News Update :

Dapatkan Update 100% Percuma

Enter your email address:

Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

[Pengumuman] - Video Bahan tambahan rahsia di dalam minuman Coca-cola ditemui

Penulis : Puteri Dania Emilia on Monday, March 5, 2012 | 8:57 AM

Monday, March 5, 2012



Adakah anda pengemar minuman coca-cola? Sedarkah anda ada kandungan coca-cola tidak kita ketahui dan tidak tertulis di atas label coca cola berdasarkan kajian yang didedahkan oleh berita terkemuka dunia (Time.com Posted@BeritaMeletop.blogspot.com). Antara isi kanduangan tersebut ialah :

The recipe:

Fluid extract of Coca: 3 drams USP
Citric acid: 3 oz
Caffeine: 1 oz
Sugar: 30 (unclear quantity)
Water: 2.5 gal
Lime juice: 2 pints, 1 quart
Vanilla: 1 oz
Caramel: 1.5 oz or more for color

The secret 7X flavor (use 2 oz of flavor to 5 gals syrup):
Alcohol: 8 oz
Orange oil: 20 drops
Lemon oil: 30 drops
Nutmeg oil: 10 drops
Coriander: 5 drops
Neroli: 10 drops
Cinnamon: 10 drops


Ya, terdapat sedikit alcohol didalam Coca-cola yang kita minum. Selain itu ada kajian yang dibuat oleh A Sammy Production juga menunjukkan Kulit telur telah luruh daripada isi telur itu setelah direndam selama setahun daripada 5 Januari 2007 hingga 5 Januari 2008 . Kita juga sedia maklum kulit telur adalah mempunyai struktur daripada Kalsium, phosporus dan sodium. Kandungan coca-cola "Citric acid, Caffeine dan phosporus acid" telah menyebabkan kulit telur itu luruh dari isinya. Jika anda minum terlalu banyak coca-cola akan menyebabkan gigi anda terhakis.

Lihat Video dibawah :





Jika kita minum terlalu banyak Coca-cola atau pepsi akan menyebabkan penyakit Ostoporosis dan jangan harap lah nota amaran ini akan berada di label minuman Coca-cola atau Pepsi.


Jika anda sayangkan Keluarga dan rakan-rakan anda, tolonglah sebarkan post ini kepada mereka dengan klik butang share diatas.
comments | | Read More...

[Pengumuman] - Video Waspada tektik Awang Hitam memerangkap Wanita mengedar Dadah!

Penulis : Puteri Dania Emilia on Friday, March 2, 2012 | 6:31 AM

Friday, March 2, 2012

Hanya untuk mengingatkan kaum hawa diluar sana yang hangat bercinta dengan awang hitam ni.
Anda mungkin mangsa seterusnya. Hati2lah jika anda dapat teguran daripada mereka. Mereka sanggup untuk memberikan anda kemewahan, berikan hadiah macam-macam, dan akhirnya meminta anda keluar negara untuk mengedar bungkusan misteri. Lihat video dibawah.

comments | | Read More...

[Pengumuman] - Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA 2012

Penulis : Puteri Dania Emilia on Saturday, February 25, 2012 | 11:59 PM

Saturday, February 25, 2012




Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membuka permohonan pinjaman pelajaran MARA bagi peringkat pengajian Diploma dan Ijazah untuk mereka yang sedang belajar di institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang terpilih.
Institusi Pengajian

Permohonan pinjaman MARA ini hanya untuk pengajian di beberapa institusi dan kolej yang terdapat dalam senarai yang disediakan oleh pihak MARA. Senarai tersebut boleh dilihat di bahagian Pendaftaran Pengguna Baru permohonan pinjaman MARA.

Permohonan pinjaman MARA ini boleh dibuat secaraonline atau dengan secara manual.
Secara Online

Permohonan boleh dibuat di EduLoan.
Pemohon perlu mendaftar di bahagian Pendaftaran Pengguna Baru.
Sila rujuk bahagian Garis Panduan Permohonan sebelum mengisi borang.
Borang permohoan perlu dicetak dan dihantar bersama semua dokumen yang diperlukan.



Secara Manual

Borang permohonan boleh didapati di EduLoan.
Borang boleh dimuat turun di bahagian eForm.
Borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar bersama semua dokumen yang diperlukan.

Tarikh Tutup

Permohonan pinjaman MARA ini akan ditutup pada 15 Februari 2012.
Pertanyaan

Sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan pinjaman MARA ini boleh dikemukan kepada;
Bahagian Penganjuran Pelajaran,
Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 Kuala Lumpur
Telefon: 03-26132015/ 03-26132016
Faks: 03-26915854

atau di mana-mana Pejabat MARA Negeri.
comments | | Read More...

[Pengumuman] - 11 April 2012 Cuti Umum Hari Pertabalan Agong




KUALA LUMPUR – Hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 11 April depan diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan berkata, pengisytiharan hari kelepasan am itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan diambil oleh kerajaan-kerajaan negeri tersebut mengikut undang-undang negeri masing-masing,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Istiadat pertabalan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang Dipertuan Agong akan diadakan pada Rabu, 11 April ini di Balairong Seri, Istana Negara diikuti Majlis Santapan Diraja pada sebelah malam.

Istiadat pertabalan itu sempena pelantikan baginda bagi menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin yang telah tamat tempoh pemerintahan pada 12 November 2011.
Pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah
Tags: Akta Hari Kelepasan Am 1951, Cuti Umum, Hari Kelepasan Am, Ketua Setiausaha Negara, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Tan Sri Sidek Hassan, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, Yang di-Pertuan Agong.


Sumber : Kosmo
comments | | Read More...

Categories

About

Blogroll

 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Berita Meletop . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger