News Update :

Dapatkan Update 100% Percuma

Enter your email address:

[Politik] - Kenyataan GILA dari Ustazah Mashitah!

Penulis : Puteri Dania Emilia on Friday, March 23, 2012 | 1:54 AM

Friday, March 23, 2012



Jangan jadi GILA boleh tak?

Aku sampai sekarang sukar nak mempercayai ustaz mashitah neh berubah 360% sejak terlibat dalam politik umno. Sukar. Susah. Mustahil. Sebab dulu dia bukan macam neh. Aku cukup suka dengar ceramah2 dia time sekolah dulu. Bila dah selalu dengar ceramah2 dia dan sering mengikuti program2 dia kat tv, kita akan jadi sayang pada penceramah tersebut, lazim.

Jadi bila kita dah rasa sayang pada dia, kalau tiba2 dia melakukan hal yang salah kita akan rasa heyy apa dah jadi pada dia? Apakah dia boleh berubah kembali? Apakah ada ruang untuk dia pulang ke pangkal jalan? Ataupun kita hanya perlu caci maki dia?

Clueless. Dia semakin jauh dan jauh. Dan itupun kerana sifat politik dia telah berjaya mengatasi akal agama dia. Ustazah Mashitah neh bukan orang yang biasa2. Dia orang yang cukup pandai agama. Mahir bab hukum. Antara ustazah yang mempunyai kecantikan dan kepandaian dan itupun seiringan. Tetapi once dia menjebakkan diri dalam politik umno, dia bukan seperti dulu.

Sesuatu yang sangat menyedihkan sebenarnya. Dia telah menghancurkan ahti dan pengikut2 setia dia. Dia telah pergi terlalu dalam sehingga tidak tahu membezakan apa yang salah dan betul. Dia telah hanyut di bawa arus politik. Jika tidak masakan mungkin statement seperti kat atas neh boleh terkeluar?

Statement fitnah dia terhadap pas telah dipadam tanpa membuat kenyataan maaf, dan kini dia buat satu lagi statement yang jelas tidak mencerminkan hal sebenar. Najib? Moderate? Contohi Rasullulah SAW? Harussani pun gelak aku rasa. Tapi tak dinafikan dia mungkin gelak dalam ahti sebab kalau gelak terang2 kang kena buat statement penafian pula. Bai.


Sumber : AmenoWorld
comments | | Read More...

[Berita Sukan] - RONALDO BERMINAT MENJADI PRESIDEN BOLA SEPAK BRAZIL

Penulis : Ikhtiaruddin on Tuesday, March 20, 2012 | 9:41 PM

Tuesday, March 20, 2012




SAO PAULO: Bekas bintang bola sepak, Ronaldo, yang juga anggota jawatankuasa penganjuran Piala Dunia 2014, hari ini menyatakan hasrat untuk menjadi Presiden Persekutuan Bola Sepak Brazil.

“Saya berminat untuk memulakan karier politik saya dalam bola sepak. Saya mahu menjadi ahli politik bola sepak,” katanya dipetik sebagai berkata dalam wawancara akhbar harian Folha de Sao Paulo.



Ricardo Teixeira, yang mengetuai Persekutuan Bola Sepak Brazil (CBF) sejak 1989, mengundur diri bulan ini dan juga meletakkan jawatnnya sebagai pengerusi jawatankuasa penganjuran Piala Dunia 2014.

Peletakan jawatan selepas 22 tahun mengetuai CBF itu dikaitkan dengan kontroversi mengenai dakwaan berlaku penyalahgunaan wang badan bola sepak kebangsaan itu, di Brazil dan di luar negara.

Ronaldo yang pernah beraksi untuk Brazil dalam Piala Dunia 2002, berkata beliau tidak pasti sama ada dirinya sesuai menjadi calon presiden tetapi sekiranya CBF mahukannya beliau akan menerimanya. – AFP
comments | | Read More...

[Berita Artis] - Keluarga Melia Aimiellia Pecah-Belah Kerana Video Bogel

Penulis : Puteri Dania Emilia on Wednesday, March 14, 2012 | 4:43 PM

Wednesday, March 14, 2012


Kehidupan Melia Aimiellia kini porak-peranda ekoran kontroversi fitnah video bogel yang tersebar di laman-laman blog hiburan.



PETALING JAYA: Pelakon muda yang dikaitkan dengan kontroversi video bogel di beberapa laman blog, Melia Aimiellia (Melia) berkata pendedahan cerita mengenainya itu di muka hadapan sebuah tabloid pada Isnin telah menyebabkan hubungan keluarganya kini berpecah-belah.

Pelakon berusia 19 tahun itu berkata, dia tidak menduga kontroversi tersebut bukan sahaja menjejaskan periuk nasinya sebagai pelakon, malah turut memutuskan hubungan silaturahim di antara ibu bapanya dan sanak saudara yang lain.

“Apa yang saya kesalkan, apabila saudara mara lebih mempercayai laporan-laporan tersebut berbanding penjelasan darah daging mereka sendiri,” katanya

Pelakon filem Karipap-Karipap Cinta itu berkata, susulan kecaman dan pertikaian anggota keluarga yang lain, mereka sekeluarga kini lebih selesa untuk menghadapi situasi genting itu tanpa sokongan dan kepercayaan ahli keluarga yang lain.

“Ia mengakibatkan hubungan keluarga ibu bapa menjadi tegang dan terputus. Ibu bapa saya kecewa apabila keluarga mereka sendiri bukan sahaja tidak memberikan sokongan moral malah mengecam mereka dengan kata-kata kesat.

“Biarlah, apa pun yang terjadi, kami anak beranak akan hadapi perkara ini bersendirian,” katanya dengan nada sebak.

Melia berkata ekoran impak terburuk yang melanda keluarganya itu, dia bertekad untuk tidak melepaskan pengendali blog berkenaan yang bertanggungjawab sehingga mencetuskan kontroversi ini.

“Terlalu banyak percanggahan fakta pada kenyataan yang dikeluarkan pengendali blog itu pada akhbar tersebut. Saya mempunyai bukti dan rekod perbualan kami sebelum ini.

“Saya tidak akan berdiam diri. Saya sudah membuat laporan polis dan menunggu hasil siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tindakan selanjutnya,” katanya yang terjejas tanpa sebarang tawaran lakonan pada waktu ini.

Pengendali sebuah laman blog hiburan pada Isnin membuat pendedahan di sebuah akhbar dengan menafikan telah membuat teknik pertindihan gambar (superimpose) terhadap wajah Melia Aimiellia untuk dikeluarkan pada blog berkenaan.

Ia sebagai menepis dakwaan artis tersebut yang menuduh mereka cuba menjatuhkannya dengan melakukan tenik tersebut.

Sementara itu sumber polis berkata, mana-mana individu tidak kiralah penulis blog ataupun orang awam boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 922 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5 Akta Penapisan Filem iaitu menyimpan dan memiliki bahan lucah. Posted@beritaMeletop.blogspot.com


Sumber : 2dayBlogger
comments | | Read More...

[Panas] - Mahasiswa USM Geng Adam Adli Bunuh diri

Penulis : Puteri Dania Emilia on Monday, March 12, 2012 | 12:39 PM

Monday, March 12, 2012

Satu kes bunuh diri telah berlaku melibatkan seorang pelajar USM tengah hari tadi di Sungai Dua berhampiran USM kampus induk. Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 12.45 tengah hari.
Gambar telah disebarkan oleh Pkspp (PASUKAN KESELAMATAN SUKARELA PULAU PINANG) Queensbay Barat Daya dilaman social Facebook mereka.































Sumber : BeritaMeletop
comments | | Read More...

[Berita Artis] - Tiz Zaqyah Menjadi Cover Majalah Remaja

Penulis : Puteri Dania Emilia on Saturday, March 10, 2012 | 12:26 PM

Saturday, March 10, 2012

Lawanya Tiz sebagai penghias muka hadapan majalah Remaja untuk edisi bulan ni. Putih melepak sepertinya satu proses editing yang cukup sempurna. Rambut pun ikal mayang dan terbukti 'gf' kepada Remy Ishak ini betul-betul menjadi perhatian orang ramai terutamanya lelaki. Nak baca lanjut, p la beli majalah ini di pasaran. Hehe.. Posted@BeritaMeletop.blogspot.com







Sumber : Izyan
comments | | Read More...

[Artis] - Gambar terbaru Brad Pitt 2012

Dah tua dah si brad pitt ni ye? yela dah berpuluh-pulh dah lakonan beliau dilayar perak. Macam-macam movie dah beliau lakokan, Jom kita lihat gambar terbaru beliau.



Gambar terbaru Brad Pitt 2012


Gambar terbaru Brad Pitt 2012





Sumber : BeritaMeletop
comments | | Read More...

[Ekonomi] - Duit Baru Malaysia apa komen anda?

Duit Baru Malaysia apa komen anda?


Duit Baru Malaysia apa komen anda?



Walaupun agak lama duit baru ni dikeluarkan tapi masih lagi menjadi bualan rakyat malaysia sekarang. Jadi apa komen anda tentang duit yang berwajah baru ni? Posted@BeritaMeletop.blogspot.com




Sumber : ohMedia
comments | | Read More...

[Pelik] - 'Teksi' Landasan Kereta Api

MANILA - Sebuah troli yang diubah suai untuk membawa lapan penumpang bergerak di atas landasan kereta api. 'Teksi' itu tidak menggunakan bahan api dan ia merupakan antara pengangkutan awam yang menawarkan tambang murah. Troli itu bergerak sejauh dua kilometer dan setiap penumpang dikenakan bayaran sebanyak 10 peso (RM0.70). - REUTERS




Sumber : MalaysiaSensasi
comments | | Read More...

[TV Show] - Raja Lawak 6 Minggu ke 8 - Selak Tersingkir

Penulis : Puteri Dania Emilia on Friday, March 9, 2012 | 12:31 PM

Friday, March 9, 2012

Raja Lawak 6 Minggu ke 8 - Selak Tersingkir


Raja Lawak 6 Minggu ke 8 - Selak Tersingkir



Begitulah ceritanya, Raja Lawak 6 minggu ke 8 kini giliran SELAK pula tersingkir dari raja lawak, Siapa yang tidak tengok raja lawak memang rugi. Saya memang cukup2 berminat dengan raja lawak ni, minggu demi minggu saya akan ikuti siaran raja lawak 6 ni walaupun dirumah takda astro nak tengok tapi terima kasih jugak la ada orang baik hati yang upload video di youtube,Posted@beritameletop.blogspot.com jadi orang yang takda astro dirumah pun boleh ikuti perkembangan raja lawak. :D

Kumpulan selak ni memang saya suka sangat sebab mereka ni memang pandai buat lawak, terutama yang si fad yang agak pendek tu. Bila tengok wajah dia ada sikit2 watak dalam cerita sutun yang popular di kaca tv satu ketika dulu. :P

Sape-sape yang tak pernah tengok cerita sutun boleh tonton disini : http://www.youtube.com/watch?v=rcmILQ6jANY

Baiklah, jom kita kenali siapa si selak ni:

Profil Pelawak (Yang pendek skit tu)
Nama Samaran :fad
Nama Sebenar : Mohamad Fadzlie Bin Mohd Nizam
Asal :Johor
Umur :20 tahun
Bakat selain melawak : Menyanyi, berlakon
Kerjaya :Customer Sevice Asst (TNB)
Harapan untuk Raja Lawak 6: Dapat menimba ilmu dan mencari pengalaman dalam bidang lawak dan supaya dapat bertahan dan memberikan lawak yang bernas

Profil Pelawak (Yang tinggi dalam kumpulan ni)
Nama Samaran :Wak
Nama Sebenar : Mohammad Zulzaini Bin Senin
Asal :Johor
Umur :20 tahun
Bakat selain melawak : Menyanyi, berlakon
Kerjaya :Pelajar (Politeknik Johor Bharu)
Harapan untuk Raja Lawak 6: Dapat menimba ilmu dan mencari pengalaman dalam bidang lawak dan supaya dapat bertahan dan memberikan lawak yang bernas

Ok. Anda sume dah kenal kan?

Disini saya nak postkan skali episode diorang sejak daripada minggu 1 hingga ke 8 sebab memang saya sangat berminat dengan diorang ni. Namun nak buat macam mane, dah takda rezeki agaknyakan?

Ok, jom kita layanzz...

1) Episode RajaLawak 6 Minggu 1 - Selak



2) Episode RajaLawak 6 Minggu 2 - Selak



3) Episode RajaLawak 6 Minggu 3 - Selak



4) Episode RajaLawak 6 Minggu 4 - Selak



5) Episode RajaLawak 6 Minggu 5 - Selak



6) Episode RajaLawak 6 Minggu 6 - Selak



7) Episode RajaLawak 6 Minggu 7 - Selak



8) Episode RajaLawak 6 Minggu 8 part 1 - Selak



9) Episode RajaLawak 6 Minggu 8 part 2 - Selak



10) Penyingkiran



Jadi itulah berakhirnya perjuangan selak di Raja Lawak 6. Semoga kumpulan selak akan terus melawak pada masa akan datang. :)

Raja Lawak 6 Minggu ke 8 - Selak Tersingkir
Sumber : BeritaMeletop
comments | | Read More...

[Kejam] - Proses buat beg tangan wanita daripada kulit Ular didedahkan

Jika kaum wanita berbangga dengan beg kulit jenama original mereka, tentunya mereka perlu tahu bagaimana ianya dibuat. Kali ini jom kita tengok bagaimana haiwan dianiaya semata-mata untuk memenuhi kehendak manusia. Lihatlah betapa kejamnya mereka... Sebarkan supaya kaum wanita tidak lagi membeli barangan daripada kulit haiwan.
















Sumber : ohtidak
comments | | Read More...

Categories

About

Blogroll

 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Berita Meletop . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger