News Update :

Dapatkan Update 100% Percuma

Enter your email address:

Showing posts with label Pelbagai. Show all posts
Showing posts with label Pelbagai. Show all posts

Tergamam Lihat Sejadah Sedang Sujud Dan Menghadap Kiblat

Penulis : Puteri Dania Emilia on Saturday, February 18, 2012 | 4:29 AM

Saturday, February 18, 2012




  • Tergamam Lihat Sejadah Sedang Sujud Dan Menghadap Kiblat
  • ISTERI BAWA ANAK BUAT MAKSIAT DENGAN PASANGAN DI HOTEL
  • WANITA DITUMBUK LELAKI GARA GARA MULUT CELUPAR
  • ANI MAYUNI ENGGAN BERCERAI DENGAN SUAMI EKORAN DIPUKUL
  • KERANA PERSAAN CEMBURU, ISTERI MAUT DI PUKUL SUAMI
Tergamam Lihat Sejadah Sedang Sujud Dan Menghadap Kiblat
Posted: 17 Feb 2012 12:15 AM PST

PAYA PASIR – "Sejadah ini seakan sujud dan dengan tidak semena-mena, saya seram menyaksikan apabila ada dua atau tiga sejadah lain turut tegak menghadap kiblat".
Demikian kata seorang pelajar Maahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah, Filza Nur Iffah Rosli, 11, yang menemui sehelai sejadah daripada 43 sejadah didakwa berdiri menghadap kiblat dalam sebuah surau lama di pusat pengajian Islam itu kira-kira jam 7.30 malam semalam.
Filza berkata, pada jam 6.45 petang sebelum kejadian, pengetua maahad itu meminta dia bersama tiga rakan lain, Badlishah Sadino, 11, Aiza Zamri, 10, dan Norsyamira Ismail, 13, mengangkat 45 sejadah yang dijemur di penyidai kerana hujan.
"Umi meminta kami mengangkat sejadah terbabit untuk dihamparkan di surau lama ini memandangkan semua sejadah masih lembap.
"Selesai solat Maghrib, saya bersama seorang rakan, Najwa Baderi, 14, naik ke tingkat itu untuk mengambil wuduk yang terbatal. Selepas mengambil wuduk dan melintasi bilik mengaji ini, saya terkejut apabila melihat sejadah di hadapan pintu berbentuk seakan sedang sujud menghadap kiblat.
Filza berkata, mereka segera ke tingkat bawah dan memaklumkan kepada pengetua maahad mengenai kejadian pelik itu.
Pengetua maahad itu, Azizah Khatib Mat berkata, kejadian yang berlaku di dalam surau berusia 69 tahun itu disifatkan sebagai bukti kekuasaan ALLAH SWT dan pasti mempunyai hikmah di sebaliknya.
Menurutnya, kejadian sebegitu pernah dilaporkan berlaku sebelum ini di tempat lain dan beliau yakin ia bukan perbuatan pelajar nakal.
"Pelajar perempuan yang saya minta menghamparkan sejadah ini bukan pelajar nakal, malah masa diberikan pada mereka untuk menyelesaikan tugas itu terhad kerana mereka perlu berada di dalam surau untuk berzikir sebelum masuk waktu Maghrib.
"Jumlah sejadah juga banyak. Maka saya yakin ini bukti kebesaran ALLAH SWT dan mungkin sebagai satu daripada bentuk hidayah kepada pelajar serta umat Islam," katanya.
ISTERI BAWA ANAK BUAT MAKSIAT DENGAN PASANGAN DI HOTEL
Posted: 17 Feb 2012 12:00 AM PST

BUTTERWORTH: Taktik seorang wanita membawa dua anaknya berusia lima dan dua tahun bagi menemaninya melakukan maksiat dengan pasangannya tidak berjaya apabila dicekup pihak berkuasa di sebuah hotel murah di Berapit, semalam.
Wanita dan pasangannya berusia 30 tahun ditahan Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) selepas menerima maklumat pasangan bukan muhrim menjadikan hotel murah di kawasan itu. Lebih mengejutkan melalui soal siasat dijalankan, wanita berkenaan masih isteri orang dan difahamkan suaminya kini ditahan di penjara akibat kesalahan mencuri kenderaan sejak dua tahun lalu.
Ketika ditahan, wanita berkenaan berpakaian lengkap sambil mendukung anak lelakinya berusia dua tahun manakala pasangannya berbaju dan hanya memakai tuala.
Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, pada zahirnya, orang ramai menyangka mereka pasangan suami isteri kerana ditemani dua kanak-kanak, tetapi taktik itu gagal mengaburi pihak berkuasa.
"Hasil siasatan mendapati pasangan berkenaan belum berkahwin, malah wanita itu masih lagi isteri orang," katanya ditemui selepas operasi berkenaan.
Menurutnya, siasatan mendapati lelaki berkenaan baru dibebaskan selepas dua tahun dipenjarakan kerana kesalahan menyamun sebuah stesen minyak.
Katanya, dalam operasi bermula jam 10 malam sehingga 3 pagi itu dengan disertai 24 pegawai penguat kuasa.
WANITA DITUMBUK LELAKI GARA GARA MULUT CELUPAR
Posted: 17 Feb 2012 12:00 AM PST

KOTA BHARU – Gara-gara celupar seorang wanita menerima padah apabila hidungnya patah ditumbuk seorang lelaki di pekarangan Pasar Siti Khadijah di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, mangsa yang juga peniaga di pasar tersebut cedera parah dan sakit badan akibat pergaduhan terbabit.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Idris Abd Rafar, berkata, kejadian berlaku kerana sebelum ini terdapat pertengkaran mulut antara kedua-duanya apabila mangsa mengatakan suspek anak penagih dadah.
Idris berkata, sebelum kejadian mangsa berusia 20-an itu menuruni tangga di pasar berkenaan dan ketika itu lelaki terbabit tiba-tiba menahannya lalu menendang paha mangsa, menyebabkan wanita berkenaan terjatuh.
"Pada masa sama, mangsa melawan menyebabkan suspek membaling topi keledar ke arahnya. Berikutan itu, mangsa juga ditumbuk di bahagian mata dan sempat dileraikan orang awam yang berada di situ," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), dekat
Pengkalan Chepa, semalam.
Akibat kejadian itu, mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II dan keadaannya dilaporkan stabil.
Mangsa kemudian membuat laporan polis dan gerakan mengesan suspek yang berusia lingkungan 20-an dilakukan bagi membantu siasatan.
"Kes itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah," katanya.
ANI MAYUNI ENGGAN BERCERAI DENGAN SUAMI EKORAN DIPUKUL
Posted: 16 Feb 2012 11:30 PM PST

PETALING JAYA: Penyanyi Ani Mayuni atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 33, memberitahu dia tidak ada niat mahu menuntut cerai walaupun telah membuat laporan polis gara-gara cedera dipukul suaminya Zairi Azmi, 37, pada 2 Februari lalu.
Ani menjelaskan, dia juga tidak pernah terfikir untuk melaporkan kejadian itu kepada polis kerana enggan memperbesarkan keadaan tetapi dinasihatkan berbuat demikian agar boleh membuat pemeriksaan perubatan dengan lebih terperinci.
"Selepas kejadian dipukul pada waktu pagi itu, saya perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin kerana pada sebelah petang, saya perlu menghadiri satu undangan persembahan. Risau juga kalau tak boleh nak menyanyi.
"Tetapi atas nasihat doktor, saya perlu membuat laporan polis supaya dapat membuat pemeriksaan sepenuhnya. Jujur saya katakan, apa yang dilakukan itu bukan kerana niat untuk bercerai," katanya yang dihubungi
Sebuah akhbar harian tabloid melaporkan Ani telah ditendang dan dipukul oleh suaminya yang juga merupakan bekas anggota kumpulan muzik Arrow dalam kejadian di rumah mereka di Desa Rejang, Kuala Lumpur pada 2 Februari lalu. Dalam laporan media tersebut, penyanyi dangdut itu mendakwa kepalanya turut dihentak ke dinding hanya kerana selepas dia meminta suaminya itu membeli sarapan pagi.
Bagaimanapun, Ani menafikan bahawa dirinya ditendang seperti yang diuar-uarkan di media sebaliknya hanya dipukul selepas bertengkar.
"Ada beberapa informasi salah tentang kejadian yang berlaku. Suami saya bukannya menghentak kepala dan terajang saya seperti yang dilaporkan.
"Sebenarnya, pertengkaran bermula sejak sehari sebelum itu lagi dan biasalah ada bab-bab merajuk dan saling tak berpuas hati, tambah pula suami yang keletihan dengan kerja-kerja suntingannya, maka pergaduhan kami bertambah besar.
"Masing-masing ada ego dan kesilapan tersendiri. Cuma apabila ia dikeluarkan di dada akhbar, ia menjadi isu besar dan habis seluruh keluarga cuba masuk campur.
"Sedangkan saya minta kepada media yang menemu bual saya supaya tidak menyiarkannya kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan," tuturnya.
Dalam pada itu dia juga sedih apabila terdapat individu yang turut masuk campur tentang hal rumah tangganya agar dia dan suaminya dapat dipisahkan.
"Buat masa ini, saya tinggal di rumah adik. Bagi keadaan reda dahulu, barulah saya pulang ke rumah. Maklumlah, bila dah ada campur tangan keluarga lain sikit.
"Suami pula ada datang menjenguk saya dan anak-anak dan kami saling meminta maaf. Apa-apa pun, semua keputusan terletak pada suami andai kata dia ingin berpisah. Setakat ini, reaksi yang diberikannya tidak ke arah itu, Insya-Allah," ujarnya. Ani dan Ayie telah mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2004. Kedua-dua mereka pernah menyertai program Sehati Berdansa musim kedua terbitan Astro pada tahun 2008.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seramai tiga orang anak iaitu Wirda Viviana, 7, Wirna Airisya, 3, dam Muhammad Emir Oezil, 2.
KERANA PERSAAN CEMBURU, ISTERI MAUT DI PUKUL SUAMI
Posted: 16 Feb 2012 11:15 PM PST

NIBONG TEBAL: Perselisihan faham akibat perasaan cemburu sepasang suami isteri warga asing berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka maut dalam kejadian di tapak projek Taman Jawi Golf, di sini, kelmarin.
Mangsa yang juga warga Myanmar, Aye Win, 33, didakwa dipukul suaminya dalam kejadian di kawasan tanah lapang tapak projek taman perumahan itu di Jalan Bukit Jawi Golf, kira-kira jam 5.30 petang.
Difahamkan, pasangan berkenaan yang bekerja sebagai buruh kontrak sebelum itu dilihat bertengkar oleh seorang pekerja lain di kawasan berkenaan.
Melihat pertengkaran pasangan terbabit semakin teruk apabila suami mangsa bertindak memukulnya menyebabkan pekerja itu mendapatkan penyelia tapak projek berkenaan bagi memaklumkan kejadian berkenaan.
Mereka bergegas ke tempat kejadian dan menemui mangsa berlumuran darah sebelum mengejarkannya ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan kecemasan.
Bagaimanapun, mangsa yang dikatakan mengalami kecederaan parah di kepala meninggal dunia tidak lama selepas mendapat rawatan di hospital itu.
Polis yang menerima maklumat kejadian itu jam 8.30 malam menjalankan siasatan di kawasan berkenaan sebelum menemui serpihan kayu beluti dengan kesan darah dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
Suami mangsa berusia 37 tahun dikenali sebagai Paing Soe sudah tiada dipercayai melarikan diri ke kawasan semak tidak jauh dari tempat kejadian.
Berikutan itu, Unit Anjing Pengesan (K9) dan Unit Siasatan Forensik dipanggil bagi membantu siasatan.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mohd Nasir Salleh berkata, polis percaya kejadian itu berkaitan masalah rumah tangga antara mangsa dan suaminya yang juga warga Myanmar.
Menurutnya, lelaki berkenaan kini diburu kerana dipercayai terbabit dalam kejadian itu sekali gus membantu siasatan.
"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati," katanya.
Menurutnya, suspek dipercayai masih lagi berada sekitar kawasan Nibong Tebal.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.


Sumber: www.2dayblogger.com
comments | | Read More...

[Aneh]: Bayi Keluar Daripada Lumpur..

Penulis : Puteri Dania Emilia on Friday, February 17, 2012 | 10:18 AM

Friday, February 17, 2012

elik jugak, macam mana bayi ni boleh ada kat kawasan lumpur macam ni? Bayi jelmaan ke? Mungkin jugak bayi ni dibuang oleh si ibu yang tak nak kat bayi ni..Hmmm..macam-macam persoalan yang bermain di minda..So, daripada mengusutkan kepala otak berfikir mencari jawapan, meh baca cerita sebenar kat bawah ni..

- Ceritanya bermula daripada bencana banjir besar yang terjadi di Bangladesh yang telah menenggelamkan seorang wanita hamil yang hampir melahirkan anak. Wanita tersebut telah dihanyutkan oleh air banjir dan terkubur di dalam tompokan lumpur.

Difahamkan, selepas beberapa hari pencarian, suatu keajaiban terjadi di mana perempuan hamil yang telah mati dan terkubur dalam lumpur tu, telah melahirkan bayinya yang menyembul di atas permukaan lumpur tanpa diketahui atas bantuan siapa. Bayi tersebut selamat walaupun sempat beberapa hari berada di dalam rahim ibunya yang sudah mati di dalam lumpur (Maha Suci Allah). Berikut merupakan foto-foto bayi tersebut saat dijumpai:








p/s: Kekuasaan Allah sapa pun tak boleh duga..
comments | | Read More...

Berita Ekonomi - Robert Kuok Kekal Orang Malaysia Terkaya

Penulis : Puteri Dania Emilia on Thursday, February 16, 2012 | 8:05 AM

Thursday, February 16, 2012

Robert Kuok Kekal Orang Malaysia Terkaya





Robert Kuok Kekal Orang Malaysia Terkaya


KUALA LUMPUR – Robert Kuok mengekalkan kedudukannya sebagai orang Malaysia paling kaya, dengan aset bernilai RM45.7 bilion, walaupun kekayaannya susut 8.0 peratus, diikuti T Ananda Krishnan dan Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank.

Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation Bhd mengekalkan kedudukan di tempat keempat manakala usahawan Bumiputera terkaya di Malaysia ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, di tempat kelima, demikian menurut laporan Malaysian Business mengenai 40 rakyat Malaysia paling kaya.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berada pada kedudukan ke-15, dengan aset bernilai RM1.77 bilion.

Malaysian Business berkata aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu adalah berasaskan nilai pegangan mereka dalam syarikat-syarikat senaraian sehingga 20 Jan, 2012.

Ananda merapatkan jurang dengan Kuok dengan memiliki kekayaan bernilai RM42.99 bilion, namun ia turun kira-kira 6.0 peratus tahun ini berbanding 2011.

Teh secara relatifnya mengekalkan kekayaannya berjumlah RM12.64 bilion, susut satu peratus berbanding sebelumnya.

Walaupun kekayaannya merosot 10.8 peratus kepada RM11.36 bilion, Lee (IOI Corp) mengekalkan kedudukan di tempat keempat manakala Syed Mokhtar dari Yayasan Albukhary — dengan syarikat utamanya DRB-Hicom Group — menambah kekayaannya sebanyak 8.0 peratus kepada RM9.53 bilion.

Penerbitan itu melaporkan gabungan aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu merosot tahun ini akibat krisis kredit dunia serta pasaran ekuiti yang lemah.

Nilai aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu secara kolektifnya berjumlah RM193.2 bilion sehingga 20 Jan, susut 7.0 peratus berbanding RM206.37 bilion setahun lepas, lapor Malaysian Business dalam terbitan 16 Feb.

Bagaimanapun tahun ini terdapat penambahan tiga jutawan berbanding 27 pada 2011.

Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong Malaysia tidak berubah di tempat keenam, dengan aset merosot 25 peratus kepada RM8 bilion.

Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) turun dua anak tangga kepada tempat ketujuh dengan kekayaan bernilai RM7.58 bilion, susut kira-kira 30 peratus.

Ibunya Puan Sri Lee Kim Hua, kembali ke tangga kelapan dengan harta dianggarkan bernilai RM6.58 bilion, merosot 11 peratus.

Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dan jutawan yang menetap di Singapura, Ong Beng Seng, masing-masing mengekalkan kedudukan di tempat kesembilan dan 10.

Aset Tiong dianggarkan bernilai RM6.41 bilion manakala Ong menokok 23 peratus kepada RM4.92 bilion.

Tiga jutawan baharu yang menyertai senarai 40 orang paling kaya itu ialah Datuk AK Nathan dari Eversendai Corporation Bhd dan Ngau Boon Keat (Dialog Group Bhd), yang pertama kali tersenarai, manakala Datuk Abdul Hamed Sepawi (Ta Ann Holdings Bhd) kembali selepas empat tahun.

Senarai penuh 40 jutawan dan maklumat mengenai kekayaan mereka dimuatkan dalam majalah itu. Ia juga menyiarkan senarai 10 jutawan paling kaya di Pasaran Ace. – BERNAMA

Robert Kuok Kekal Orang Malaysia Terkaya

comments | | Read More...

Categories

About

Blogroll

 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Berita Meletop . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger