News Update :

Dapatkan Update 100% Percuma

Enter your email address:

Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

Akhirnya Rahsia Batu Purba Terbongkar

Penulis : Puteri Dania Emilia on Monday, February 20, 2012 | 12:59 AM

Monday, February 20, 2012



NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) – Seorang saintis AS, Steven Waller percaya ilusi audio mencetuskan inspirasi kepada masyarakat purba untuk membina struktur batu Stonehenge di England.

Diiktiraf sebagai tapak warisan dunia, bulatan bongkah batu berusia 5,000 tahun di Britain itu menimbulkan pelbagai spekulasi berhubung tujuan struktur berkenaan dibina.

Antara lain ia didakwa berfungsi sebagai sebuah balai cerap kuno, kuil matahari atau tempat penyembuhan.

Namun, kata Waller, sejenis kesan gelombang bunyi yang diketahui para saintis pada masa kini tetapi menjadi misteri kepada manusia kuno, menyebabkan mereka membina Stonehenge.

Kesan tersebut dikenali sebagai interferens akustik.

Ia berlaku apabila dua sumber bunyi seperti dua peniup alat muzik beg paip memainkan nota sama pada masa yang sama tetapi di lokasi berbeza di sebuah kawasan lapang.

Apabila seseorang melalui beberapa sudut di kawasan lapang tersebut, dia akan mendengar kesan bunyi yang amat perlahan dan hampir tidak kedengaran disebabkan gelombang bunyi kedua-dua beg paip tersebut berlanggar dan melantun.

"Seolah-olah terdapat bongkah misteri yang menghalang bunyi tersebut. Begitu juga dengan bunyi guruh, dua bunyi guruh serentak bukan menjadi lebih kuat. Fenomena ini sukar diterangkan pada zaman dahulu," kata Waller.

Menurutnya, masyarakat dahulu kala yang merasai kesan itu bertindak membina struktur batu Stonehenge bagi menggambarkan fenomena tersebut.

Stonehenge terdiri daripada bulatan batu yang mengandungi 17 bongkah batu menegak seberat sehingga 45 tan. Bulatan batu itu ditutup dengan enam batu melintang yang didirikan menghala ke arah matahari terbit pada solsetis musim panas di daerah Wiltshire, England
comments | | Read More...

Misteri Charile Chaplin





Posted: 18 Feb 2012 02:39 PM PST

Terdapat laporan sejumlah bayi-bayi di China mengalami pembesaran payudara.Beberapa kes telah dilihat dalam beberapa wilayah, antara lain, Wuhan, Guangdong, Shandong, Anhui, Jiangxi, dan Beijing.Susu tepung disyaki mengawal pembiakan hormon-hormon seks menjadi punca pertumbuhan dada yang dilaporkan sejak Ogos lalu.



Namun begitu menteri kesihatan China menolak desas-desus itu tetapi baru-baru ini ditemui sejumlah bayi yang mengalami pertumbuhan ini yang terjadi pada bayi berumur enam bulan dan kanak-kanak perempuan berumur dua tahun. Hormon-hormon ini ialah gonadotropins dan testosteron.

Beberapa pakar mengatakan bahawa ini ialah satu perkara normal yang berlaku pada bayi dan keadaan ini akan kembali apabila bayi itu berusia dua tahun. Pengumpulan gejala-gejala ini, antara lain, memberi kesan satu antara 5000-10000 bayi berunsur pertumbuhan rambut di bawah ketiak dan bulu kemaluan serta pertumbuhan yang cepat.

Satu kajian dikeluarkan oleh University of North Carolina dalam 2010 mengemukakan gadis keturunan Kauskasia di AS mengalami satu pertumbuhan yang cepat diusia muda mereka bermula pada usia 7 tahun hingga 10 tahun.





Posted: 17 Feb 2012 04:05 PM PST

Posted: 17 Feb 2012 04:04 PM PST
Para perisik Britain berjaya menggagalkan rancangan dan merungkai kod Nazi tetapi mereka gagal menyelesaikan misteri asal usul pelawak lagenda, Charlie Chaplin.

Walaupun penghibur itu dikatakan sebagai salah seorang anak kelahiran London namun fail-fail baharu yang didedahkan oleh perisikan Britain, MI5, mendapati tiada rekod yang mendakwa Chaplin dilahirkan di sini pada 16 April 1889.

Fail-fail rahsia yang terdahulu dan didedahkan semalam oleh Arkib Nasional Britain menunjukkan penyiasatan agensi perisikan Britain, MI5 terhadap bintang filem bisu pada tahun 1950-an itu dibuat atas permintaan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) yang sudah lama mengesyaki dia merupakan orang yang bersimpati dengan fahaman komunis.

Para pengintip terkejut kerana tiada rekod kelahiran penghibur tersebut.

"Ia nampaknya seperti Chaplin adalah tidak lahir di negara ini atau namanya ketika lahir adalah lain daripada yang disebutkan," kata MI5 yang membuat kesimpulan.

Kehidupan Chaplin seperti kisah dalam buku Charles Dickens yang bermula daripada miskin dan kemudian menjadi kaya.

Dibesarkan di London dalam keluarga penghibur, dia berpindah ke AS pada tahun 1910 dan menjadi antara kumpulan bintang Hollywood mega yang pertama dengan identiti pakaian selekeh dan memakai topi.

Dia juga merupakan pelakon pecah panggung dalam beberapa filem seperti The Gold Rush, City Lights dan The Kid tetapi aktiviti dan ahli sayap kiri yang dikaitkan dengannnya menyebabkan agensi Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mula menyiasat pelakon itu pada awal tahun 1920-an.

Pada tahun 1952, akibat kebimbangan penyusupan pengaruh Soviet secara meluas di AS, pihak berkuasa AS meminta MI5 menyiasat hubungan politik Chaplin dan maklumat peribadinya termasuk khabar angin mengenai namanya itu satu penyamaran kerana nama sebenarnya ialah Israel Thornstein. Chaplin mati pada 25 Disimber 1977 semasa berumur 88 tahun . – AP
comments | | Read More...

Categories

About

Blogroll

 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Berita Meletop . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger