dari May Daily,Dengan hanya handuk melilit kepala mereka, mereka mempertontonkan keindahan tubuhnya tanpa malu sama sekali.

comments | | Read More...

GADIS 17 TAHUN NURUL ZAKIAH HILANG PADA HARI KEKASIH DENGAN LELAKI PAKISTAN


KUALA LANGAT – Panahan asmara seorang lelaki Pakistan ke atas kekasihnya yang merupakan seorang pelajar tingkatan lima menyebabkan gadis itu bertindak membelakangkan keluarga apabila dia disyaki melarikan diri selepas cinta mereka mendapat tentangan.
Nurul Zakiah Hidayah Azman, 17, dikatakan hilang pada Hari Kekasih 14 Februari lalu selepas tiga minggu berkenalan dan bercinta dengan lelaki dikenali sebagai Samer Khan, 20-an.

Samer Khan digambarkan sebagai lelaki yang kacak tetapi keluarga Nurul Zakiah hanya mendengar cerita mengenai Samer daripada gadis itu dan tidak pernah menemuinya.

Pertemuan yang tidak dirancang hingga melahirkan bibit-bibit cinta itu berlaku ketika Nurul Zakiah bekerja secara sambilan di sebuah pasar raya manakala Samer pula bekerja di sebuah kedai menjual barang-barang makanan di Pekan Banting di sini. Kedua-dua premis itu terletak berdekatan.
Nurul Zakiah yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini sebelum kejadian tinggal bersama ibu saudaranya, Norlaila Saad, 43, sejak 12 tahun lalu selepas kematian ibunya.
Mengimbau semula kejadian itu, Norlaila memberitahu, dia menyedari kehilangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting dekat sini itu selepas anak saudaranya tidak pulang ke rumahnya di Jalan Masjid, Kanchong Darat setelah tamat waktu belajar.

Sumber : 2dayBlogger
comments | | Read More...

Pasangan Ini Kantoi Beromen Dalam Ladang Sawit


Inilah gambar pasangan yang kantoi ketika sedang bezina di dalam ladang kelapa sawit. Kejadian ini menurut sumber berlaku di Indonesia. Dikatakan pasangan ini adalah berstatus suami dan isteri orang, tetapi masih lagi berani melakukan perbuatan keji ini.


Sumber : MalaysianSensasi.net
comments | | Read More...

Remaja Ditahan Ugut Sebar Gambar Bogel Pasangan Kekasih



DUNGUN – Seorang remaja yang dipercayai menyamar sebagai penguat kuasa agama yang memukul dan mengarahkan sepasang kekasih berbogel untuk dirakamkan aksi mereka ketika mangsa memadu asmara di Pantai Sura Hujung, di sini, berjaya ditahan.
Manakala dua lagi rakan suspek masih diburu. Selain bertindak memukul dan merakam gambar bogel mangsa, suspek berumur 18
hingga 20-an itu turut mengugut pasangan kekasih itu supaya membayar sebanyak RM2,000 sekiranya tidak mahu gambar bogel mereka disebarkan dalam kejadian awal pagi Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, pasangan kekasih berumur 20-an yang berada di dalam kereta didatangi tiga lelaki berkenaan.
Pasangan terbabit yang cemas kemudiannya membiarkan ketiga-tiga lelaki terbabit memasuki keretanya dan suspek dikatakan turut memukul serta memaksa pasangan itu menanggalkan pakaian.
Kedua-dua mangsa juga turut mengikut arahan suspek yang merakam gambar bogel mereka dengan telefon bimbitnya. Selepas merakamkan aksi bogel terbabit, suspek kemudiannya meminta wang tunai sebanyak RM2,000 dimasukkan ke dalam akaunnya bagi mengelak gambar mereka disebar kepada umum.
Mangsa bagaimanapun mendakwa tidak mempunyai wang memandangkan waktu itu bank telah tutup dan selepas berbincang, suspek bersetuju dengan cadangan mangsa yang meminta diberi sedikit masa untuk menjelaskan wang itu pada keesokan harinya.
Suspek kemudiannya melepaskan pasangan terbabit sebelum kedua-dua mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun untuk membuat laporan.
Keesokan harinya mangsa menghubungi suspek untuk bertemu di lokasi di mana mereka ditahan dan ketika tiba di tempat kejadian, kira-kira pukul 9 malam, suspek diserbu polis dan berlaku pergelutan dalam usaha suspek meloloskan diri.
Suspek yang berusia 18 tahun itu berjaya ditahan sebelum dibawa ke IPD Dungun untuk siasatan lanjut manakala dua rakannya itu berjaya melarikan diri.
Turut dirampas sebilah parang panjang daripada suspek dan gerakan memburu dua lagi suspek sedang giat dijalankan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supt Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.
Katanya kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pihak polis.
Beliau menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan segelintir mereka yang cuba mengambil kesempatan termasuk menyamar sebagai penjawat awam. – Bernama
comments | | Read More...

SUAMI BALAS DENDAM BERKHALWAT DENGAN GADIS LAIN KERANA KECURANGAN ISTERI


BATU PAHAT – Seorang lelaki yang kecewa terhadap kecurangan isterinya mengambil keputusan membalas dendam dengan memadu asmara bersama perempuan lain di sebuah rumah kedai usang di sini.
Bagaimanapun nasib lelaki itu yang merupakan warga Indonesia malang apabila perbuatannya berjaya dihidu penduduk kampung lalu dicekup oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Daerah Batu Pahat kira-kira jam 1 pagi semalam.
Timbalan Penguatkuasanya, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pasangan terbabit sanggup menjadikan sebuah rumah kedai yang telah terbiar dan berbau busuk di Sri Gading untuk memuaskan nafsu mereka.
"Ketika diserbu, rumah kedai berkenaan berada dalam keadaan gelap sebelum beberapa anggota penguat kuasa bertindak mengepungnya.
"Tiba-tiba seorang lelaki meluru keluar menerusi pintu belakang. Bagaimanapun tindakan nekadnya gagal kerana diberkas anggota yang berkawal di pintu belakang rumah kedai itu," katanya.
Saiful Ariffin berkata, pemeriksaan penguatkuasanya kemudian mendapati ada tangga yang menghubungkan ruang unit bilik atas rumah kedai itu sebelum menemui pasangan lelaki terbabit bersembunyi sebalik pintu.
"Pasangan berusia 42 dan 45 tahun masing-masing berasal dari Jawa Timur, Indonesia dan lelaki terbabit sudah tiga tahun menetap selain bekerja sebagai buruh binaan di sini.
"Difahamkan lelaki terbabit mengakui mempunyai isteri di negara asalnya malah memiliki seorang anak berusia 14 tahun. Bagaimanapun selepas mengetahui kecurangan isterinya, dia bertindak ‘membalas dendam’ dengan mengadakan hubungan dengan perempuan lain," katanya.
Menurut Saiful Ariffin, berdasarkan siasatan, kedua-duanya gagal membuktikan mereka pasangan suami isteri yang sah.
Pasangan berkenaan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat bagi proses dokumentasi sebelum ditahan bagi siasatan lanjut.
"Mereka kini disiasat mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan jika disabitkan kesalahan, bakal berdepan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.

Sumber : 2dayblogger
comments | | Read More...

Terkandas Kerana Syarikat Penerbangan Tiada Wang

Penulis : Puteri Dania Emilia on Monday, February 20, 2012 | 1:00 AM

Monday, February 20, 2012


SYDNEY – Beribu-ribu penumpang dari Hawaii menuju ke Thailand terkandas semalam apabila syarikat penerbangan tambang murah, Air Australia kehabisan wang.

Dalam satu kenyataan syarikat yang berpangkalan di Brisbane itu memberitahu, pihaknya telah melantik firma kecairan tempatan, KordaMentha sebagai pentadbir sukarela syarikat tersebut.

Pentadbiran sukarela itu adalah sama dengan terma perlindungan bankrap.

Perkembangan tersebut berlaku sehari selepas syarikat penerbangan utama Australia, Qantas mengumumkan ia membuang sekurang-kurangnya 500 pekerja, memotong perbelanjaan dan menutup dua laluan antarabangsa selepas keuntungan syarikat merudum 83 peratus pada suku pertama kewangan tahun ini.

"Semua pesawat Air Australia tidak akan melakukan penerbangan. Syarikat kehabisan dana untuk membayar kos operasi, justeru, semua penerbangan dibatalkan dengan serta-merta," kata kenyataan ketua Korda Mentha, Mark Korda.

Menurutnya, sekitar 4,000 penumpang yang kini berada di seberang laut telah menempah tiket penerbangan pulang dengan Air Australia.

Beliau seterusnya menasihati mereka agar membuat persiapan alternatif untuk pulang ke Australia.

Beliau memberitahu stesen radio tempatan, ABC bahawa Air Australia tidak dapat membeli bahan api di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, Thailand pada malam kelmarin.

"Susulan perkembangan tersebut, lembaga pengarah syarikat bermesyuarat pada pukul 1.30 pagi semalam dan melantik kami (KordaMentha) sebagai pentadbir sementara Air Australia," kata Korda.

Dalam perkembangan berkaitan, penumpang yang terkandas rata-rata memberitahu, mereka tidak dimaklumkan tentang perkembangan tersebut.

"Tiada seorang pun wakil Air Australia di lapangan terbang," kata seorang wanita, Wesa Chau kepada media Australia ketika menunggu penerbangannya di Phuket.

"Mereka (Air Australia) tidak menawarkan apa-apa bantuan," tambahnya.

Penerbangan Air Australia merangkumi laluan antarabangsa ke Pulau Bali di Indonesia, Pulau Phuket dan Hawaii selain destinasi tempatan iaitu Brisbane, Melbourne, Perth, Derby dan Port Hedland di Australia Barat. – Agensi

comments | | Read More...

Tergamam Lihat Sejadah Sedang Sujud Dan Menghadap Kiblat

Penulis : Puteri Dania Emilia on Saturday, February 18, 2012 | 4:29 AM

Saturday, February 18, 2012




  • Tergamam Lihat Sejadah Sedang Sujud Dan Menghadap Kiblat
  • ISTERI BAWA ANAK BUAT MAKSIAT DENGAN PASANGAN DI HOTEL
  • WANITA DITUMBUK LELAKI GARA GARA MULUT CELUPAR
  • ANI MAYUNI ENGGAN BERCERAI DENGAN SUAMI EKORAN DIPUKUL
  • KERANA PERSAAN CEMBURU, ISTERI MAUT DI PUKUL SUAMI
Tergamam Lihat Sejadah Sedang Sujud Dan Menghadap Kiblat
Posted: 17 Feb 2012 12:15 AM PST

PAYA PASIR – "Sejadah ini seakan sujud dan dengan tidak semena-mena, saya seram menyaksikan apabila ada dua atau tiga sejadah lain turut tegak menghadap kiblat".
Demikian kata seorang pelajar Maahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah, Filza Nur Iffah Rosli, 11, yang menemui sehelai sejadah daripada 43 sejadah didakwa berdiri menghadap kiblat dalam sebuah surau lama di pusat pengajian Islam itu kira-kira jam 7.30 malam semalam.
Filza berkata, pada jam 6.45 petang sebelum kejadian, pengetua maahad itu meminta dia bersama tiga rakan lain, Badlishah Sadino, 11, Aiza Zamri, 10, dan Norsyamira Ismail, 13, mengangkat 45 sejadah yang dijemur di penyidai kerana hujan.
"Umi meminta kami mengangkat sejadah terbabit untuk dihamparkan di surau lama ini memandangkan semua sejadah masih lembap.
"Selesai solat Maghrib, saya bersama seorang rakan, Najwa Baderi, 14, naik ke tingkat itu untuk mengambil wuduk yang terbatal. Selepas mengambil wuduk dan melintasi bilik mengaji ini, saya terkejut apabila melihat sejadah di hadapan pintu berbentuk seakan sedang sujud menghadap kiblat.
Filza berkata, mereka segera ke tingkat bawah dan memaklumkan kepada pengetua maahad mengenai kejadian pelik itu.
Pengetua maahad itu, Azizah Khatib Mat berkata, kejadian yang berlaku di dalam surau berusia 69 tahun itu disifatkan sebagai bukti kekuasaan ALLAH SWT dan pasti mempunyai hikmah di sebaliknya.
Menurutnya, kejadian sebegitu pernah dilaporkan berlaku sebelum ini di tempat lain dan beliau yakin ia bukan perbuatan pelajar nakal.
"Pelajar perempuan yang saya minta menghamparkan sejadah ini bukan pelajar nakal, malah masa diberikan pada mereka untuk menyelesaikan tugas itu terhad kerana mereka perlu berada di dalam surau untuk berzikir sebelum masuk waktu Maghrib.
"Jumlah sejadah juga banyak. Maka saya yakin ini bukti kebesaran ALLAH SWT dan mungkin sebagai satu daripada bentuk hidayah kepada pelajar serta umat Islam," katanya.
ISTERI BAWA ANAK BUAT MAKSIAT DENGAN PASANGAN DI HOTEL
Posted: 17 Feb 2012 12:00 AM PST

BUTTERWORTH: Taktik seorang wanita membawa dua anaknya berusia lima dan dua tahun bagi menemaninya melakukan maksiat dengan pasangannya tidak berjaya apabila dicekup pihak berkuasa di sebuah hotel murah di Berapit, semalam.
Wanita dan pasangannya berusia 30 tahun ditahan Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) selepas menerima maklumat pasangan bukan muhrim menjadikan hotel murah di kawasan itu. Lebih mengejutkan melalui soal siasat dijalankan, wanita berkenaan masih isteri orang dan difahamkan suaminya kini ditahan di penjara akibat kesalahan mencuri kenderaan sejak dua tahun lalu.
Ketika ditahan, wanita berkenaan berpakaian lengkap sambil mendukung anak lelakinya berusia dua tahun manakala pasangannya berbaju dan hanya memakai tuala.
Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, pada zahirnya, orang ramai menyangka mereka pasangan suami isteri kerana ditemani dua kanak-kanak, tetapi taktik itu gagal mengaburi pihak berkuasa.
"Hasil siasatan mendapati pasangan berkenaan belum berkahwin, malah wanita itu masih lagi isteri orang," katanya ditemui selepas operasi berkenaan.
Menurutnya, siasatan mendapati lelaki berkenaan baru dibebaskan selepas dua tahun dipenjarakan kerana kesalahan menyamun sebuah stesen minyak.
Katanya, dalam operasi bermula jam 10 malam sehingga 3 pagi itu dengan disertai 24 pegawai penguat kuasa.
WANITA DITUMBUK LELAKI GARA GARA MULUT CELUPAR
Posted: 17 Feb 2012 12:00 AM PST

KOTA BHARU – Gara-gara celupar seorang wanita menerima padah apabila hidungnya patah ditumbuk seorang lelaki di pekarangan Pasar Siti Khadijah di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, mangsa yang juga peniaga di pasar tersebut cedera parah dan sakit badan akibat pergaduhan terbabit.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Idris Abd Rafar, berkata, kejadian berlaku kerana sebelum ini terdapat pertengkaran mulut antara kedua-duanya apabila mangsa mengatakan suspek anak penagih dadah.
Idris berkata, sebelum kejadian mangsa berusia 20-an itu menuruni tangga di pasar berkenaan dan ketika itu lelaki terbabit tiba-tiba menahannya lalu menendang paha mangsa, menyebabkan wanita berkenaan terjatuh.
"Pada masa sama, mangsa melawan menyebabkan suspek membaling topi keledar ke arahnya. Berikutan itu, mangsa juga ditumbuk di bahagian mata dan sempat dileraikan orang awam yang berada di situ," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), dekat
Pengkalan Chepa, semalam.
Akibat kejadian itu, mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II dan keadaannya dilaporkan stabil.
Mangsa kemudian membuat laporan polis dan gerakan mengesan suspek yang berusia lingkungan 20-an dilakukan bagi membantu siasatan.
"Kes itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah," katanya.
ANI MAYUNI ENGGAN BERCERAI DENGAN SUAMI EKORAN DIPUKUL
Posted: 16 Feb 2012 11:30 PM PST

PETALING JAYA: Penyanyi Ani Mayuni atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 33, memberitahu dia tidak ada niat mahu menuntut cerai walaupun telah membuat laporan polis gara-gara cedera dipukul suaminya Zairi Azmi, 37, pada 2 Februari lalu.
Ani menjelaskan, dia juga tidak pernah terfikir untuk melaporkan kejadian itu kepada polis kerana enggan memperbesarkan keadaan tetapi dinasihatkan berbuat demikian agar boleh membuat pemeriksaan perubatan dengan lebih terperinci.
"Selepas kejadian dipukul pada waktu pagi itu, saya perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin kerana pada sebelah petang, saya perlu menghadiri satu undangan persembahan. Risau juga kalau tak boleh nak menyanyi.
"Tetapi atas nasihat doktor, saya perlu membuat laporan polis supaya dapat membuat pemeriksaan sepenuhnya. Jujur saya katakan, apa yang dilakukan itu bukan kerana niat untuk bercerai," katanya yang dihubungi
Sebuah akhbar harian tabloid melaporkan Ani telah ditendang dan dipukul oleh suaminya yang juga merupakan bekas anggota kumpulan muzik Arrow dalam kejadian di rumah mereka di Desa Rejang, Kuala Lumpur pada 2 Februari lalu. Dalam laporan media tersebut, penyanyi dangdut itu mendakwa kepalanya turut dihentak ke dinding hanya kerana selepas dia meminta suaminya itu membeli sarapan pagi.
Bagaimanapun, Ani menafikan bahawa dirinya ditendang seperti yang diuar-uarkan di media sebaliknya hanya dipukul selepas bertengkar.
"Ada beberapa informasi salah tentang kejadian yang berlaku. Suami saya bukannya menghentak kepala dan terajang saya seperti yang dilaporkan.
"Sebenarnya, pertengkaran bermula sejak sehari sebelum itu lagi dan biasalah ada bab-bab merajuk dan saling tak berpuas hati, tambah pula suami yang keletihan dengan kerja-kerja suntingannya, maka pergaduhan kami bertambah besar.
"Masing-masing ada ego dan kesilapan tersendiri. Cuma apabila ia dikeluarkan di dada akhbar, ia menjadi isu besar dan habis seluruh keluarga cuba masuk campur.
"Sedangkan saya minta kepada media yang menemu bual saya supaya tidak menyiarkannya kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan," tuturnya.
Dalam pada itu dia juga sedih apabila terdapat individu yang turut masuk campur tentang hal rumah tangganya agar dia dan suaminya dapat dipisahkan.
"Buat masa ini, saya tinggal di rumah adik. Bagi keadaan reda dahulu, barulah saya pulang ke rumah. Maklumlah, bila dah ada campur tangan keluarga lain sikit.
"Suami pula ada datang menjenguk saya dan anak-anak dan kami saling meminta maaf. Apa-apa pun, semua keputusan terletak pada suami andai kata dia ingin berpisah. Setakat ini, reaksi yang diberikannya tidak ke arah itu, Insya-Allah," ujarnya. Ani dan Ayie telah mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2004. Kedua-dua mereka pernah menyertai program Sehati Berdansa musim kedua terbitan Astro pada tahun 2008.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seramai tiga orang anak iaitu Wirda Viviana, 7, Wirna Airisya, 3, dam Muhammad Emir Oezil, 2.
KERANA PERSAAN CEMBURU, ISTERI MAUT DI PUKUL SUAMI
Posted: 16 Feb 2012 11:15 PM PST

NIBONG TEBAL: Perselisihan faham akibat perasaan cemburu sepasang suami isteri warga asing berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka maut dalam kejadian di tapak projek Taman Jawi Golf, di sini, kelmarin.
Mangsa yang juga warga Myanmar, Aye Win, 33, didakwa dipukul suaminya dalam kejadian di kawasan tanah lapang tapak projek taman perumahan itu di Jalan Bukit Jawi Golf, kira-kira jam 5.30 petang.
Difahamkan, pasangan berkenaan yang bekerja sebagai buruh kontrak sebelum itu dilihat bertengkar oleh seorang pekerja lain di kawasan berkenaan.
Melihat pertengkaran pasangan terbabit semakin teruk apabila suami mangsa bertindak memukulnya menyebabkan pekerja itu mendapatkan penyelia tapak projek berkenaan bagi memaklumkan kejadian berkenaan.
Mereka bergegas ke tempat kejadian dan menemui mangsa berlumuran darah sebelum mengejarkannya ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan kecemasan.
Bagaimanapun, mangsa yang dikatakan mengalami kecederaan parah di kepala meninggal dunia tidak lama selepas mendapat rawatan di hospital itu.
Polis yang menerima maklumat kejadian itu jam 8.30 malam menjalankan siasatan di kawasan berkenaan sebelum menemui serpihan kayu beluti dengan kesan darah dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
Suami mangsa berusia 37 tahun dikenali sebagai Paing Soe sudah tiada dipercayai melarikan diri ke kawasan semak tidak jauh dari tempat kejadian.
Berikutan itu, Unit Anjing Pengesan (K9) dan Unit Siasatan Forensik dipanggil bagi membantu siasatan.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mohd Nasir Salleh berkata, polis percaya kejadian itu berkaitan masalah rumah tangga antara mangsa dan suaminya yang juga warga Myanmar.
Menurutnya, lelaki berkenaan kini diburu kerana dipercayai terbabit dalam kejadian itu sekali gus membantu siasatan.
"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati," katanya.
Menurutnya, suspek dipercayai masih lagi berada sekitar kawasan Nibong Tebal.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.


Sumber: www.2dayblogger.com
comments | | Read More...

Categories

About

Blogroll

 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Berita Meletop . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger