News Update :

Dapatkan Update 100% Percuma

Enter your email address:

Showing posts with label Berita Politik. Show all posts
Showing posts with label Berita Politik. Show all posts

[Isu Semasa] - Noh Omar Umum Lepas Jawatan Parti

Penulis : Puteri Dania Emilia on Sunday, September 8, 2013 | 8:14 PM

Sunday, September 8, 2013


Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar hari ini mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti itu Oktober depan.

Noh yang juga ahli Parlimen Tanjong Karang turut mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno di negeri ini.

Perkara itu katanya dilakukan demi kelangsungan BN di Selangor serta ingin memberi laluan kepada "orang baru".

"PRU akan datang kalau keputusan kita hanya menang 12 atau kurang daripada PRU ini atau makin teruk saya akan lepaskan jawatan ini.

"Saya berjanji kepada semua," katanya dihadapan 1, 500 wakil wanita Umno setiap negeri, di Hotel De Palma, Shah Alam.
comments | | Read More...

Dalang Konflik Mesir Didedah

Penulis : Ikhtiaruddin on Tuesday, August 27, 2013 | 6:24 AM

Tuesday, August 27, 2013

BERMULA hari penggulingan Presiden Mesir, Mohammed Mursi, diikuti pengisytiharan darurat, pergolakan di Mesir dipenuhi dengan pelbagai spekulasi dicetuskan oleh media tempatan dan antarabangsa.

Bagi mendapatkan gambaran jelas konflik yang berlaku di negara itu, Sinar Harian (SH) mengadakan wawancara eksklusif bersama saintis politik Mesir dari Universiti Kaherah, Profesor Dr Mohammad Selim (MS) dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia. Ikuti wawancara bersama Ketua Meja Global, Liza Hasan, jurufoto kreatif Muhammad Zulfadhli Ahmad Zaki dan jurukamera Md Nidzam Osman. Siaran wawancara ini juga boleh dilayari menerusi www.sinarharian.com.my/sinar-tv

Apakah sebenarnya berlaku di Mesir pada 13 dan 14 Ogos?

MS: Polis berada di dua dataran utama di Rabaa Adawiyah dan Dataran Nadha. Dua kawasan ini menjadi kawasan protes penggulingan Mursi oleh saudara Muslim dan gabungannya. Mereka sudah berada di sana empat ke enam minggu sehingga menjadikan kawasan itu lumpuh. Di Rabaa Adawiyah ialah kawasan besar dengan kepadatan dua juta penduduk. Sebuah lagi kawasan (Dataran Nadha) berhampiran dengan Universiti Kaherah yang mempunyai kapasiti pelajar lebih 500,000 dan 15,000 profesor, juga hampir lumpuh. Kami menganggap perkara itu sebagai protes biasa.

Adakah mereka melakukan perhimpunan secara aman?

MS: Setiap orang mempunyai hak untuk protes dan mempunyai pandangan sendiri dengan syarat protes ini perlu dilakukan secara aman. Bagaimanapun, kami dan polis dapati mereka ada senjata. Mereka mempunyai mesingan, molotov cocktail, pisau, pedang dan mereka acu kepada polis. Mereka gunakan kawasan ini sebagai sasaran di Kaherah. Dari Rabaa Adawiyah mereka lakukan perarakan ke Dataran Ramsis pada petang itu. Kemudian, mereka pergi ke jambatan October 16, yang merupakan lebuh raya terbesar dan bertindak untuk melaksanakan solat Taraweh dalam usaha melumpuhkan trafik di Kaherah. Itu adalah objektif mereka.

Bagaimanakah keadaan kehidupan penduduk setempat ketika itu?

MS: Saya sebagai penduduk Kaherah dan tinggal di kawasan berdekatan Dataran Nadha tidak boleh keluar. Saya tidak boleh lakukan tugasan harian. Maka itu, kerajaan meminta mereka bersurai dengan cara aman supaya trafik di kawasan terbabit tidak lumpuh selepas penduduk di Dataran Rabaa Adawiyah mengadu mereka tidak boleh bergerak ke mana-mana. Mereka diperiksa, barang mereka dicuri, dan kami tidak boleh tidur kerana mereka merusuh sepanjang masa, dan kerajaan bertanggungjawab terhadap situasi itu.

Apakah usaha kerajaan sementara untuk meredakan kekecohan?

MS: Menteri Dalam Negeri (Mohamed Ibrahim) meminta mereka supaya jangan timbulkan kekecohan. Mereka dibenarkan berada di kawasan itu sampai bila-bila sekiranya mereka mahu dan itu matlamat kerajaan sementara. Tetapi matlamat pihak satu lagi adalah untuk melumpuhkan keadaan bukan sahaja di Rabaa Adawiyah dan Dataran Nadha, tetapi di pinggir Kaherah kerana mereka menganggap kawasan itu sasaran utama. Kemudian polis mencari alternatif untuk menghentikan kekecohan, namun mereka membantah dan mencabar kerajaan.

Kemudian mereka berpendapat ini adalah harinya. Mereka diberi tiga amaran melalui pembesar suara “Tolong bersurai secara aman dan kami akan memberi anda laluan keluar selamat dan kami tidak akan mengancam anda untuk membolehkan anda bersurai secara aman”. Sebahagian daripada mereka bersurai secara aman tetapi sebahagian lagi memulakan serangan tembak, membakar jalan, menggunakan molotov cocktail dan dalam keadaan ini polis terpaksa mempertahankan diri dalam usaha menamatkan keadaan itu. Dalam serang balas itu, pastinya ada yang maut daripada kedua-dua pihak, 25 peratus yang terkorban adalah polis.

Mereka juga membawa kanak-kanak berusia enam dan tujuh tahun dan membalut kanak-kanak itu dengan kain kapan. Kanak-kanak ini tidak mengetahui apa-apa, mereka tidak tahu konflik politik. Mereka berkata: “Jika kamu mahu menamatkan keadaan ini, kami harus membunuh kanak-kanak ini” dan mereka meletakkan kanak-kanak itu di benteng hadapan. Perkara itu sangat keterlaluan dan melukakan hati rakyat Mesir dan orang ramai. Pada 14 Ogos kerajaan terpaksa menamatkan situasi itu dan memastikan sekiranya terdapat rakyat terbunuh disebabkan perkara itu. Bagi mengatasi masalah itu kerajaan meminta Kumpulan Pemerhati Kemanusiaan dan Juri Perundangan untuk memerhati dan merekodkan apa yang terjadi untuk mengetahui siapakah yang menyerang dahulu. Polis hanya menggunakan gas pemedih mata ke arah mereka tetapi dibalas dengan mesingan dan molotov cokctail dalam serang balas itu pasti berlaku kematian.

Bagaimanakah keadaan di dua dataran itu sekarang?

MS: Sekarang dataran itu musnah sepenuhnya, mereka memusnahkannya. Bersebelahan Dataran Nadha terdapat Taman Botanik (Orman Garden). Kawasan itu adalah taman paling berharga di Timur Tengah. Terdapat 500,000 spesies pokok dan kawasan itu kini, mereka gunakan sebagai tanah perkuburan.

Mengapa mereka berani meneruskan protes?

MS: Mereka mahu membunuh sesama sendiri kerana mahu syahid. Mereka mahu dibunuh “Kami mahu syahid dan kami mahu anda bunuh kami,”. Amaran ini dilakukan untuk memalukan polis dan kerajaan.

Adakah kerajaan menggunakan kekerasan?

MS: Kerajaan melihat keadaan itu, mereka amat bersabar. Sebenarnya, kami marahkan kerajaan kerana menunda untuk meleraikan keadaan itu. Jeneral (Abdel Fattah) Al-Sisi telah memberi surat kuasa kepada polis untuk melakukan serang balas tetapi polis tidak melayan tuntutan itu kerana mereka mendapati, sekiranya perkara itu dilakukan akan ramai terbunuh. Oleh itu, polis memberi tempoh tiga minggu untuk berunding tetapi perkara itu tidak berlaku. Keadaan semakin parah dan Mesir lumpur. Persoalannya, adakah polis menggunakan kekerasan, jawapannya adalah tidak.

Siapakah memulakan serangan di Kaherah?

MS: Saya akan tunjukkan anda gambar, siapakah yang memulakan tembakan. Mereka bukan melakukan tunjuk perasaan aman. Mereka terdiri daripada pelbagai jenis tentera. Mereka membawa tentera ini dari Libya.

Selepas kejatuhan rejim Gaddafi di Libya, semua tentera di Libya dilindungi dan mereka di seludup ke Mesir dan sebahagian lagi diseludup ke Sinai untuk digunakan sebagai pengganas dan penghasut. Mereka pernah dibawa ke Mali dan ketika konfrontasi di Mali ia juga dilakukan oleh tentera Libya. Jadi, mereka datang dari Libya dan dari tempat lain dan mereka bertahan. Mereka  bertanggungjawab terhadap pertumpahan darah.

Selepas penahanan beberapa pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin, bagaimana suasana di Mesir?

MS: Al Jazeera juga memaparkan kenyataan bantahan dalam perbicaraan oleh peguam lawan dari pemimpin Ikhwanul Muslimin Safwat Hegazy, Mohamed Badie, Essam al-Aryan yang mengugut tentara di Mesir. Contohnya, Mohamed Badie pernah berkata satu kenyataan sangat serius - ‘ Ketika hari pembebasan Mursi, pengganas di Sinai juga akan berundur. Maknanya, terdapat seperti rangkaian apa yang berlaku di Sinai dengan apa yang mereka lakukan di sini". Kini, mereka ditahan mengikut mahkamah sivil dan keadaan kini terkawal dan Mesir ketika ini baru memulakan aktiviti seperti biasa.


Kredit

comments | | Read More...

[Video] Rakyat Mesir ditembak dengan Kejam.

Penulis : Admin on Sunday, August 18, 2013 | 10:24 AM

Sunday, August 18, 2013




MESIR: Ikhwan Muslimin mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis yang menembak kejam rakyat yang berhimpun di hadapan Bangunan Pengawal Republik pagi ini sehingga menyebabkan berpuluh terkorban.

Jurucakap rasmi Ikhwanul Muslimin Gehad El-Haddad berkata, kebanyakan mayat yang ditemui dengan kesan tembakan di kepala malah ada yang dijumpai dengan organ hancur dan badan terpisah.

"Kami menjumpai orang yang ditembak di kepala. Kami juga mendapati peluru-peluru yang meletup apabila memasuk badan, menyebabkan organ hancur dan anggota badan terpisah.

"Setiap polis dalam dunia ini perlu memahami bagaimana mahu menyuraikan himpunan. Ini adalah satu aktiviti jenayah yang mensasarkan kepada peserta himpunan. Tiada siapa menjangka perbuatan khianat itu datang dari polis dan pengawal Republik. Arahan untuk membunuh orang-orang Mesir yang datangnya dari tentera Mesir sendiri," katanya dipetik Al-Jazeera.

Menurut beliau lagi, tentera dan polis memulakan tembakan kepada penunjuk perasaan yang berada di bangunan Pengawal Republik kira-kira jam 3.30 pagi.

Sementara itu, maklumat terbaru menyebut sekurang-kurangnya 53 penyokong Morsi terbunuh termasuk 5 kanak-kanak dalam insiden itu manakala lebih 300 yang lain cedera.

Difahamkan insiden itu terjadi selepas polis dan tentera Mesir cuba menyuraikan peserta himpunan yang berkampung di sini sejak beberapa hari lalu itu dengan kekerasan menjelang waktu Subuh pagi tadi.

Menurut saksi, polis melepaskan gas pemedih mata ketika rakaat kedua solat sebelum qunut dibacakan.

Sejurus selepas itu, mereka kemudian dihujani peluru hidup yang bertalu-talu ditembak ke arah mereka.

Kesemua jenazah yang terkorban kini dikumpulkan di pentas utama himpunan di Dataran Raba'ah.








Kredit
comments | | Read More...

10 FAKTA TRAGEDI Mesir Berdarah

Penulis : Ikhtiaruddin on Friday, August 16, 2013 | 9:36 AM

Friday, August 16, 2013

10 FAKTA TRAGEDI
Mesir Berdarah

1. Mesir diishtihar DARURAT selama sebulan bermula jam 4ptg td.

2. Jeneral Abdul Fatah As-Sisi mengarahkan tentera TEMBAK semua penyokong Dr Morsi.

3. Sehingga kini seramai hampir 3 RIBU org telah MATI SYAHID & lebih 10 ribu org yg tercedera, termasuk dari klgn kanak2, ibu2, & wanita2.

4. Semua yg dibunuh adalah mereka yg tidak bersenjata.

5. Ambulan & bantuan perubatan DIHALANG dari memasuki kwsn himpunan & TIDAK DIBENARKAN memberi bantuan kpd mangsa.

6. Jurukamera turut ditembak dari udara menggunakan helikopter tentera.

7. Dr Morsi terus ditahan di suatu tempat yg dirahsiakan.

8. Tentera telah MUSNAHKAN semua pusat pengumpulan makanan & pusat perubatan para penyokong Morsi.

9. Kerajaan HARAM Mesir TUTUP SEMUA rundingan. Mereka akn terus BUNUH mana2 rakyat yg menyokong Dr Morsi.

10. Lebih ramai rakyat Mesir sedang mula bergerak dari daerah & kampung masing menuju medan perang utk menyokong Morsi & mempertahankan Kerajaan Islam Ikhwan Muslimin.

Ayuh kita DOAKAN KEHANCURAN MUSUH ISLAM & KEMENANGAN ISLAM

Moga Allah LAKNAT & HANCURKAN kerajaan HARAM Mesir!


Jeneral Abdul Fatah As-Sisi Laknatullah


Kredit
comments | | Read More...

Pembantaian Massal Di Mesir

Laporan terkini mengenai pertempuran di Mesir, lebih 450 penyokong bekas Presiden Mohamad Morsi terkorban sehingga kini manakala lebih 10,000 cedera apabila tentera dan polis Mesir menyerbu tempat perhimpunan mereka di Dataran Rabaah Adawiyah.

Selain menggunakan jentolak dan kenderaan berat yang lain, tentera memasuki kawasan perhimpunan dengan dibantu helikopter yang menembak dari udara.

Bunyi tembakan terus bergema di kawasan ini ketika ambulan tidak dibenarkan masuk untuk membawa keluar mereka yang tercedera.

Akibat daripada itu, penyokong Morsi mengisytiharkan mogok awam dan menutup pejabat awam tempat mereka bekerja di seluruh negara bergolak itu.

Wisma negeri di Aswan dan Arish sehingga kini tidak beroperasi. Orang ramai juga mula berkumpul di masjid di seluruh Kaherah termasuk di Masjid Asad Al-Furat di Dokki, Masjid Istiqomah di Giza, Masjid Fath di Ramsis dan Masjid Nour di Abbasiyah.

Mereka dijangka akan berarak ke tempat kejadian bagi membuat bantahan dan bakal menghasilkan kematian yang semakin banyak. Siaran TV secara langsung dari Dataran Rabaah juga dihentikan manakala penembak tepat dikatakan menembak pihak yang mengambil gambar dari helikopter mereka.



























Kredit
comments | | Read More...

[Politik] - Kenyataan GILA dari Ustazah Mashitah!

Penulis : Puteri Dania Emilia on Friday, March 23, 2012 | 1:54 AM

Friday, March 23, 2012



Jangan jadi GILA boleh tak?

Aku sampai sekarang sukar nak mempercayai ustaz mashitah neh berubah 360% sejak terlibat dalam politik umno. Sukar. Susah. Mustahil. Sebab dulu dia bukan macam neh. Aku cukup suka dengar ceramah2 dia time sekolah dulu. Bila dah selalu dengar ceramah2 dia dan sering mengikuti program2 dia kat tv, kita akan jadi sayang pada penceramah tersebut, lazim.

Jadi bila kita dah rasa sayang pada dia, kalau tiba2 dia melakukan hal yang salah kita akan rasa heyy apa dah jadi pada dia? Apakah dia boleh berubah kembali? Apakah ada ruang untuk dia pulang ke pangkal jalan? Ataupun kita hanya perlu caci maki dia?

Clueless. Dia semakin jauh dan jauh. Dan itupun kerana sifat politik dia telah berjaya mengatasi akal agama dia. Ustazah Mashitah neh bukan orang yang biasa2. Dia orang yang cukup pandai agama. Mahir bab hukum. Antara ustazah yang mempunyai kecantikan dan kepandaian dan itupun seiringan. Tetapi once dia menjebakkan diri dalam politik umno, dia bukan seperti dulu.

Sesuatu yang sangat menyedihkan sebenarnya. Dia telah menghancurkan ahti dan pengikut2 setia dia. Dia telah pergi terlalu dalam sehingga tidak tahu membezakan apa yang salah dan betul. Dia telah hanyut di bawa arus politik. Jika tidak masakan mungkin statement seperti kat atas neh boleh terkeluar?

Statement fitnah dia terhadap pas telah dipadam tanpa membuat kenyataan maaf, dan kini dia buat satu lagi statement yang jelas tidak mencerminkan hal sebenar. Najib? Moderate? Contohi Rasullulah SAW? Harussani pun gelak aku rasa. Tapi tak dinafikan dia mungkin gelak dalam ahti sebab kalau gelak terang2 kang kena buat statement penafian pula. Bai.


Sumber : AmenoWorld
comments | | Read More...

[Politik] - Badrul Amin Nafi Laporan Ditangkap Khalwat

Penulis : Puteri Dania Emilia on Monday, February 27, 2012 | 9:39 AM

Monday, February 27, 2012


SHAH ALAM – Pemimpin kanan PKR, Dr Badrul Amin Baharon menafikan laporan media bahawa beliau telah ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di Kuantan awal pagi semalam, sebaliknya menegaskan beliau hanya mahu membantu seorang wanita yang berhadapan dengan masalah keluarga.
Badrul Amin berkata, beliau akan hadir di pejabat Jaip esok untuk diambil kenyataan oleh agensi itu.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan, Badrul Amin berkata, beliau beranggapan bahawa kejadian terbaru ini satu tindakan terancang untuk “memerangkap dan mengaibkan saya.”
Badrul Amin berkata, wanita berkenaan telah menghubunginya kelmarin dengan nada cemas dan menyatakan hasrat untuk melarikan diri dari rumah kerana bimbangkan keselamatan diri.
Bagaimanapun, menurut Badrul Amin, beliau telah menasihatkan agar wanita berkenaan tidak berbuat demikian.
“Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.
“Walau bagaimanapun pada jam 2 pagi 25 Februari (semalam), beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa dia sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin PKR (di sebuah hotel di Kuantan),” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam.
Badrul Amin juga berkata, beliau telah mengenali pasangan suami isteri terbabit sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrahnya.
“Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga.
“Dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin,” katanya lagi.
Oleh itu jelas Badrul Amin, atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, beliau membantu wanita berkenaan mendapatkan bilik penginapan.
“Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya.
“Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.
“Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka,” katanya sambil menambah, “namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik.”
Dalam kenyataannya, Badrul Amin juga berkata, hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jaip tiba dan menahannya berseorangan dalam bilik.
Sehubungan itu, Badrul Amin juga berkata, kenyataan Timbalan Pengarah Jaip bahawa beliau ditahan oleh pegawai-pegawai penguat kuasa jabatan itu ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali.
“Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya.
“Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan Jaip pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini,” katanya lagi.
Katanya, dengan penjelasan itu beliau berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya.
“Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya,” katanya lagi.


Sumber : 2dayBlogger
comments | | Read More...

Pemuda PAS Buat Laporan Polis Terhadap Ahmad Said

Penulis : Puteri Dania Emilia on Wednesday, February 22, 2012 | 12:36 AM

Wednesday, February 22, 2012


Dewan Pemuda PAS Malaysia hari ini dengan diketuai oleh timbalannya, Nik Mohamad Abdul Nik Abdul Aziz telah membuat satu laporan polis di IPD Dang Wangi berkaitan kenyataan yang berbau fitnah oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Ini ekoran kenyataan Ahmad yang disiarkan di dalam akhbar Berita Harian pada hari Khamis, 9 Februari dalam ruangan Nasional pada halaman 10 yang menyatakan PAS "Parti Ajaran Sesat".

"Kenyataan tersebut jelas berbaur fitnah dan tidak benar," kata Nik Abduh ketika diminta mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahmad itu.

Selain ianya disifatkan berniat jahat, Dewan Pemuda PAS Malaysia juga turut merasakan kenyataan tersebut mampu mengundang provokasi, hasutan, perpecahan di kalangan masyarakat, rusuhan rakyat serta kehilangan kepercayaan di kalangan ahli dan bukan ahli PAS kepada PAS kerana kenyataan tersebut menjurus kepada kerosakan aqidah dan sensitiviti umat Islam di negara ini.

"PAS sebagai sebuah parti politik yang berdaftar dengan sah di bawah undang-undang negara sejak lebih 50 tahun dan menjadi Kerajaan di beberapa buah negeri, kenyataan Datuk Seri Ahmad Said ini sangat tidak berasas dan langsung tidak bertanggungjawab," luah Ustaz Nasrudin Hassan selaku Ketua Pemuda PAS Malaysia dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa agar siasatan dan tindakan undang-undang diambil terhadap Datuk Seri Ahmad Said, Berita Harian serta pihak-pihak lain yang terlibat dalam mengeluar, mencetak, menerbit dan mengedarkan kenyataan fitnah tersebut.

"Saya percaya kenyataan fitnah jahat seperti in merupakan satu kesalahan yang jelas dan nyata di sisi undang-undang negara dan tindakan perlu diambil dengan segera oleh pihak Polis," tambah beliau lagi.

Sumber : HarakahDaily
comments | | Read More...

Categories

About

Blogroll

 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Berita Meletop . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger