News Update :

Dapatkan Update 100% Percuma

Enter your email address:

Showing posts with label Berita Kemalangan. Show all posts
Showing posts with label Berita Kemalangan. Show all posts

[GEMPAR] - Pelumba basikal Terengganu maut nahas di Dungun

Penulis : Ikhtiaruddin on Wednesday, October 2, 2013 | 3:08 AM

Wednesday, October 2, 2013




Dungun: Pelumba basikal Terengganu, Mohd Asmui Ali,19, terbunuh apabila basikal ditungganginya terbabit kemalangan di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, 11.30 pagi tadi.

Basikal mangsa dikatakan bergesel dengan rakan lain yang sedang menunggang ketika itu.
Mohd Asmui kemudiannya terjatuh dan dilanggar sebuah van


Kredit
comments | | Read More...

[Gempar] - Dua Maut Keracunan Makan Kenduri Kahwin

Penulis : Ikhtiaruddin on Tuesday, October 1, 2013 | 7:12 PM

Tuesday, October 1, 2013




SUNGAI PETANI - Dua maut dan beberapa lagi dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan selepas menghadiri satu majlis kenduri di Tanjung Dawai, dekat sini tengah hari tadi.

Difahamkan, seorang mangsa berusia lingkungan 11 tahun meningal dunia di Hospital Yan manakala seorang lagi berusia 24 tahun dihantar ke Hospital Sungai Petani.

Beberapa mangsa lagi dilaporkan terpaksa dimasukkan dan menerima rawatan di Hospital Yan.

Meninggal selepas pengsan




Mohd Nor Rahmat Yusof, 11, yang pengsan di rumahnya di Kampung Singkir Laut, Sungai Petani meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke HY pada jam 1 tengah hari semalam.

Seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Nurshazana Mohd Rashid, 24, pula meninggal dunia selepas pengsan di rumahnya di Kampung Tempoyak, Bedong, pada jam 12.45 tengah hari dan dihantar ke HSB, manakala Ibrahim Muhamad, 62, dari Alor Jejawi, Kuala Besut Terengganu, meninggal dunia jam 6.30 petang di HSAH.

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Taat, berkata dua yang kritikal, iaitu lelaki termasuk seorang kanak-kanak sedang dirawat di HASH.

Beliau berkata, tiga mangsa disahkan mati akibat keracunan makanan dipercayai selepas menikmati makanan pada majlis kenduri kahwin itu.

Katanya, semua mangsa mendapat rawatan mengalami muntah dan cirit-birit hingga menyebabkan dehidrasi serius.

Sehingga petang semalam, pihaknya masih mengesan punca dan jenis virus yang menyerang pesakit bagi tindakan lanjut.

Kita minta orang ramai yang mengalami demam, cirit-birit dan muntah selepas menghadiri majlis berkenaan segera mendapatkan rawatan di hospital berdekatan bagi mengelak kejadian lebih buruk,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi berkata setakat ini polis menyerahkan kes kepada Jabatan Kesihatan Negeri untuk tindakan lanjut.


Kredit
comments | | Read More...

[KEMALANGAN] - Padah Tunggang Motosikal Secara Bahaya

Penulis : Admin on Tuesday, September 17, 2013 | 12:05 AM

Tuesday, September 17, 2013


PENDANG - Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Ibrahim maut selepas motosikal yang ditunggangi terperosok di bawah lori pasir tanpa muatan di Jalan Sungai Tiang Pendang, di sini, pada jam enam petang, kelmarin.

Kejadian yang berlaku dekat Kampung Sawa Kecil itu menyebabkan penunggang motosikal, Muhammad Alif Adha Mohd Asri, 14, dari Kampung Sawa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang, Inspektor Jasmin Isa berkata, siasatan awal mendapati kemalangan maut dipercayai berpunca daripada kecuaian penunggang motosikal yang memandu secara berbahaya.

“Penunggang motosikal dari arah Sungai Tiang manakala lori dipandu lelaki berumur 50 tahun dari Bidong Kedah dikatakan dalam perjalanan dari arah Pendang pulang ke rumahnya.

“Penunggang motosikal disyaki telah mengangkat tayar hadapan dan perbuatan tersebut menyebabkan beliau (mangsa) terjatuh ke laluan bertentangan sebelum terperosok ke bawah lori.

"Malangnya pemandu lori ini tidak sempat memberhentikan lori akibat jarak yang terlalu dekat,” katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Kredit
comments | | Read More...

[GEMPAR] - Gambar Kemalangan Di Terowong Genting Sempah

Penulis : Admin on Thursday, September 12, 2013 | 7:07 PM

Thursday, September 12, 2013



KUALA LUMPUR 11 Sept. - Sekurang-kurangnya 13 cedera dalam satu kemalangan melibatkan dua buah bas dan sebuah kereta di Kilometer 31.5, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Genting Sempah hari ini.

Kemalangan itu berlaku selepas terowong Genting Sempah kira-kira pukul 3.50 petang.





Seorang mangsa kemalangan Lebuh Raya Karak maut

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Seorang wanita warga Singapura, Tham Choy Chan yang merupakan salah seorang daripada 13 mangsa nahas membabitkan dua buah bas, satu treler dan sebuah kereta di Kilometer 31.5, Lebuh Raya Karak semalam, meninggal dunia hari ini.

Mangsa yang merupakan penumpang bas dari Genting Highlands mengalami kecederaan di kepala meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini.

Keluarga mangsa sedang menguruskan urusan menuntut mayat dan dijangka dibawa pulang ke Singapura pada pukul 3 petang ini.


Kredit
comments | | Read More...

[Gossip] - Nabila Huda Kemalangan!

Penulis : Admin on Monday, September 9, 2013 | 6:50 PM

Monday, September 9, 2013





Nabila Huda & anaknya, Keisha di’laporkan telah mengalami satu kemalangan lewat petang tadi di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Karak ketika pulang ke Kuala Lumpur dari menjayakan sebuah program anjuran Astro di Kuantan, Pahang.

Kedua dua mereka di’fahamkan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) bersama seorang pemandu lain & kenderaan itu telah terbalik akibat kemalangan tersebut.

Pelakon Syazwan Zulkifly yang turut serta dalam program di Kuantan itu mengirimkan sekeping gambar menunjukkan kenderaan yang di’naiki Nabila Huda & Keisha dalam keadaan terbalik.


Khabar angin awal yang bertebaran mengatakan Keisha telah tercampak keluar dari kenderaan ketika kejadian malang ini berlaku & ayahnya menerusi status di Twitter menafikan perkara itu dan berkata Nabila Huda memaklumkan Keisha berada dalam kereta sepanjang kejadian.

Dalam salah satu status Twitter bekas suami Nabila Huda itu juga ada mengatakan yang Keisha mengalami patah tangan akibat kemalangan itu namun tiada berita tentang kecederaan yang d’alami oleh Nabila Huda — namun kedua dua mereka di’laporkan selamat.




Gambar di’atas yang dikongsikan Zaidy Zailani menerusi Instagram beliau menunjukkan sebelah tangan Keisha yang berbalut dan kini menerima rawatan di hospital.Menerusi beberapa status Zaidy Zailani menerusi laman Twitter, beliau nampaknya tidak dapat menahan geram apabila mengetahui anak kesayangan’nya terlibat dengan kemalangan dan turut menulis beberapa ayat pesanan buat bekas isterinya, Nabila Huda.




Kredit
comments | | Read More...

Categories

About

Blogroll

 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Berita Meletop . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger