News Update :
Home » » [Berita Sukan] - RONALDO BERMINAT MENJADI PRESIDEN BOLA SEPAK BRAZIL

[Berita Sukan] - RONALDO BERMINAT MENJADI PRESIDEN BOLA SEPAK BRAZIL

Penulis : Ikhtiaruddin on Tuesday, March 20, 2012 | 9:41 PM




SAO PAULO: Bekas bintang bola sepak, Ronaldo, yang juga anggota jawatankuasa penganjuran Piala Dunia 2014, hari ini menyatakan hasrat untuk menjadi Presiden Persekutuan Bola Sepak Brazil.

“Saya berminat untuk memulakan karier politik saya dalam bola sepak. Saya mahu menjadi ahli politik bola sepak,” katanya dipetik sebagai berkata dalam wawancara akhbar harian Folha de Sao Paulo.



Ricardo Teixeira, yang mengetuai Persekutuan Bola Sepak Brazil (CBF) sejak 1989, mengundur diri bulan ini dan juga meletakkan jawatnnya sebagai pengerusi jawatankuasa penganjuran Piala Dunia 2014.

Peletakan jawatan selepas 22 tahun mengetuai CBF itu dikaitkan dengan kontroversi mengenai dakwaan berlaku penyalahgunaan wang badan bola sepak kebangsaan itu, di Brazil dan di luar negara.

Ronaldo yang pernah beraksi untuk Brazil dalam Piala Dunia 2002, berkata beliau tidak pasti sama ada dirinya sesuai menjadi calon presiden tetapi sekiranya CBF mahukannya beliau akan menerimanya. – AFP
Share this article :
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Berita Meletop . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger