News Update :

Dapatkan Update 100% Percuma

Enter your email address:

Showing posts with label Sex. Show all posts
Showing posts with label Sex. Show all posts

[PANAS] - Pelajar ditangkap laku seks dalam tandas sekolah

Penulis : Ikhtiaruddin on Monday, February 17, 2014 | 9:37 AM

Monday, February 17, 2014

Tenom: Kegiatan tidak bermoral sepasang kekasih yang juga pelajar tingkatan dua sekolah menengah di sini, yang melakukan
hubungan seks di dalam tandas sekolah, terbongkar apabila perbuatan mereka disedari guru disiplin sekolah terbabit, kelmarin.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 10.30 pagi, pelajar masing-masing berusia 14 tahun ditahan ketika berada dalam keadaan tidak
terurus di dalam tandas sekolah berkenaan oleh guru disiplin yang kebetulan menyedari perbuatan mereka.


Menurut sumber, kejadian berlaku ketika waktu rehat apabila pelajar lelaki itu memanggil teman wanitanya ke tandas untuk
melakukan hubungan seks.

“Secara kebetulan guru disiplin sekolah terbabit yang melakukan rondaan melakukan pemeriksaan di tandas berkenaan sebelum
menemui pasangan pelajar itu.


“Hasil soal siasat, pelajar lelaki mengaku baru selesai melakukan seks dengan pelajar perempuan dan memaklumkan ia kali ketiga
mereka melakukan hubungan seks di dalam tandas sekolah berkenaan,” katanya.


Sumber berkata, pihak sekolah kemudian memaklumkan kejadian itu kepada bapa pelajar perempuan sebelum membuat laporan polis.

“Suspek ditahan dan ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom untuk siasatan lanjut,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tenom Deputi Superintendan Mazlan Lazim ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan
siasatan lanjut masih dijalankan.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol.


Harian Metro difahamkan, tandas lelaki di tingkat tiga sekolah berkenaan jarang digunakan pelajar.


Kredit
comments | | Read More...

[Gambar] Seks Bersama Kambing!

Penulis : Admin on Wednesday, August 28, 2013 | 11:36 AM

Wednesday, August 28, 2013



WILTSHIRE, 21 Ogos : Seorang lelaki yang mengadakan seks dengan seekor kambing dilarang mendekati semua ladang di Britain bagi melindungi haiwan berkenaan.

Robert Newman mulanya menafi melakukan seks dengan kambing itu di sebuah ladang di Wiltshire April lalu.

Bagaimanapun, lelaki berusia 23 tahun itu  mengubah pengakuannya ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Wiltshire Barat Laut, semalam.

Mahkamah akan menjatuhkan hukuman ke atasnya pada 12 September depan.  Buat sementara waktu, mahkamah mengarahkan dia tidak mendekati semua ladang ternak haiwan serta tidak keluar rumah antara 7 pagi hingga 7 malam.

Minggu lalu, seorang lelaki Amerika menghadapi enam tuduhan jenayah kerana melakukan kekejaman ke atas haiwan selepas melakukan seks dengan seekor kucing berulang kali.

Ryan Havens Tannenholz, 28, dari Idaho gemar berpakaian seperti anjing yang digelar Bubblegum Husky sebelum memperkosa kucing itu.
Setahun lalu, seorang bapa tiga anak dari Gloucestershire didapati bersalah mengadakan seks dengan anjing bekas isterinya.

Nicholas Saunders, 46, ditangkap mengadakan seks dengan anjing bernama Shasha di atas katil bekas isterinya, Kelly Thacker.


Kredit
comments | | Read More...

PANASS! Sunway Mentari Ibarat Pattaya !

Penulis : Admin on Sunday, August 18, 2013 | 10:35 PM

Sunday, August 18, 2013

PETALING JAYA, 18 Ogos: Kawasan komersial dan kediaman di sekitar Sunway Mentari, di sini, tidak seluas mana tetapi kini umpama ‘neraka’ dunia bagi masyarakat setempat berikutan kewujudan pelbagai premis pelacuran, hiburan dan perjudian selain kekerapan berlaku jenayah.

Lebih membimbangkan, jumlah warga asing yang bekerja dan menetap di situ dikatakan melebihi penduduk tempatan.


Jika satu ketika dulu kawasan itu dipenuhi warga Afrika, kini keadaan bertambah teruk apabila turut menjadi tumpuan pendatang dari Indonesia, Thailand, China, Vietnam dan Filipina hingga terasa seolah-olah berada di luar negara.

Lebih memburukkan keadaan, kebanyakan warga asing terbabit dalam kegiatan tidak sihat seperti menjadi pekerja seks, tukang urut batin, pelayan pelanggan di kelab malam, aktiviti perjudian dan dadah, selain bekerja tanpa permit dengan menyalahgunakan pas pelancong.



Kredit
comments | | Read More...

PANASS! Lacur Isteri 15 Tahun !



Kuala Lumpur , 19 Ogos : Suami syaitan. Itu gelaran yang sesuai buat seorang lelaki berusia 38 tahun yang sanggup melacurkan isterinya sejak 15 tahun lalu hanya kerana malas bekerja.

Lebih mengejutkan lelaki berkenaan turut melacurkan tiga rakan isterinya yang menyewa di rumahnya sejak setahun lalu dan mereka akan dibelasah jika enggan patuh kepada arahannya itu.

Kegiatan lelaki terbabit terbongkar selepas mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi Jumaat lalu dan kini polis dalam usaha  menjejakinya.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Sonia, 34, berkata dia yang berkahwin atas dasar cinta dengan suaminya 20 tahun lalu tidak menyangka akan dipaksa menjual diri semata- mata untuk menanggung perbelanjaan harian mereka berdua.

  “Pada mulanya, suami saya masih bekerja sebagai buruh am namun selepas lima tahun berkahwin, suami  berhenti dan selepas menganggur beberapa bulan, suami menyatakan ada peluang kerja di sebuah hotel di kawasan Masjid India.

  “Saya menyangka akan bekerja sebagai pekerja am di hotel itu, malangnya selepas tiba di hotel saya dipaksa melayan seorang lelaki dan suami saya menjadi pengawal di luar bilik hotel kerana takut saya melarikan diri,” katanya.


Menurutnya, dia cuba melarikan diri daripada suaminya beberapa kali sejak 15 tahun lalu namun gagal kerana sering dikawal rapi lelaki berkenaan.

  “Selepas memperoleh pendapatan lumayan dengan menjual saya, suami menjadi malas untuk bekerja dan kehidupan kami berdua hanya bergantung pada ‘pelanggan’ saya.


  “Setiap hari, suami akan menghantar saya ke hotel di kawasan Masjid India atas permintaan pelanggan, mengawal di luar bilik ketika saya melayan lelaki lain dan kemudian merampas wang yang dibayar pelanggan,” katanya ketika ditemui Harian Metro, di sini, semalam.

  Sonia berkata, dia juga dilarang untuk mengandung oleh suami itu dan akibat tertekan dengan cara hidup bergelumang dosa sejak 15 tahun lalu, dia nekad melarikan diri ketika suaminya sedang tidur.



Kredit
comments | | Read More...

Budak Sekolah Mengadu dirogol 6 kali boleh lelaki yang tak mahu bertanggungjawab.



REMBAU – Gara-gara percaya dengan lelaki yang baru dikenalinya, seorang pelajar tingkatan lima sanggup melakukan hubungan seks sebanyak enam kali dengan lelaki berkenaan.
      
Pelajar berkenaan walau bagaimanapun nekad membuat laporan polis dan mahu lelaki berkenaan bertanggungjawab ke atas dirinya.
      
Sumber berkata, difahamkan pelajar berkenaan melakukan hubungan kelamin dengan suspek buat pertama kali pada penghujung April lalu kira-kira jam 2.30 petang di salah sebuah rumah di kawasan taman perumahan berhampiran sebuah pasar raya di daerah ini.
      
Menurutnya, pada kejadian kali pertama berkenaan, mangsa baru sahaja mengenali suspek telah dibawa ke rumah berkenaan dan dipaksa melakukan hubungan seks.
      
"Suspek memaksa mangsa melakukan hubungan seks sekiranya mangsa sayang kepadanya.
      
"Kali terakhir suspek melakukan perbuatan berkenaan adalah sekitar Jun lalu. Mangsa akhirnya membuat laporan polis pada 14 Ogos lalu (kelmarin)," katanya, semalam.
      
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
      
“Kita kini giat mengesan suspek yang dipercayai berusia belasan tahun dan masih lagi tidak mempunyai pekerjaan," katanya.


Kredit
comments | | Read More...

Categories

About

Blogroll

 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Berita Meletop . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger