Monday, August 26, 2013
Ipoh: Kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang parah didera ibu sendiri, meninggal dunia semalam selepas hampir dua minggu dirawat di Unit Rawatan Pediatrik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.
Kanak-kanak malang itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.40 petang ketika dalam koma selepas dimasukkan ke hospital 14 Ogos lalu.
Pada 15 Ogos lepas kanak-kanak malang itu dibawa ke hospital oleh bapanya dalam keadaan cedera pada bahagian kepala dan seluruh badannya akibat dirotan.
Choong Mee Chin, 30, ibu kepada kanak-kanak tersebut dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan itu dan tidak mengaku bersalah pada 20 Ogos 2013 lepas. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan menganiaya kanak-kanak itu di kediaman mereka di Taman Wang, Menglembu pada pukul 9 pagi, 12 Ogos 2013.
Kredit
home


Home