News Update :

Dapatkan Update 100% Percuma

Enter your email address:

[Panas] - Penerbit Filem Kena Belasah

Penulis : Puteri Dania Emilia on Tuesday, February 28, 2012 | 6:45 PM

Tuesday, February 28, 2012

Suami pelakon Nadia Mustafar yang juga penerbit filem, Hazil Izham Ismail, 38, patah tulang pipi kanan dan terseliuh bahu kiri dibelasah 20 lelaki tidak dikenali yang bersenjatakan botol kaca dan kayu di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, pukul 5.30 pagi kelmarin.


Harian Metro melaporkan, kumpulan lelaki itu dipercayai petugas keselamatan premis berkenaan kerana terdapat perselisihan faham dengan Hazil mengenai zon larangan merokok.


Dalam kejadian itu, Hazil berkata dia baru tiba di premis berkenaan untuk menemui empat krew penerbitannya bagi membincangkan urusan penggambaran. Mereka kemudiannya didatangi kumpulan terbabit yang tidak puas hati apabila seorang daripada krew penerbitannya merokok di kawasan larangan sebelum pertengkaran berlaku.

Saya pada mulanya cuba meleraikan mereka dan mengajak mereka berbincang. Namun, seorang daripada lelaki itu memukul belakang saya menggunakan botol manakala rakan-rakannya pula memukul krew saya yang lain.

Lelaki itu sekali lagi menghentak kepala saya menggunakan botol biarpun saya cuba menenangkannya.

Tambahnya, dia tidak tahu motif dipukul sebaliknya menyerahkan kepada polis untuk menyiasat setelah membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi. Posted@BeritaMeletop.blogspot.com
comments | | Read More...

[Berita Hiburan] - Taman Tema Upin & Ipin RM700 Juta




Taman Tema Upin & Ipin RM700 Juta


Taman Tema Upin & Ipin RM700 Juta


KUALA LUMPUR – Kejayaan siri kartun Upin & Ipin yang mendapat sambutan para penonton televisyen di Malaysia, Indonesia, Filipina, Vietnam, Kemboja, Thailand dan Singapura mendorong penerbitnya, Les’ Copaque Production bercadang menubuhkan sebuah taman tema karekter itu.

Menurut Pengarah Urusan Les’ Copaque Production, Burhanuddin Md. Radzi, pihaknya kini sedang merancang menubuhkan sebuah taman tema berdasarkan karekter Upin dan Ipin di sebuah kawasan di Sepang, Selangor di mana ia dijangka menelan kos mencecah RM700 juta.

“Kami telah mengenal pasti sebuah kawasan bersebelahan dengan Litar F1 di Sepang. Kawasan itu milik MAB (Malaysia Airport Berhad). Kami sudahpun menjalankan perbincangan dengan pihak MAB bagi mendapatkan persetujuan mereka bagi membuka taman tema di situ.

“Kalau proses ini berjalan dengan lancar dijangkakan Taman Tema Upin & Ipin boleh disiapkan dalam masa tiga tahun. Lagi banyak penaja yang tampil ditambah dengan sokongan pihak kerajaan ia mungkin dapat disiapkan lebih awal. Kami mahu jadikan ia seperti Disneyland,” katanya.

Beliau ditemui di Saloma Bistro di Jalan Ampang di sini semalam selepas pelancaran Upin & Ipin The Musical yang dilancarkan oleh isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali di mana pementasan muzikal itu akan diadakan di Istana Budaya pada April ini.


Sumber : Mynewshub
comments | | Read More...

[Kejam] - Buang Mayat Anak Ke Sampah

Seorang wanita telah dikenakan $ 10,000 bon selepas dilaporkan memberitahu polis dia melemparkan tubuh anak perempuannya keluar ke sampah. India Parker, 35, Cleveland, Ohio, menghadapi tuduhan penyalahgunaan mayat. Parker adalah di pusat penyiasatan mengenai kehilangan anak perempuannya Kaliyah, 10. Kaliyah dilaporkan hilang oleh bapa salah seorang daripada kanak-kanak lain Parker, laporan Fox News.


Saudara-mara dan kawan-kawan telah memberitahu polis mereka tidak pernah melihat Kaliyah sejak berusia lima pada tahun 2006. Sgt. Sammy Morris, dengan Jabatan Polis Cleveland, memberitahu Fox 8: Polis bahagian Cleveland menerima maklumat daripada Cuyahoga County, Jabatan Perkhidmatan Kanak-kanak dan Keluarga pada hari Isnin, kira-kira selepas 10 tahun kanak-kanak itu hilang. Laporan polis menunjukkan bahawa India berkata kepada bapa kanak-kanak itu, yang Kaliyah meninggal dunia apabila rak buku jatuh ke atasnya. Walau bagaimanapun, tiada sijil kematian telah dijumpai dan tidak ada rekod di hospital tempatan.




Sumber : MalaysiaSensasi.net
comments | | Read More...

[Rekod] - Manusia Pertama Mendaki Gunung Tertinggi Dunia


Pada Mei 1953,Edmund Hillary, seorang peternak lebah New Zealand bertukar menjadi seorang pendaki gunung, menjadi orang pertama yang mencapai puncak gunung tertinggi di dunia. Hillary dan Sherpa Tenzing Norgay, mendaki ke puncak berlumba dengan sepasang pendaki lain, Charles Evans dan Tom Bourdillon, yang akhirnya terpaksa kembali pada jarak vertikal hanya 300 meter dari puncak. Sengit melawan angin, suhu di bawah 0 C dan longsoran air yang berbahaya, Hillary dan Norgay terus menuju ke puncak, 29.028 kaki (8.848 m) di atas permukaan laut dan berjaya. Sejak itu, ratusan pendaki mengikuti jejak mereka, tetapi Hillary akan selamanya dikenang sebagai orang yang pertama ke puncak dunia. Poseted@BeritaMeletop.blogspot.com


Sumber : MalaysiaSensasi.net
comments | | Read More...

[Panas] - Kitab Injil 1,500 Tahun Ditemui



Setelah sekian lama, akhirnya kebenaran terserlah jua.
ANKARA – Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.

Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.

Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.

Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.

Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John.
Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.

Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).

Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.

Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).

Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa. – Agensi
comments | | Read More...

[Berita Artis] - Wardina akui dirinya lebih cantik dari J-LO


Wardina Safiyyah yang kini menceburkan diri di dalam bidang motivasi minda mendakwa bahawa beliau lebih cantik dari penyanyi, pelakon dan model antarabangsa terkenal, Jenniffer Lopez.

Beliau berpendapat demikian kerana mendakwa dirinya dan seluruh muslimah di dalam dunia lebih cantik memandangkan mereka ditakdirkan Allah untuk beragama Islam dan itu sudah cukup cantik ‘di dalam’nya. Posted@BeritaMeletop.blogspot.com



Sumber : http://mynewshub.my/
comments | | Read More...

[Panas] - Blog Gosip Tutz bakal disaman Wan Shades

Bekas penyanyi utama kumpulan Shades, Wan Shades kembali menjadi sebutan ramai. Bukan kerana dia muncul dengan lagu baharu tetapi angkara dituduh/difitnah merogol anak tirinya selama tujuh tahun.


Berita tersebut mulai tersebar luas apabila sebuah pengendali blog hiburan terkenal menerbitkan artikel berjudul Wan Shades Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol anak Tiri Selama Tujuh Tahun, yang secara jelas merujuk kepada dirinya.

Terkejut dan malu dengan tuduhan tersebut, Shades nekad mahu mengambil tindakan menyaman pengendali blog hiburan tersebut, dan sebelum itu laporan polis di Balai Polis Ukay Perdana, Selangor sudah dibuat.

Sumber : Izyan.com
comments | | Read More...

[Berita Artis] - GAMBAR MAJLIS PERTUNANGAN MISHA OMAR DAN FIROS

Tahniah kita ucapkan kepada Misha Omar kerana sudah menjadi Tunang Orang sekarang ni…Dibawah ini adalah gambar pertunangan beliau dengan Firos. Posted@BeritaMeletop.blogspot.com





comments | | Read More...

[Panas] - TERKEJUT KERANA BUKU BACAAN KANAK-KANAK BERUNSUR SEKS & LUCAH


KUALA LUMPUR – Pemuda Umno menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengemas kini Dasar Buku Negara 1998 kerana banyak aduan yang diterima mengenai kandungan buku-buku bacaan kanak-kanak yang didapati mempunyai unsur lucah.
Pengerusi Biro Aduan Komuniti, Datuk Muhd Khairun Aseh berkata, surat berkenaan juga adalah bagi mendapatkan penjelasan mengenai bagaimana buku sedemikian boleh terlepas pandang sedangkan inti pati serta ilustrasi dalam buku terbabit terang-terangan tidak mengikuti garis panduan yang dibenarkan.

Menurutnya, pihaknya akan menyerahkan surat bantahan kepada KDN untuk menyekat buku-buku yang diimport ke negara ini khususnya untuk bacaan kanak-kanak. Ini berdasarkan aduan yang diterima sejak setahun lalu di mana kebanyakan buku untuk kanak-kanak mempunyai unsur lucah.
"Kami sudah menerima banyak aduan mengenai perkara ini. Pemuda Umno tampil demi kepentingan awam. Bagaimana Dasar Buku Negara 1998 yang dibuat begitu 'cantik' boleh tersasar hingga begini sehingga bahan bacaan begini boleh terlepas pandang, sedangkan ia secara terang-terangan berunsur lucah.

"Ia juga mudah didapati di kedai buku terkemuka dan diletakkan di bahagian kanak-kanak. Ia benar-benar melampau," katanya kepada media, di pejabatnya di sini, semalam.
Muhd Khairun berkata, sebuah buku berjudul 'Where Did I Come From' antara buku yang mengandungi inti pati serta gambar lucah dan dijual hampir 2 juta naskhah di pasaran dunia.
"Saya terkejut apabila melihat buku ini. Dari luar ia nampak seperti tiada apa-apa, tetapi setiap helaian buku ini mengandungi ayat dan gambar lucah.
"Kerana itu, kami tidak teragak-agak untuk menyerahkan surat bantahan ini. Saya percaya, bukan hanya sebuah buku, malah pasti banyak lagi.
"Namun, kami bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan pihak berwajib untuk membendung perkara ini daripada terus berleluasa," katanya. Poseted@beritaMeletop.blogspot.com

Jelasnya, mengikut laporan, jumlah dagangan buku yang diimport ke Malaysia mencecah RM3 bilion. Namun, penulis tempatan tidak tersenarai di dalam perkembangan ekonomi ini.
"Di Malaysia, ada lebih 5,000 penulis dan lebih 8,000 syarikat percetakan. Mengapa mereka ini tidak diberikan ruang secukupnya.
"Buku-buku dari luar negara ini kebanyakannya tidak sesuai dengan adat dan budaya negara ini. Jadi pemantauan perlu lebih dibuat bagi mengelakkan perkara ini terus merebak dan boleh merosakkan akhlak kanak-kanak.
"Selain ibu bapa, KDN perlu memainkan peranan maksima agar tidak ada lagi kes terlepas pandang seperti ini," katanya.
comments | | Read More...

[Aneh] - KISAH PRAMUGARI BERSETUBUH DENGAN HANTU RAYA

CUACA pada malam itu agak dingin. Semua penghuni rumah teres dua tingkat di Nilai, Negeri Sembilan itu sudah tidur semasa Keena pulang daripada kerja.
Pada masa itu jarum jam menunjukkan pukul 11 malam. Pramugari itu terus ke bilik air untuk membersihkan tubuh setelah 13 jam mengharung penerbangan dari London ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.
Sedang dia asyik menghayati siraman air suam kuku, tiba-tiba pandangan mata Keena terarah kepada sebuah objek yang melekat pada cermin pemisah bilik airnya.
Dek terlalu letih, Keena tidak banyak berfikir. Dia menyangkakan objek itu mungkin seekor kelawar yang tersesat ke dalam kamar mandinya. Seketika kemudian objek berwarna hitam itu lenyap.
"Bila diamati betul-betul ia seolah-olah tapak tangan lembaga hitam yang diletakkan pada cermin itu," tutur Keena, 37.
Sejak setahun lalu, ibu tunggal itu sudah terbiasa dengan kejadian pelik di rumahnya. Rumah tersebut didiami Keena bersama ibu, adik dan seorang anak lelakinya.
Malah, adik perempuan Keena mendakwa pernah melihat makhluk seakan-akan beruk besar berdiri di atas bumbung rumahnya. Jelas Keena, sejak bercerai dengan suaminya enam tahun lalu, rumah itu tidak lagi tenteram seperti dahulu.
Ada sahaja gangguan misteri berlaku. Daripada bunyi bising hinggalah jelmaan makhluk hitam berbulu yang menemani tidurnya.
"Lampu terpadam tiba-tiba, bunyi orang sedang berjalan dan benda mencakar dinding sudah menjadi perkara biasa buat saya. Kadang-kadang ada bunyi guli melantun di atas siling.
"Semasa tidur pula ada makhluk berbulu hitam pekat sering menindih saya. Apabila dibacakan ayat Kursi dan dilaungkan azan ia akan hilang tetapi akan muncul semula.
"Bukan itu sahaja, sejak mengalami gangguan itu, emosi saya selalu tidak stabil. Saya menjadi semakin panas baran dan mudah marah," jelas Keena dalam nada sugul kepada Jurnal.
Dia tidak sahaja diganggu oleh bunyi-bunyi aneh dan jelmaan makhluk yang menyeramkan, bahkan kehidupan peribadi Keena turut merudum.
Setelah bercerai dengan suaminya yang merupakan seorang pramugara pada tahun 2006, Keena mengalami banyak kegagalan dalam percintaan.
"Dalam tempoh itu saya sudah bertunang sebanyak tiga kali. Apabila hampir untuk diijabkabulkan, hubungan kami terputus tanpa sebab. Saya baru sahaja putus tunang dengan seorang mualaf.
"Dia tiba-tiba tidak jadi berkahwin dengan saya walaupun hanya tinggal seminggu lagi. Saya bingung, mengapa semua ini berlaku?" kata Keena.
Menyedari keanehan itu, Keena berjumpa ramai pakar perubatan Islam untuk mendapatkan rawatan. Malangnya keanehan berlaku lagi sewaktu dia membawa seorang ustaz ke rumahnya untuk berubat. Dalam perjalanan itu, kereta mereka dihalang oleh seekor ular besar berwarna hitam.
Ular itu bagaikan hendak menghalang ustaz itu daripada tiba ke rumah Keena.
"Sewaktu menjemput seorang ustaz daripada jalan utama ke kawasan rumah saya, konvoi kami dihalang oleh ular itu.

"Ular berwarna hitam yang berdiri setinggi kereta itu berada betul-betul di tengah laluan kami sebelum ia tiba-tiba lenyap.
"Anak saya memberitahu bahawa dia seperti sedang menonton rancangan National Geographic secara langsung. Itulah pertama kali saya melihat ular yang begitu besar," tutur Keena.
Menurut seorang pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafei, Keena sebenarnya menderita akibat disihir dan diganggu hantu raya.
"Makhluk berbulu yang sering dilihat Keena itu kalau di kampung dipanggil hantu raya. Ia dibela sejak zaman-berzaman dan dihantar untuk memecahbelahkan kehidupan orang lain.
"Dalam diri Keena sendiri ada makhluk halus yang bersarang. Kerana itulah emosi dia kerap terganggu kerana terdapat kesan lebam pada tubuhnya," tutur Shamsuri.
Tambah Shamsuri, lebih teruk apabila makhluk berbulu setinggi manusia biasa itu boleh melakukan persetubuhan dengan mangsa.
"Ada mangsa gangguan hantu raya yang mengaku dia disetubuhi oleh makhluk itu. Biarpun dalam keadaan tidak sedar, tetapi ciri-ciri seperti seseorang yang selesai bersetubuh itu terdapat pada mangsa," tambah Shamsuri.
Baru-baru ini, Shamsuri melakukan proses menghalau makhluk tersebut dan memagar rumah Keena dengan bacaan ayat-ayat rukyah.
Setiap bilik di rumah Keena dibacakan ayat-ayat suci berserta bacaan doa untuk menghalau makhluk ghaib tersebut. Sebuah bilik di bahagian belakang yang didakwa oleh Shamsuri sebagai tempat hantu raya tersebut duduk dilaungkan dengan alunan azan.
Ketika Shamsuri dan tiga orang pembantunya melaungkan azan secara serentak itu, perhatian Jurnal tertarik oleh bunyi dari sebuah almari.
Bunyi jari telunjuk yang mengetuk pintu almari itu bersahutan sebanyak empat kali sebelum ia berhenti.
Jelas Shamsuri, apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran dan azan, makhluk halus tersebut akan berasa panas dan marah. Seterusnya akan kedengaran bunyi-bunyi seperti mencakar dinding, bunyi cawan dan harimau mengaum.
"Tanda-tanda ini akan berlaku pada waktu malam selepas ia dihalau. Ini bermakna ia tidak akan mengganggu lagi mangsanya," kata Shamsuri.
comments | | Read More...

[Berita Pelik] - Misteri Manusia Berketurunan Berkulit Biru

Penulis : Puteri Dania Emilia on Monday, February 27, 2012 | 9:18 PM

Monday, February 27, 2012



Ada beberapa kepercayaan kuni, kulit biru biasanya merujuk pada sifat dewa. Misalnya, Dewa Khrisna dalam kepercayaan Hindu. Atau, Dewa Mesir, Amon pun juga digambarkan berkulit biru.

Entah bagaimana, ternyata manusia berkulit biru benar-benar wujud, seperti kisah berikut ini:

Pada tahun 1820, seorang anak yatim piatu yang berasal dari Perancis bernama Martin Fugate mendapat tanah hibah di sebelah timur Kentucky, yang dikenal dengan nama Troublesome Creek.

Kemudian Martin mengahwini seorang wanita asa Amerika, Elizabeth Smith, yang berambut merah dan berkulit sangat putih, seputih salji. Keluarga Fugate memiliki 7 anak, dan 4 diantaranya berkulit biru.

Keluarga ini bertambah jumlahnya, kerana sesama anggota keluarga Fugate menikahi satu sama lain. Pernikahan antara sepupu kerap terjadi, keluarga Fugate juga menikah dengan keluarga-keluarga tetangga mereka.


Komuniti ini hidup terpencil di daerah yang belum memiliki infrastruktur.
Anak-anak Martin yang berkulit biru akhirnya menikah dengan saudara dari Ibu mereka. Zachariah, seorang anak berkulit biru, menikah dengan saudara kandung si Ibu, dan menghasilkan kombinasi gen yang 100 tahun kemudian menjadi penyebab kelahiran Benjy Stacy dengan warna kulit biru-keunguan!

Ketika doktor keluarga hairan melihat keadaan Benjy, mereka dijelaskan mengenai kisah nenek buyut Benjy, yaitu Luna Fugate. Keluarga mengatakan, Luna adalah perempuan yang “sangat biru”, “perempuan terbiru yang pernah ada”.

Mengapa Berkulit Biru?
Kelainan ini disebut methaemoglobinaemia - atau singkatnya: met-H, kondisi yang mengurangi kemampuan membawa oksigen dalam darah. Akibatnya, darah menjadi lebih gelap dari warna yang normal. Kes pada Keluarga Fugate dimungkinkan kerana menikah dengan tetangga dan kerabat dekat yang menyebabkan kelainan genetik ini berlanjutan.
comments | | Read More...

[Rekod] - Tuah Chandra Bahadur Dangi lelaki Terpendek didunia



Seorang lelaki berusia 72 tahun, Chandra Bahadur Dangi dari sebuah kampung terpencil di barat daya Nepal diiktiraf sebagai lelaki paling pendek di dunia selepas ketinggiannya diukur oleh beberapa pegawai Guinness World Records. Posted@beritameletop.blogspot.com

Dangi setinggi 54.6 sentimeter (sm), 5.3sm lebih pendek daripada pemegang rekod sebelum ini, Junrey Balawing dari Filipina.



"Saya berasa amat gembira," kata Dangi kepada pemberita.

"Saya akan bekerja untuk mempromosikan negara saya ke seluruh dunia," tambahnya.

Dangi yang seberat 12 kilogram juga diisytiharkan sebagai manusia paling pendek pernah direkodkan sekali gus mengambil alih tempat Gul Mohammed yang setinggi 57sm sebelum dia meninggal dunia pada tahun 1997 semasa berumur 40 tahun.

"Saya terus-menerus berasa takjub bahawa rekod ini terus dipecahkan," kata Ketua Pengarang Guinness World Records, Craig Glenday dalam satu kenyataan selepas ketinggian Dangi diukur.

Menurutnya, jika umur Dangi betul, dia akan menjadi individu paling tua yang memiliki rekod dalam sejarah 57 tahun Guinness World Records.

Dangi tinggal di daerah Dang. Dia pernah menyatakan sudah terlalu tua untuk berkahwin tetapi masih berminat untuk mengembara ke negara-negara lain.

Beberapa pegawai Guinness World Records menyatakan mereka masih belum mengetahui punca yang menyebabkan Dangi menjadi pendek.

Dangi pernah menyatakan bahawa dia dijadikan bahan sarkas semasa muda oleh beberapa saudaranya. - Agensi
comments | | Read More...

[Panas] - Tatu Kalimah Allah Erykah Badu

Ratu Neo-Soul, Erykah Badu dikatakan akan mengadakan konsert di Malaysia pada 25 FEB 2012 menerusi ‘Erykah Badu Live in Kuala Lumpur 2012′. Tetapi ada beberapa gambar beliau tersebar di internet yang mendakwa dia membuat tatu kalimah Allah di badannya





Sumber : MalaysiaSensasi.net
comments | | Read More...

[Menarik] - Pameran 100 Tahun Titanic Di Singapura (12 Gambar)

Semasa di Singapura tempohari aku dan isteri sempat melawat pameran sempena 100 tahun Titanic di Art Science Museum. Sebenarnya kitorang tak plan nak melawat pameran ini tapi bila ternampak iklan di tepi teksi aku tak boleh say no

It was aweosome. Artifak dari Titanic dipaparkan untuk anda. Terdapat porthole. pinggan mangkuk dan barangan peribadi yang diambil dari tapak karamnya Titanik. The best part was probably the full scale reconstruction of the Grand Staircase. Winning gila.

Kepada peminat Titanic jangan lepaskan peluang untuk melawat pameran ini di Art Science Museum Marina Bay Sands. Harga tiket ialah SGD 24. Tambah SGD 5 untuk tonton dokumentari Ghost of The Abyss yang dirakan oleh James Cameron. Kalau nak bergambar pada Grand Staircase dan mock up railing depan Titanic bayar lagi SGD 35. Well worth the dosh

Pameran berakhir April ini. So you guys gotta be quick!



Sumber : BlogSerius
comments | | Read More...

[Berita Artis] - Fasha Shadha dapat Kereta BMW sempena Velentine Day




Dengar-dengar daripada tobloit Kosmo baru-baru ni mengatakan yang Fasha Sandha telah diberikan hadiah kereta mewah berjenama BMW oleh bakal suaminya, Jejai bersempena harijadi Fasha pada 14 Feb lalu. Kononya sebagai hadiah hari kekasih, memandangkan kereta Fasha yang sama jenama itu, dahulunya telah dicuri oleh orang didepan kedai saloon nya.


Memang tak syak lagi, kebahagian Fasha lebih daripada yang kita jangkakan, bukan sahaja kasih sayang yang diberikan, kemwahan juga turut dapat dirasai. Bertuah lah badan. Semoga berbahagia la yer Fasha. Posted@beritameletop


Sumber : Izyan.com
comments | | Read More...

[Berita Artis] - Gambar Harijadi Aaron Aziz

Baru-baru ini berlangsungnya satu parti harijadi kejutan bersempena sambutan harijadi pelakon sensasi, Aaaron Aziz di Bora Asmara anjuran kelab peminat Aaron Aziz, Aaronators. Mengikut informasi, seramai 140 orang peminat Aaron Aziz telah menghadiri acara berkenaan yang bertemakan biru dan putih. Jemputan dipilih melalui kuiz yang diadakan pada 4 dan 5 Feb lalu di mana 10 pemenang terpantas dengan jawapan yang betul mendapat jemputan ke majlis ini. Turut bersama isteri beliau untuk memeriahkan suasana.












Sumber : Budiey
comments | | Read More...

[Berita Artis] - GAMBAR PERKAHWINAN LISA SURIHANI DAN YUSRY

Lagi gambar Perkahwinan Lisa dan Yusri. Tahniah kita ucapkan kepada kedua mempelai ini,Yusry dan Lisa Surihani.Mereka berdua selamat dinikahkan dengan jayanya. Paling berjaya bila Yusry tidak gagal dan hanya sekali lafaz, mereka berdua sah diijabkabulkan.














comments | | Read More...

Categories

About

Blogroll

 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Berita Meletop . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger