News Update :

Dapatkan Update 100% Percuma

Enter your email address:

Showing posts with label Kejam. Show all posts
Showing posts with label Kejam. Show all posts

[GEMPAR] - Wanita Syria Dihukum Rejam Sampai Mati Kerana Buka Akaun Facebook

Penulis : Ikhtiaruddin on Monday, February 17, 2014 | 6:37 PM

Monday, February 17, 2014



Seorang gadis Syria dikhabarkan direjam hingga mati hanya kerana Dia telah membuka sebuah akaun di Facebook.

Insiden itu berlaku di Kota Rakka. Gadis itu, Fatoum al-Jassem, dijatuhi hukuman mati dengan cara direjam oleh mahkamah agama Al-Reqqa, selepas militan Negara Islam Iraq dan Mediterranean (Isil) membawa dia ke mahkamah, seperti yang dilaporkan oleh majalah India Today, Ahad (16/2).



Mahkamah memutuskan bahawa mempunyai sebuah akaun Facebook sama seperti berbuat zina dan kerana itu Fatoum dihukum mati.

Mahkamah juga menjelaskan membuka akaun Facebook milik Fatoum adalah sebuah kejahatan sehingga layak menerima hukuman keras.

Isil, sebuah kumpulan militan berpusat di Iraq, Ketika ini berjuang melawan pemerintahan Basyar al-Assad di Syria, seperti dipetik akhbar the Daily Star.


comments | | Read More...

[PANAS] - Adik Nursyafiqah Bukan Mati Dirogol Tapi Dipijak Bagi Mengeluarkan Pil Kuda

Penulis : Ikhtiaruddin on Friday, February 7, 2014 | 10:33 PM

Friday, February 7, 2014


Masih ingat arwah adik Nursyafiqah Abdullah yang ditemui mati dibunuh dalam keadaan mengerikan di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, Terengganu pada 21 Januari lalu?

Kini, tersebar di Facebook yang didakwa menceritakan sebab sebenar kematian Nursyafiqah yang baru berusia 2 tahun.


Menurut status facebook tersebut, Sangkaan selama ini yang menyatakan arwah dirogol dikatakan tidak benar, sebaliknya anak kecil ini mati dipijak bagi mengeluarkan pil kuda yang dipaksa telan oleh pembunuh sebelum kematiannya.

Menurut status berkenaan, perut Nursyafiqah dipijak selepas arwah tidak muntah-muntah sekalipun selepas diselamkan kepalanya ke dalam sungai. Usus arwah yang terkeluar kemudiannya dipotong untuk mengeluarkan pil kuda berkenaan.

Sejauh mana kebenaran cerita ini tak dapat dipastikan namun satu yang sahih, pembunuh adik Nursyafiqah sememangnya syaitan bertopengkan manusia.


Kredit

comments | | Read More...

[Kejam] 10 Wanita Paling Kejam Di Dunia




Kejam dan zalim tidak pernah mengenal jantina, ini hakikat yang perlu kita akur. Biasanya terdapat faktor-faktor tertentu yang mendorong individu tertentu, termasuklah wanita untuk menjadi seseorang yang zalim dan kejam. Antaranya,ialah penindasan dan penyeksaan yang dialami pada masa silam, ketidakadilan undang-undang dan kepincangan masyarakat. Namun ada juga yang membunuh, sekali gus menjadi zalim dan kejam tanpa sebab yang berasas dan faktor yang munasabah. 

Berikut dipaparkan 10 orang wanita paling kejam di dunia. 

1. Jiang Qing(1914-1991) 

Jiang Qing atau Madame Mao adalah isteri kepada diktator Komunis China, Mao Zedong. 
Beliau menjadi dalang di sebalik Revolusi Budaya China yang digelar Red Guards. Kezaliman yang dilakukan wanita ini ialah penyeksaan terhadap penduduk China yang enggan patuh pada arahan ketenteraan. Mangsa kekejamannya dikatakan melebihi 500 ribu orang 

2. Elizabeth I of England(1533-1603) 

Beliau digelar sebagai Raja Paling Kejam kerana membunuh ribuan penganut Katolik di Ireland. Beliau turut terlibat dlam rompakan terhadap kapal Sepanyol dan turut menjadi dalang pemerdagangan kanak-kanak. Mangsa kekejamannya lebih kurang 1000 orang. 

 3. Elena Ceau Escu(1916-1989) 

Wanita kelahiran Romania ini merupakan isteri kepada pemimpin Komunis Nicolae Ceausescu. Beliau bertanggungjawab terhadap kelahiran bayi haram antara tahun 1970 dan 1980, serta melakukan penindasan di gereja dan menyekat makanan kepada golongan miskin hingga menyebabkan kebuluran. Korban kekejamannya dikatakan seramai 100 orang

4. Phoolan Devi (1963-2001) 

Beliau telah melakukan kebangkitan bersenjata bersama kumpulan samseng pimpinan bekas suaminya. Beliau telah membunuh 22 orang lelaki yang pernah merogolnya beramai di Behmai, India. Secara peribadi saya menanggap kisahnya amat menyayat hati dan keadaan telah memaksanya menjadi ganas dan kejam, sila baca di --> SINI
 5. Rosemary West(1953) 

Telah melakukan pembunuhan bersama suaminya,Fred West. Beliau telah menyeksa dan membunuh 12 orang wanita termasuk anaknya. Pasangan ini juga menculik mangsa di perhentian bas sekitar Glouster,Britain. 

 6. Delphine Lalaurie(1775-1842). 

Melakukan penderaan terhadap kanak-kanak dengan merantai kaki dan mengurung mereka di loteng rumah. Perkara ini dibongkar ketika anggota bomba melakukan siasatan kes kebakaran di rumahnya New Orleans, Amerika Syarikat. Beliau menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa uji kaji penukaran jantina dan membiarkan mereka kelaparan dengan menjahit mulut kanak-kanak tersebut. 

 7. Marybeth Tinning (1972- 1985) 

Beliau telah membunuh Sembilan orang anaknya dengan mencekik kesemua mangsa. Beliau akhirnya dihukum penjara selama 20 tahun. 

 8. Dorothea Puente (1929) 

Kekejamannya ialah membunuh penyewa yang menyewa di kawasan kejiran dengan memenggal kepala dan merompak wang mangsa ketika mangsa sedang tidur. 

 9. Karla Homolka(1970)

Beliau telah bersubahat dengan suaminya , Paul Bernado untuk merogol dan membunuh gadis termasuk adiknya sendiri, Tammy Homolka. Bagaimanapun, warga Amerika Syarikat ini dibebaskan daripada pertuduhan itu selepas 12 tahun dipenjarakan. 

 10. Williamina 'Minnie' Dean (1844-1895) 

Beliau merupakan seorang pengasuh kanak-kanak paling kejam di New Zealand. Beliau telah membunuh puluhan kanak-kanak yang diambil sebagai anak angkat daripada golongan ibu tunggal.

comments | | Read More...

[Video] - Pertandingan Masak Paling Kejam Di Dunia

Penulis : Admin on Monday, September 2, 2013 | 5:21 AM

Monday, September 2, 2013



Satu rancangan realiti di China telah mengadakan pertandingan masakan yang disediakan secara segar hinggakan badan binatang tersebut mesti bergerak-gerak apabila hidangan siap dimakan.

Jika chef yang menyediakan hidangan tersebut gagal memenuhi syarat itu, secara automatik dia akan gagal dalam pertandingan tersebut.

Jom kita tengok. Uwekkk.









Kredit
comments | | Read More...

[Gempar] - Pekerja Airasia Dirompak. Saksi Terlanggar Mangsa Sampai Mati

Penulis : Admin on Sunday, September 1, 2013 | 6:57 PM

Sunday, September 1, 2013


INILAH kereta Proton Wira Aeroback yang dipandu dua lelaki dan terlanggar Shahrinawati Abu Bakar secara tidak sengaja di Ampang Jaya, Selangor semalam.

AMPANG JAYA, 30 Ogos – Seorang bakal pengantin menemui ajal secara tragis apabila dia dilanggar sebuah kenderaan dinaiki dua rakan secara tidak sengaja ketika mereka cuba membantu mangsa yang disamun dua lelaki bermotosikal pagi semalam.



Mangsa, Shahrinawati Abu Bakar, 30, yang merupakan kakitangan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia X menjadi mangsa samun ketika dia mahu pulang ke kediamannya di Kondominium City Garden Palm Villa, Taman Cempaka di sini semalam.


Mangsa yang cedera parah akibat rempuhan itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur pada pukul 3.15 pagi, kira-kira setengah jam selepas kejadian.


Sebelum kejadian, mangsa yang baru pulang dari tempat kerja di Sepang sedang berjalan menuju ke rumahnya selepas meletakkan kenderaan di luar pagar kondominium berkenaan.


comments | | Read More...

10 FAKTA TRAGEDI Mesir Berdarah

Penulis : Ikhtiaruddin on Friday, August 16, 2013 | 9:36 AM

Friday, August 16, 2013

10 FAKTA TRAGEDI
Mesir Berdarah

1. Mesir diishtihar DARURAT selama sebulan bermula jam 4ptg td.

2. Jeneral Abdul Fatah As-Sisi mengarahkan tentera TEMBAK semua penyokong Dr Morsi.

3. Sehingga kini seramai hampir 3 RIBU org telah MATI SYAHID & lebih 10 ribu org yg tercedera, termasuk dari klgn kanak2, ibu2, & wanita2.

4. Semua yg dibunuh adalah mereka yg tidak bersenjata.

5. Ambulan & bantuan perubatan DIHALANG dari memasuki kwsn himpunan & TIDAK DIBENARKAN memberi bantuan kpd mangsa.

6. Jurukamera turut ditembak dari udara menggunakan helikopter tentera.

7. Dr Morsi terus ditahan di suatu tempat yg dirahsiakan.

8. Tentera telah MUSNAHKAN semua pusat pengumpulan makanan & pusat perubatan para penyokong Morsi.

9. Kerajaan HARAM Mesir TUTUP SEMUA rundingan. Mereka akn terus BUNUH mana2 rakyat yg menyokong Dr Morsi.

10. Lebih ramai rakyat Mesir sedang mula bergerak dari daerah & kampung masing menuju medan perang utk menyokong Morsi & mempertahankan Kerajaan Islam Ikhwan Muslimin.

Ayuh kita DOAKAN KEHANCURAN MUSUH ISLAM & KEMENANGAN ISLAM

Moga Allah LAKNAT & HANCURKAN kerajaan HARAM Mesir!


Jeneral Abdul Fatah As-Sisi Laknatullah


Kredit
comments | | Read More...

[Kejam] - Proses buat beg tangan wanita daripada kulit Ular didedahkan

Penulis : Puteri Dania Emilia on Friday, March 9, 2012 | 12:39 AM

Friday, March 9, 2012

Jika kaum wanita berbangga dengan beg kulit jenama original mereka, tentunya mereka perlu tahu bagaimana ianya dibuat. Kali ini jom kita tengok bagaimana haiwan dianiaya semata-mata untuk memenuhi kehendak manusia. Lihatlah betapa kejamnya mereka... Sebarkan supaya kaum wanita tidak lagi membeli barangan daripada kulit haiwan.
















Sumber : ohtidak
comments | | Read More...

[Kejam] - Kesian! Keldai Yang Malang



Kasihan keldai ini, terpaksa membawa muatan yang sangat berat. Kelihatan orang ramai sedang membantu keldai itu yang terduduk akibat bebanan yang berat. Lokasi kejadian di Pakistan - Posted@beritaMeletop.blogspot.com



Sumber : MalaysiaSensasi
comments | | Read More...

[Kejam] - Gadis menggugurkan anaknya

Penulis : Puteri Dania Emilia on Thursday, March 8, 2012 | 8:48 AM

Thursday, March 8, 2012

Wanita dalam gambar ini dikatakan baru sahaja mejalani proses pengguguran bayi. Entah apa perasaan dia memandang bayi yang telah tidak bernyawa itu. Kesian, tak sempat nak tengok dunia dah kena gugur. Posted@BeritaMeletop.blogspot.com





Sumber : Malaysiansenssai
comments | | Read More...

[Jenayah] - Peserta Realiti TV Dirogol

Penulis : Puteri Dania Emilia on Monday, March 5, 2012 | 6:19 PM

Monday, March 5, 2012




Program realiti Big Brother versi Brazil mencetuskan kegemparan di negara tersebut apabila salah seorang pesertanya dirogol secara langsung di dalam kaca televisyen. Model, Daniel Echaniz dituduh mengambil kesempatan meratah tubuh pesaingnya, Monique Amin selepas berakhirnya satu program keramaian.

Dalam episod terbaru Big Brother Brazil itu, yang disaksikan kira-kira lapan juta penonton, menunjukkan Echaniz naik ke katil Monique sewaktu wanita tersebut sedang tidur dalam keadaan mabuk. Kemudian dia menggeselkan tubuhnya dengan wanita itu sebelum berselimut.

Monique yang berusia 23 tahun itu dikatakan tidak begitu sedar terhadap kejadian yang menimpa dirinya kesan daripada pengaruh alkohol.

Polis mengambil masa kira-kira tiga jam untuk mengambil keterangan Monique berhubung kejadian itu sebelum membawanya ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

Echaniz akhirnya disingkirkan serta-merta dari rancangan realiti tersebut dan bakal berhadapan hukuman penjara di antara enam ke 10 tahun jika disabitkan dengan kesalahan



comments | | Read More...

[Kejam] - Buang Mayat Anak Ke Sampah

Penulis : Puteri Dania Emilia on Tuesday, February 28, 2012 | 4:10 PM

Tuesday, February 28, 2012

Seorang wanita telah dikenakan $ 10,000 bon selepas dilaporkan memberitahu polis dia melemparkan tubuh anak perempuannya keluar ke sampah. India Parker, 35, Cleveland, Ohio, menghadapi tuduhan penyalahgunaan mayat. Parker adalah di pusat penyiasatan mengenai kehilangan anak perempuannya Kaliyah, 10. Kaliyah dilaporkan hilang oleh bapa salah seorang daripada kanak-kanak lain Parker, laporan Fox News.


Saudara-mara dan kawan-kawan telah memberitahu polis mereka tidak pernah melihat Kaliyah sejak berusia lima pada tahun 2006. Sgt. Sammy Morris, dengan Jabatan Polis Cleveland, memberitahu Fox 8: Polis bahagian Cleveland menerima maklumat daripada Cuyahoga County, Jabatan Perkhidmatan Kanak-kanak dan Keluarga pada hari Isnin, kira-kira selepas 10 tahun kanak-kanak itu hilang. Laporan polis menunjukkan bahawa India berkata kepada bapa kanak-kanak itu, yang Kaliyah meninggal dunia apabila rak buku jatuh ke atasnya. Walau bagaimanapun, tiada sijil kematian telah dijumpai dan tidak ada rekod di hospital tempatan.




Sumber : MalaysiaSensasi.net
comments | | Read More...

Categories

About

Blogroll

 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Berita Meletop . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger