Home »
Berita Kemalangan
,
Berita Kematian
,
Berita Meletop
,
Berita Panas
,
Gempar
,
Kenduri
» [Gempar] - Dua Maut Keracunan Makan Kenduri Kahwin
[Gempar] - Dua Maut Keracunan Makan Kenduri Kahwin
Penulis : Ikhtiaruddin on Tuesday, October 1, 2013 | 7:12 PM
SUNGAI PETANI - Dua maut dan beberapa lagi dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan selepas menghadiri satu majlis kenduri di Tanjung Dawai, dekat sini tengah hari tadi.
Difahamkan, seorang mangsa berusia lingkungan 11 tahun meningal dunia di Hospital Yan manakala seorang lagi berusia 24 tahun dihantar ke Hospital Sungai Petani.
Beberapa mangsa lagi dilaporkan terpaksa dimasukkan dan menerima rawatan di Hospital Yan.
Meninggal selepas pengsan
Mohd Nor Rahmat Yusof, 11, yang pengsan di rumahnya di Kampung Singkir Laut, Sungai Petani meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke HY pada jam 1 tengah hari semalam.
Seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Nurshazana Mohd Rashid, 24, pula meninggal dunia selepas pengsan di rumahnya di Kampung Tempoyak, Bedong, pada jam 12.45 tengah hari dan dihantar ke HSB, manakala Ibrahim Muhamad, 62, dari Alor Jejawi, Kuala Besut Terengganu, meninggal dunia jam 6.30 petang di HSAH.
Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Taat, berkata dua yang kritikal, iaitu lelaki termasuk seorang kanak-kanak sedang dirawat di HASH.
Beliau berkata, tiga mangsa disahkan mati akibat keracunan makanan dipercayai selepas menikmati makanan pada majlis kenduri kahwin itu.
Katanya, semua mangsa mendapat rawatan mengalami muntah dan cirit-birit hingga menyebabkan dehidrasi serius.
Sehingga petang semalam, pihaknya masih mengesan punca dan jenis virus yang menyerang pesakit bagi tindakan lanjut.
Kita minta orang ramai yang mengalami demam, cirit-birit dan muntah selepas menghadiri majlis berkenaan segera mendapatkan rawatan di hospital berdekatan bagi mengelak kejadian lebih buruk,” katanya.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi berkata setakat ini polis menyerahkan kes kepada Jabatan Kesihatan Negeri untuk tindakan lanjut.
Kredit
Related posts:
- Pertama Kali Tampil Wanita Bertudung Di Muka Depan, Majalah Playboy Dipuji
- Nombor Awalan Handphone Untuk Semua Telco Di Malaysia
- [PANAS] - Suami Orang Dicekup Berbogel Bersama Kekasih
- [PANAS] - SESI FOTOGRAFI KAHWIN MELAMPAU DI IPOH
- [Gempar] - Penduduk Merusuh Bantah Perbelanjaan Piala Dunia 2014
- [Gempar] - Facebook Umum Beli WhatsApp RM52.7 bilion
- [Gempar] - Nenek Buat Pembedahan Plastik Untuk Kelihatan Seperti Watak Kartun
- [Gempar] - Facebook Umum Beli WhatsApp RM52.7 bilion
- [GEMPAR] - Pelumba basikal Terengganu maut nahas di Dungun
- [Gempar] - Dua Maut Keracunan Makan Kenduri Kahwin
- [KEMALANGAN] - Padah Tunggang Motosikal Secara Bahaya
- [GEMPAR] - Gambar Kemalangan Di Terowong Genting Sempah
- [GEMPAR] - Wanita Syria Dihukum Rejam Sampai Mati Kerana Buka Akaun Facebook
- [JENAYAH] - Kronologi Penemuan Mayat ADO Wan Hariff Rafany
- [PANAS] - Mayatnya Kanak-Kanak Ditemui Dalam Sebuah Tong Dram Di Ladang Kelapa Sawit
- Kat ATM anda dalam bahaya
- China membina teleskop mencari makhluk asing
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Labels:
Berita Kemalangan,
Berita Kematian,
Berita Meletop,
Berita Panas,
Gempar,
Kenduri