News Update :

Dapatkan Update 100% Percuma

Enter your email address:

Showing posts with label Kematian. Show all posts
Showing posts with label Kematian. Show all posts

[GEMPAR] - Pelatih PLKN mati dalam bilik mandi

Penulis : Ikhtiaruddin on Tuesday, September 24, 2013 | 10:03 AM

Tuesday, September 24, 2013




ROMPIN - Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) ditemui mati di bilik mandi Kem PLKN Pinggiran Pelangi di sini tengah malam semalam.

Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, ditemui dalam keadaan terbaring oleh rakannya pada pukul 12.04 tengah malam sebelum dimaklum kepada pihak kem tersebut.

Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Rozainor Ramli semasa dihubungi berkata, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik sampai ke Hospital Muadzam Shah di sini untuk menerima rawatan.


Kredit
comments | | Read More...

[KEMALANGAN] - Padah Tunggang Motosikal Secara Bahaya

Penulis : Admin on Tuesday, September 17, 2013 | 12:05 AM

Tuesday, September 17, 2013


PENDANG - Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Ibrahim maut selepas motosikal yang ditunggangi terperosok di bawah lori pasir tanpa muatan di Jalan Sungai Tiang Pendang, di sini, pada jam enam petang, kelmarin.

Kejadian yang berlaku dekat Kampung Sawa Kecil itu menyebabkan penunggang motosikal, Muhammad Alif Adha Mohd Asri, 14, dari Kampung Sawa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang, Inspektor Jasmin Isa berkata, siasatan awal mendapati kemalangan maut dipercayai berpunca daripada kecuaian penunggang motosikal yang memandu secara berbahaya.

“Penunggang motosikal dari arah Sungai Tiang manakala lori dipandu lelaki berumur 50 tahun dari Bidong Kedah dikatakan dalam perjalanan dari arah Pendang pulang ke rumahnya.

“Penunggang motosikal disyaki telah mengangkat tayar hadapan dan perbuatan tersebut menyebabkan beliau (mangsa) terjatuh ke laluan bertentangan sebelum terperosok ke bawah lori.

"Malangnya pemandu lori ini tidak sempat memberhentikan lori akibat jarak yang terlalu dekat,” katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Kredit
comments | | Read More...

[GEMPAR] - Pelakon Maimon Mutalib Meninggal Dunia

Penulis : Puteri Dania Emilia on Sunday, September 8, 2013 | 7:58 PM

Sunday, September 8, 2013



KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Maimon Mutalib meninggal dunia pukul 2.20 petang tadi di kediamannya di Seksyen 17, Shah Alam.

Allahyarhamah menghembuskan nafasnya yang terakhir setibanya di rumah selepas dibenarkan keluarkan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya.

Allahyarhamah disahkan menghidap kanser payu dara tahap keempat pada 2012.

Jenazah Allahyarhamah dijangka akan dikebumikan pada malam ini di kampung halamannya di Tangkak, Johor.

Pelakon drama dan filem terkenal itu meninggalkan lima orang anak, Kamarul Syahid Keristifa, 34, Surayatul Nadia Keristifa, 32, Surayatul Natasya Keristifa, 25, serta sepasang kembar Abdul Rahman Haji Keristifa dan Abdul Rahman Haj Keristifa, 16.
comments | | Read More...

GAMBAR - Gadis Malam Merdeka Kemalangan?

Penulis : Admin on Thursday, September 5, 2013 | 4:52 AM

Thursday, September 5, 2013



"Kemalangan di Seremban - Pasangan maut di tempat kejadian. Malam merdeka keluar tak pakai baju. Si perempuan cuma tutup badan dengan bendera dan dalam kemalangan tersebut meninggal dunia di tempat kejadian. Sedekahkan Al-Fatihah buat mereka dan semoga segala dosa mereka diampunkan Allah. - Ustaz Racing -
comments | | Read More...

[Kemalangan] - Tiga anggota trafik ajal

Penulis : Admin on Thursday, August 29, 2013 | 5:15 PM

Thursday, August 29, 2013

Beluran: Lima termasuk tiga anggota polis trafik terbunuh, manakala empat lagi parah apabila sebuah kereta peronda polis bertembung dengan sebuah pikap dalam kemalangan ngeri di Kilometer 53, Jalan Beluran-Telupid, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.40 petang itu, anggota daripada Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran, Koperal Saudi Meting, Koperal Hedzrin Ginan dan Lans Koperal Khairul Firdaus Abraham meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di seluruh anggota badan.

Ketua Polis Daerah Beluran Deputi Superintendan V Shivanathan berkata, dua lagi mangsa yang terkorban penumpang pikap, Masiah Jailani, 47, serta adiknya, Layni Jailani, 45.

Menurutnya, mangsa yang parah seorang anggota polis trafik, Konstabel Zaini Mohd Radzuan dan tiga individu termasuk pemandu pikap terbabit yang belum dikenali identiti mereka. Semua mereka menerima rawatan di Hospital Beluran, di sini.



“Ketika kejadian empat anggota polis trafik terbabit yang menaiki Proton Waja dalam perjalanan pulang ke IPD Beluran selepas menjalankan tugas di Telupid.
comments | | Read More...

[Panas] - Mahasiswa USM Geng Adam Adli Bunuh diri

Penulis : Puteri Dania Emilia on Monday, March 12, 2012 | 12:39 PM

Monday, March 12, 2012

Satu kes bunuh diri telah berlaku melibatkan seorang pelajar USM tengah hari tadi di Sungai Dua berhampiran USM kampus induk. Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 12.45 tengah hari.
Gambar telah disebarkan oleh Pkspp (PASUKAN KESELAMATAN SUKARELA PULAU PINANG) Queensbay Barat Daya dilaman social Facebook mereka.































Sumber : BeritaMeletop
comments | | Read More...

[Kejam] - Buang Mayat Anak Ke Sampah

Penulis : Puteri Dania Emilia on Tuesday, February 28, 2012 | 4:10 PM

Tuesday, February 28, 2012

Seorang wanita telah dikenakan $ 10,000 bon selepas dilaporkan memberitahu polis dia melemparkan tubuh anak perempuannya keluar ke sampah. India Parker, 35, Cleveland, Ohio, menghadapi tuduhan penyalahgunaan mayat. Parker adalah di pusat penyiasatan mengenai kehilangan anak perempuannya Kaliyah, 10. Kaliyah dilaporkan hilang oleh bapa salah seorang daripada kanak-kanak lain Parker, laporan Fox News.


Saudara-mara dan kawan-kawan telah memberitahu polis mereka tidak pernah melihat Kaliyah sejak berusia lima pada tahun 2006. Sgt. Sammy Morris, dengan Jabatan Polis Cleveland, memberitahu Fox 8: Polis bahagian Cleveland menerima maklumat daripada Cuyahoga County, Jabatan Perkhidmatan Kanak-kanak dan Keluarga pada hari Isnin, kira-kira selepas 10 tahun kanak-kanak itu hilang. Laporan polis menunjukkan bahawa India berkata kepada bapa kanak-kanak itu, yang Kaliyah meninggal dunia apabila rak buku jatuh ke atasnya. Walau bagaimanapun, tiada sijil kematian telah dijumpai dan tidak ada rekod di hospital tempatan.




Sumber : MalaysiaSensasi.net
comments | | Read More...

[Malang] Danish blasphemer terbakar sehingga mati

Penulis : Puteri Dania Emilia on Monday, February 27, 2012 | 9:31 AM

Monday, February 27, 2012


Gambar hiasan



Kurt Westergaard, lelaki yang melukis kartun Nabi Muhammad S.A.W dengan niat untuk menghina Islam suatu ketika dulu. Allah S.W.T telah bakar lelaki ini dalam api. Banyak cubaan untuk membunuh lelaki ini tetapi ramai yang mati ditembak oleh polis yang mengawal lelaki ini. Dengan kuasa Allah S.W.T, walaupun dijaga rapi oleh pihak polis. Api yang datang dari mana entah, membakar lelaki ini. AllahuAkbar!

TOLONG SHARE KAT WALL ANDA SEKIRANYA ANDA SAYANG NABI MUHAMMAD S.A.W. Klik Share.


Sumber : http://www.zimbio.com/
comments | | Read More...

[Berita Artis] - Gambar Terakhir Whitney Houston di dalam Keranda

Penulis : Puteri Dania Emilia on Saturday, February 25, 2012 | 10:32 AM

Saturday, February 25, 2012

Sehingga kini masih lagi menjadi tanda tanya tentang kematian Whitney Houston yang dikatakan mati kerana ketagihan dadah atau lemas. Apa-apa pun gambar whitney houston dikatakan dapat ditangkap semasa beliau didalam keranda.




Posted@beritameletop.blogspot.com

Sumber : BlogSerius
comments | | Read More...

[Kemalangan] - Maut kena renjatan

Penulis : Puteri Dania Emilia on Friday, February 24, 2012 | 2:01 PM

Friday, February 24, 2012

Maut kena renjatan


Maut kena renjatan


PERIKSA...anggota polis memeriksa mayat lelaki yang dipercayai maut akibat renjatan elektrik, semalam. 

SEREMBAN: Tindakan seorang lelaki yang dipercayai mahu mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di bilik bawah tanah sebuah pusat perniagaan pakaian di Jalan Tuanku Munawir di sini, mengundang padah apabila dia maut akibat terkena renjatan elektrik berkuasa 415 voltan, semalam. Posted@beritameletop.blogspot.com

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata lelaki berusia 40-an itu yang melecur teruk di muka, mati di tempat kejadian.

Menurutnya, polis menerima maklumat kejadian itu kira-kira jam 11.30 pagi dan menghantar sepasukan anggota untuk menyiasat.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, polis menemui lelaki yang hanya berseluar panjang, terbaring tidak sedarkan diri.


“Bagaimanapun, lelaki itu dipercayai sudah meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.


Maut kena renjatan
Sumber : hmetro Posted@beritameletop.blogspot.com
comments | | Read More...

Latif Ibrahim Meninggal Dunia Di IJN Kerana Masalah Jantung

Penulis : Puteri Dania Emilia on Tuesday, February 21, 2012 | 8:43 AM

Tuesday, February 21, 2012



PETALING JAYA: Penyanyi Abdul Latif Ibrahim,60, atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, memberitahu isterinya, Masriah Mahadan yang dia "teringan hendak balik".

Masriah,57, memberitahu, kata-kata itu disuarakan Latif ketika dia dimasukkan ke Unit Rawatan Korinari (CCU) IJN pada Sabtu lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk jantung.
"Di beritahu saya dia teringin nak balik. Pada masa itu saya tak tahu dia nak balik mana? Tak sangka pula dia rupa-rupanya hendak meninggalkan kita buat selama-lamanya," kata Masriah kepada mStar Online ketika di temui di rumahnya di AU3, Keramat dekat sini, malam Isnin.
Menurut Masriah, selama 38 tahun menjadi isteri kepada Latif, Allahyarham merupakan seorang suami yang amat penyayang dan sentiasa memenuhi kehendaknya.

Malah Allahyarham juga sentiasa mahu berada di sisinya dan bagaikan tidak boleh berenggang.
"Dia selalu ingin berada di samping saya. Selama perkahwinan kami, saya menganggap arwah sebagai suami yang amat baik dan bertanggungjawab. Saya bersyukur, ketika arwah sakit, saya dapat menjaganya dengan baik sehinggalah dia menghembuskan nafas terkahir," katanya.
Sementara itu adik Allahyarham iaitu Datuk Khatijah Ibrahim berkata, Allahyarham sepatutnya bersama keluarga menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah pada 13 Mac depan tetapi hajatnya tidak kesampaian.

“Kami turut sedih kerana arwah bukan sahaja tidak dapat menunaikan impian untuk mengerjakan umrah tetapi dia meninggal dunia tiga hari sebelum menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-60 tahun pada Khamis ini,” katanya.
Selain penyakit jantung, Allahyarham yang turut menghidap kencing manis dan paru-paru berair pernah menjalani pembedahan pintasan jantung kira-kira 12 tahun lalu.
Bagaimanpun sejak tahun lepas, Allahyarham sudah tiga kali dikejarkan ke IJN akibat serangan yang sama.

Selain menyanyi, Allahyarham juga aktif berlakon dan telah membintangi lebih 15 buah filem termasuklah Hapuslah Air Matamu, Dendang Perantau, Sumber Ilhamku dan Ragam Pemandu.
Filem terakhir Allahyarham ialah 4 Madu arahan A.Razak Mohaideen yang diterbitkan pada tahun 2010.

Beliau turut popular dengan lagu Nora, Pilihklah Aku, Mengenang Dikau Kembali dan lagu joget Manis Kata Di Bibir Saja.
Jenazah dibawa pulang ke rumahnya di AU3, Keramat dekat sini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, selepas solat Zohor, Selasa.
Selain Masriah, Allahyarham turut meninggalkan dua orang anak iaitu Mohd. Hazriq,35, dan Haznally,34.
comments | | Read More...

Categories

About

Blogroll

 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Berita Meletop . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger