News Update :

Dapatkan Update 100% Percuma

Enter your email address:

Showing posts with label Berita Terkini. Show all posts
Showing posts with label Berita Terkini. Show all posts

[Gempar] - Video Makhluk Laut Aneh Berjaya Dirakam

Penulis : Ikhtiaruddin on Monday, February 17, 2014 | 6:51 PM

Monday, February 17, 2014



Makhluk laut aneh yang masih belum dikenal pastikan jenisnya berjaya di rakam oleh kamera sebuah lombong minyak.

Dipetik dari LiveLeak, makhluk ini kelihatan mengelilingi sebuah paip dari pelantar minyak yang mana terdapat kamera pengawas di sebelahnya.

Kemunculan makhluk seperti raksasa laut ini juga menimbulkan perdebatan di antara pemerhati hidupan laut ataupun pengguna internet. Video haiwan ini juga telah dimuat naik di laman Youtube  dan telah dilihat puluhan ribu pengunjung laman ini.

Namun ketika ini, anggaran yang paling dekat berkaitan jenis makhluk laut ini, menyatakan jika haiwan yang mempunyai bentuk tubuh mirip obor-obor ini merupakan salah satu spesies Deepstaria Enigmatic.


Deepstaria Enigmatic merupakan salah satu haiwan sejenis dengan obor-obor. Spesies ini pertama kali ditemui pada tahun 1967 oleh FS Russell. Haiwan ini dilaporkan biasa hidup di laut antartika dengan kedalaman di antara 800 hingga 1800 meter. 



Kredit
comments | | Read More...

[GEMPAR] - Wanita Syria Dihukum Rejam Sampai Mati Kerana Buka Akaun Facebook



Seorang gadis Syria dikhabarkan direjam hingga mati hanya kerana Dia telah membuka sebuah akaun di Facebook.

Insiden itu berlaku di Kota Rakka. Gadis itu, Fatoum al-Jassem, dijatuhi hukuman mati dengan cara direjam oleh mahkamah agama Al-Reqqa, selepas militan Negara Islam Iraq dan Mediterranean (Isil) membawa dia ke mahkamah, seperti yang dilaporkan oleh majalah India Today, Ahad (16/2).



Mahkamah memutuskan bahawa mempunyai sebuah akaun Facebook sama seperti berbuat zina dan kerana itu Fatoum dihukum mati.

Mahkamah juga menjelaskan membuka akaun Facebook milik Fatoum adalah sebuah kejahatan sehingga layak menerima hukuman keras.

Isil, sebuah kumpulan militan berpusat di Iraq, Ketika ini berjuang melawan pemerintahan Basyar al-Assad di Syria, seperti dipetik akhbar the Daily Star.


comments | | Read More...

[PANAS] - Azan Di Larang Di Masjid Al-Ibrahimi

Penulis : Ikhtiaruddin on Sunday, February 9, 2014 | 11:06 AM

Sunday, February 9, 2014



Pihak berkuasa Israel dilaporkan menghalang Masjid al-Ibrahimi di Hebron melaungkan azan sebanyak 49 kali pada bulan ini atas alasan laungan azan mengganggu penduduk Israel dan menyebabkan kawasan itu menjadi bising.

Pengarah Jabatan Wakaf di Hebron, Tayseer Abu Snaineh berkata, pihak berkuasa Israel menghalang masjid berkenaan melaungkan azan ketika masuk waktu solat, tindakan yang dilihat memihak kepada penduduk Yahudi yang melawat bandar lama Hebron.

Tayseer berkata, tentera Israel yang berkawal di pintu masuk masjid berkenaan turut mengadakan pemeriksaan keselamatan ke atas penduduk Palestin sebelum mereka dibenarkan memasuki masjid itu, namun, penduduk Yahudi dibenarkan memasuki masjid tersebut sewenang-wenangnya tanpa alasan yang kukuh.

"Penduduk Yahudi juga mencemari kawasan masjid itu dan sering memalukan dan mengejek orang Islam yang sedang solat," katanya.
Beliau berkata, tindakan tentera Israel itu merupakan ancaman besar terhadap agama Islam dan mereka dilihat cuba menyekat kebebasan beragama di negara ini yang bertentangan dengan undang-undang Israel.

Masjid al-Ibrahimi yang berusia 1,000 tahun itu merupakan kawasan suci bagi penduduk Islam Palestin selepas Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis yang menempatkan makam Nabi Ibrahim serta ahli keluarga baginda.

Jawatankuasa khas kerajaan Israel telah membahagikan masjid itu kepada dua bahagian, satu bahagian untuk orang Islam dan satu bahagian lagi untuk penganut Yahudi, selepas tragedi 1994 apabila seorang penganut Yahudi menembak mati 29 orang Islam serta mencederakan 125 yang lain ketika penduduk Islam sedang menunaikan solat Subuh.

Isu berhubung laungan azan di masjid telah berlarutan sejak 2011 apabila seorang ahli politik Israel, Anastasia Michaeli mengusulkan satu rang undang-undang bagi mengharamkan azan di masjid-masjid dalam kawasan Israel menggunakan pembesar suara kerana didakwa mengganggu waktu tidur penduduk Israel.
Namun, usul itu ditentang hebat oleh aktivis Islam yang mencadangkan penduduk Israel supaya keluar dari kawasan berkenaan sekiranya tidak tahan mendengar laungan azan.


Kredit
comments | | Read More...

[Isu Semasa] - Pemerkasaan Ekonomi Petanda 1malaysia Gagal

Penulis : Admin on Sunday, September 22, 2013 | 7:15 PM

Sunday, September 22, 2013



KUALA LUMPUR: Rancangan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera adalah petanda kegagalan dasar 1Malaysia yang diperkenalkan Najib dengan asas untuk membentuk rakyat Malaysia yang melihat diri mereka sebagai warga Malaysia, kata Lim Kit Siang.

Justeru, katanya sejak diisytiharkan sebagai cuti umum empat tahun lalu, sambutan Hari Malaysia ke-50 kali ini adalah sambutan yang paling menggusarkan rakyat.

Ini, ujarnya kerana dua hari sebelum itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah membuat tindakan yang menunjukkan beliau bukan lagi seorang Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia dan sebagai peneraju transformasi negara dari segi tadbir urus kerajaan, politik mahu pun ekonomi.

Katanya, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut hari di mana Najib membuat pengumuman tentang Rancangan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera bernilai RM31 bilion sebagai “hari yang sungguh bertuah” dan pengumuman itu sendiri sebagai “acara paling dinanti-nantikan”.

“Tidak hairanlah Muhyiddin begitu gembira, kerana pengumuman itu menandakan kemenangan pendirian “Malay first, Malaysian second” beliau dan berakhirnya dasar 1Malaysia Najib yang belum pun mencecah usia empat tahun,” ujar Ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan.

Katanya, pada bulan Mac 2010 beliau telah mencabar Muhyiddin dan semua Menteri Kabinet ketika itu untuk menyatakan sama ada mereka menyokong sepenuhnya dasar 1Malaysia Najib, mengingatkan mereka bahawa matlamat 1Malaysia seperti yang disebut dalam Program Transformasi Kerajaan 1Malaysia ialah “untuk menjadikan Malaysia ... sebuah negara lebih hebat: sebuah negara yang setiap rakyatnya melihat diri mereka pertamanya sebagai warga Malaysia dan seterusnya menurut kaum, agama, daerah atau latar belakang sosioekonomi dan di mana prinsip 1Malaysia terjalin pada struktur ekonomi, politik dan sosial masyarakat”.

“Saya secara khusus meminta Muhyiddin dan semua Menteri Kabinet untuk menyatakan sama ada mereka sanggup mengisytiharkan diri mereka sebagai “warga Malaysia terlebih dahulu” dan kemudiannya menurut kaum,” katanya lagi.

Menurutnya, semua Menteri Kabinet ketika itu membisu seribu bahasa setelah Muhyiddin mengisytiharkan bahawa beliau menganggap dirinya “pertama sekali sebagai Melayu” dan setelah itu barulah sebagai warga Malaysia.

“Kita merasa hiba kerana sejak empat tahun lalu, hanya seorang Menteri Umno, iaitu Datuk Seri Nazri Aziz, yang berani mengakui secara terbuka bahawa beliau menganggap dirinya pertama sekali sebagai warga Malaysia dan seterusnya sebagai orang Melayu,” katanya.

Lim berkata, Najib sendiri tidak pernah mengakui bahawa beliau menganggap dirinya “pertama sekali sebagai warga Malaysia dan seterusnya sebagai Melayu”, walaupun menonjolkan 1Malaysia sebagai dasar utama kerajaan sejak empat tahun lalu.

Malah, ujarnya pada Julai 2011, Najib mengelak apabila ditanya dalam Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia sama ada sanggup menyatakan apakah menganggap dirinya pertama sekali sebagai warga Malaysia dan apakah tanggapannya terhadap kenyataan Muhyiddin yang menganggap dirinya “pertama sekali sebagai Melayu dan seterusnya sebagai warga Malaysia”.

Menurutnya lagi, Najib tidak menjawab pertanyaan tersebut, sebaliknya berkata: “Saya tidak mahu memberi jawapan yang dapat menimbulkan perbezaan antara saya dengan timbalan saya. 1Malaysia adalah falsafah yang memandu kita. Tidak penting apa yang anda ucapkan, selagi anda patuh (pada konsep 1 Malaysia)”.

