Monday, August 26, 2013
Pelakon Jehan Miskin telah dikaitkan dengan isu foto dia memakai loket yang berlambang ‘salib‘. Foto berkenaan telah dikongsikan oleh Jehan menerusi laman Instagramnya. Seperti biasa, ianya terus mengundang isu dikalangan peminat. Ada segelintirnya mendakwa loket yang dipakai oleh Jehan itu adalah berbentuk salib dan meminta agar aktor berkenaan berhati-hati dalam soal pemilihan aksesori.
Bagaimanapun menerusi medium yang sama, Jehan turut menjelaskan bahawa loket yang dipakainya bukanlah simbol salib, malah simbol tersebut lebih dikenali sebagai fleur-de-lis ataupun paling mudah ianya boleh dilihat sebagai simbol pasukan pengakap.

Harap dengan penjelasan Jehan ini segala isu berkaitan selesai dan janganlah main tuduh-tuduh sahaja. Kalau boleh siasat dahulu. Selain itu, jangan pula Jehan salah faham dengan nasihat dari peminat. Anggaplah mereka ambil berat berkenaan anda.
p/s: Ada yang cepat sangat salah faham…
p/s: Ada yang cepat sangat salah faham…
home

Home