Baginya, Rancangan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera menjadi penolakan oleh Najib terhadap dua dasar paling penting yang diperkenalkannya setelah menjadi Perdana Menteri pada April 2009 – Model Ekonomi Baru (MEB) yang menjanjikan transformasi program afirmatif berasaskan keperluan dan merit untuk meningkatkan mutu kehidupan golongan yang pendapatan mereka berada pada tahap 40% terendah, tanpa mengira latar kaum, dan dasar 1Malaysia yang berasaskan konsep kesaksamaan untuk semua, tanpa meminggirkan sebarang kelompok, dengan sokongan dan peluang diberikan berasaskan keperluan dan merit.

Beliau menambah, Rancangan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera adalah petanda kegagalan dasar 1Malaysia yang diperkenalkan Najib dengan asas untuk membentuk rakyat Malaysia yang melihat diri mereka pertamanya sebagai warga Malaysia dan seterusnya menurut kaum, agama, daerah atau latar belakang sosioekonomi, dengan prinsip 1Malaysia terjalin pada struktur ekonomi, politik dan sosial masyarakat.

Justeru, katanya Rancangan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera mesti ditolak atas dua asas: peminggiran kaum bukan-Melayu di Malaysia dan penerusan hegemoni Umno-putra sebagai penerima manfaat utama daripada Rancangan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang bernilai RM31 bilion itu sepertimana Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah menghasilkan kekayaan untuk segelintir manusia dalam Umno atas nama mengangkat dan memajukan bumiputera, sedangkan sebahagian besar kaum bumiputera masih kekal dalam golongan 40% rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.


Kredit
comments | | Read More...

[Isu Semasa] - Kerajaan Jamin Harga Tepung, Gula Tidak Naik

Penulis : Admin on Friday, September 13, 2013 | 11:34 PM

Friday, September 13, 2013



SEREMBAN - Kerajaan memberi jaminan harga tepung dan gula tidak akan naik di sebalik pengurangan subsidi petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen diumumkan kerajaan, 3 September lepas.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek berkata, jaminan itu berdasarkan persetujuan antara kementerian dengan beberapa pengeluar dan pengilang utama dua komoditi makanan itu, semasa pertemuan pada Selasa.

"Saya gembira apabila mereka juga memberitahu bahawa bekalan gula dan tepung mencukupi.
"Mereka juga bersetuju untuk tidak menaikkan harga barangan itu dan ini bermakna peniaga tidak boleh menaikkan harga barangan berkenaan sewenang-wenangnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Bengkel Kefahaman Undang-undang dan Pemeriksaan kepada Penghulu dan Penggawa Semenanjung Malaysia, di sini hari ini.
Menurut beliau, kementerian sebelum ini mengadakan pertemuan serupa dengan pengilang dan pengeluar barangan lain termasuk pengusaha pasar raya berhubung isu sama.
Katanya, kebanyakan mereka bersetuju dan menyokong langkah kerajaan mengurangkan subsidi petrol RON95 dan diesel yang membawa kepada kenaikan 20 sen harga dua bahan api terbabit.





"Mereka memahami hasrat kerajaan dalam mengurangkan subsidi minyak ini adalah untuk memperkukuhkan ekonomi negara dan mereka bersetuju untuk sama-sama membantu (dengan tidak menaikkan harga barangan)," katanya.
Dalam pada itu, Hasan berkata sejak pengumuman kerajaan berhubung pengurangan subsidi minyak itu, sebanyak 30,538 pemeriksaan dibuat terhadap peniaga menerusi Ops Harga.
Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 157 kesalahan dikesan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Akta Timbang dan Sukat 1972 dengan kompaun RM16,530 dikeluarkan.

"Kita juga membuat rampasan barangan bernilai RM55,382.20 terhadap peniaga terbabit yang melakukan pelbagai kesalahan termasuk menaikkan harga barangan, tidak mempamerkan harga dan menjual barangan tiruan," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai bengkel tersebut, Hasan berkata ia bertujuan memberi pengetahuan dan pemahaman kepada penghulu dan penggawa mengenai peranan mereka sebagai pemantau harga barangan di kawasan masing-masing.


Kredit
comments | | Read More...

[Isu Semasa] - Tudung Kepala Alien - Fatwa Mashitah

Penulis : Admin on Thursday, September 12, 2013 | 7:20 PM

Thursday, September 12, 2013




Wanita boleh sanggul tinggi selagi menutup aurat
Tidak ada salahnya bagi wanita hendak bersanggul tinggi atau rendah. Bagaimanapun, harus hukumnya bagi wanita berambut panjang untuk bersanggul. Saya tidak melihat bersanggul tinggi menampakkan seorang wanita berlebihan dalam penampilannya.

Yang penting ialah auratnya ditutup kerana Allah mewajibkan wanita menutup aurat untuk menjaga kecantikan mereka.


Dalam menutup aurat, syarat yang mesti dipenuhi ialah pakaian tidak terlalu ketat kerana boleh menimbulkan fitnah dan persepsi negatif.




Kredit
comments | | Read More...

[Isu Semasa] - Mas, Airasia Masing-Masing Didenda Rm10 juta

Penulis : Admin on Monday, September 9, 2013 | 6:38 PM

Monday, September 9, 2013



Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia masing-masing dikenakan denda sebanyak RM10 juta kerana melanggar Akta Persaingan 2010 dalam perjanjian kerjasama antara dua syarikat terbabit.

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dalam satu kenyataan hari ini menyebut, kedua-dua syarikat itu melakukan kesalahan “perkongsian pasaran”, menurut akta tersebut.

“Perkongsian pasaran dianggap sebagai pelanggaran serius mengikut akta ini kerana dianggap mengandung tujuan untuk menghalang, mengehad, atau mengherotkan persaingan dalam apa-apa pasaran untuk barangan dan perkhidmatan,” kata pengerusi MyCC Siti Norma Yaakob.

“Apabila syarikat bersetuju untuk berkongsi pasaran, mereka bersetuju untuk berhenti bersaing sehingga menjejaskan pengguna,” katanya dalam satu kenyataan.

MAS, AirAsia dan AirAsia X pada 9 Ogos 2011 mengadakan perjanjian melibatkan pertukaran saham, dengan Khazanah Nasional Berhad memperolehi 10 peratus pegangan dalam AirAsia manakala Tune Air Sdn Bhd memperolehi 20.5 peratus saham dalam MAS.

Perjanjian pertukaran saham itu melanggar Seksyen Section 4(2)(b) akta tersebut, kata Siti Norma.

Kredit
comments | | Read More...

[PANAS] - Mangsa Terduduk Dalam Lecah Selepas Diragut

Penulis : Admin on Sunday, September 8, 2013 | 8:45 AM

Sunday, September 8, 2013



6 September 2013  GEORGETOWN - Nasib malang menimpa dua wanita apabila diragut ketika sedang menunggang motosikal dalam perjalanan ke tempat kerja di sini petang semalam.
       
Bagaimanapun, usaha suspek untuk melarikan beg tangan salah seorang mangsa yang diletakkan dalam raga motosikal gagal dan menyebabkan mangsa hilang kawalan lalu terbabas.
       
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 4 petang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, kedua-dua mangsa itu menuju ke tempat kerja di sebuah pasar raya di Gelugor.
       
Difahamkan, suspek mengekori mangsa menggunakan motosikal sebelum bertindak meragut beg mangsa.
       
Mangsa yang terkejut dengan perbuatan suspek cuba menyelamatkan beg tangannya tetapi gagal mengawal motosikal sebelum terbabas dan terjatuh.
       
Akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan dan salah seorang patah kaki selain cedera di bahagian muka dan tangan.
       
Kedua-duanya dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang dengan menaiki van Jabatan Bomba dan Penyelamat yang kebetulan melalui jalan berkenaan.
       
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
comments | | Read More...

[PANASS] - Ali Rustam Mahu Kasino Genting Highlands Ditutup

Penulis : Admin on Thursday, September 5, 2013 | 7:35 PM

Thursday, September 5, 2013



Bekas ketua menteri Melaka Datuk Mohd Ali Rustam menggesa kerajaan menutup resort kasino Genting Highlands.

Laporan Nanyang Siang Pau hari ini menyebut, Ali mendakwa kasino berkenaan mewujudkan pelbagai masalah sosial dan jenayah.

Beliau juga mendakwa menerima banyak aduan berhubung isu tersebut.

Ali dalam sidang media selepas satu taklimat bersama usahawan bumputera di Melaka semalam berkata Genting Group tidak memberi sebarang sumbangan kepada ekonomi Melaka walau dengan pendapatan tinggi dari kasinonya.

Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) itu berkata kerajaan masih boleh mengenakan levi cukai ke atas resort lain dan tidak perlu berganting kepada kasino Genting Highlands.

Gesaan itu dengan tangkas disanggah oleh setiausaha agung Pemuda MCA Chai Kim Sen yang mendakwa kenyataan Mohd Ali itu sebagai usaha untuk memperbodohkan rakyat dengan mempermudahkan masalah terbabit.

Beliau juga mendakwa Mohd Ali membuat kenyataan tersebut bagi menghadapi pemilihan dalam parti Umno.

Chai berkata keputusan mengenai Genting Highlands perlu dibuat oleh kerajaan.


Kredit

comments | | Read More...

Categories

About

Blogroll

 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Berita Meletop . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger