News Update :

Dapatkan Update 100% Percuma

Enter your email address:

Showing posts with label Isu Sensasi. Show all posts
Showing posts with label Isu Sensasi. Show all posts

[Gempar] Cerita Sebenar Dakwaan Guru Dipotong Tangan Kerana Pulas Telinga Murid

Penulis : Ikhtiaruddin on Friday, February 7, 2014 | 3:42 PM

Friday, February 7, 2014


Kejadian bukan berlaku di Sabah dan bukan kerana cikgu dipotong tangan kerana memulas telinga murid. Berikut cerita sebenar kejadian yang berlaku.

Pada 05/02/14 jam lebih kurang 5.30 petang semasa Zainal (mangsa) pulang dari kerja bersama seorang rakannya yg dikenali sebagai Iman,mangsa dan Iman ada minum minuman keras sebanyak 5 tin.

Kemudian Iman telah mengajak mangsa ke rumah Mayling di Kg Pelandok Laut Sadong Jaya, bertujuan untuk meminta hutang ayah Iman sebanyak Rm 300 drp Mayling.Semasa tiba di hadapan rumah Mayling, Iman telah meminta hutang tersebut kepada Mayling. Mayling bersetuju dan terus masuk ke dalam rumah manakala mangsa bersama rakannya menunggu di luar rumah.

Tidak lama kemudian Mayling telah keluar dengan membawa sebilah parang panjang dan terus mengejar mangsa dan Iman. Mangsa dan Iman telah melarikan diri namun mangsa telah ditetak di pergelangan tangan kiri.

Kemudian mangsa di bawa oleh penduduk kampung ke Klinik Kesihatan Sadong Jaya dan seterusnya di bawa ke Hospital Umum Kuching kerana mengalami kecederaan parah dan ditempatkan di wad kecemasan.Hasil pemeriksaan doktor menyatakan semasa menerima mangsa, mangsa dalam keadaan putus pergelangan tangan kiri, namun keadaan mangsa stabil.

Menurut doktor, Kecederaan mangsa berkemungkinan disebabkan oleh sesuatu alat atau senjata tajam yg berukuran panjang lebih kurang 2 kaki.

 Sumber Gambar - DTR FB Group



Kredit
comments | | Read More...

[PANAS] - Suami terkejut: Isteri berkemban bersama duda

Penulis : Admin on Saturday, October 5, 2013 | 9:10 AM

Saturday, October 5, 2013




Kota Kinabalu: Luluh hati seorang suami sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel ketika diserbu penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), awal pagi semalam.
Wanita berusia 24 tahun itu dicekup bersama duda berusia 34 tahun di sebuah hotel di Sinsuran, di sini, kira-kira jam 1.30 pagi selepas suaminya membuat laporan mengenai salah lakunya.

Sumber berkata, ketika pintu bilik dibuka, suami wanita terbabit yang turut serta dalam serbuan itu terkedu apabila melihat isteri yang dikahwini setahun lalu hanya memakai tuala.


“Marah dan kecewa melihat perbuatan isteri, lelaki berusia 40-an itu melepaskan perasaan dengan menumbuk dinding bilik beberapa kali sebelum ditenangkan anggota polis yang turut serta dalam serbuan,” katanya.

Menurutnya, kecurangan wanita terhadap suaminya bermula sejak enam bulan lalu apabila dia meninggalkan rumah dan memberi alasan mahu pulang ke kampungnya di Semporna.

“Sejak keluar rumah, dia tidak pernah menemui suami yang menetap di bandar raya ini. “Pelik dengan sikap isterinya, lelaki itu menjejaknya sebelum mendapat tahu wanita itu menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki yang juga dari Semporna.

“Sebaik mengetahui isterinya kerap bersama kekasih lain di hotel murah, suami terbabit melaporkan perkara itu kepada JHEAINS,” katanya.

Sementara itu, Penolong Penguat Kuasa JHEAINS Khamis Jamil berkata, berdasarkan aduan, pihaknya bersama tiga anggota polis bergegas ke lokasi dimaksudkan bagi menjalankan serbuan.

“Selepas mengetuk pintu bilik beberapa kali, seorang lelaki yang hanya memakai tuala membuka pintu itu.

“Ketika disoal, lelaki terbabit mengaku bermalam dengan wanita yang didakwa tunangnya,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut menemui wanita terbabit di dalam tandas dengan hanya memakai tuala sebelum diarah keluar.

“Siasatan lanjut mendapati pasangan itu tidak mempunyai sebarang ikatan dan wanita itu juga masih berstatus isteri orang,” katanya.


Kredit
comments | | Read More...

[GEMPAR] - Pelumba basikal Terengganu maut nahas di Dungun

Penulis : Ikhtiaruddin on Wednesday, October 2, 2013 | 3:08 AM

Wednesday, October 2, 2013




Dungun: Pelumba basikal Terengganu, Mohd Asmui Ali,19, terbunuh apabila basikal ditungganginya terbabit kemalangan di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, 11.30 pagi tadi.

Basikal mangsa dikatakan bergesel dengan rakan lain yang sedang menunggang ketika itu.
Mohd Asmui kemudiannya terjatuh dan dilanggar sebuah van


Kredit
comments | | Read More...

[Gempar] - Misteri Tandas Terkunci 3 Hari Akhirnya Terungkai

Penulis : Ikhtiaruddin on Tuesday, October 1, 2013 | 7:03 PM

Tuesday, October 1, 2013




BATU FERRINGHI – Penemuan mayat seorang lelaki mengungkai misteri sebuah tandas berkunci selama tiga hari di sebuah stesen minyak di sini.

Salah seorang kakitangan berkata, ia adalah kejadian pertama kali yang berlaku di situ sejak stesen berkenaan dibuka dua tahun lalu.

Menurutnya, salah seorang rakannya terhidu bau busuk dari dalam tandas berkenaan dan berasa tidak sedap hati.

"Lalu kami mengambil langkah memecahkan pintu tandas kerana ia terkunci dari dalam tandas.

"Rupa-rupanya ada mayat dalam tandas tersebut dan kelihatan sudah lama kerana mukanya seperti kebiru-biruan, kemudiannya kami menghubungi anggota polis," katanya kepada Sinar Harian.

Kakitangan tersebut turut memaklumkan kerja pembersihan tandas dilakukan setiap hari tanpa gagal.

Namun ketika kerja pencucian hendak dilakukan, pekerja pembersihan mendapati salah satu tandas berkenaan dikunci dari dalam dan menyangka ada orang yang sedang menggunakannya.

Tambahan pula, stesen berkenaan sememangnya menjadi tumpuan berikutan terletak berhampiran restoran makanan segera 24 jam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, mangsa, Wong Nun Hwa, 42, dari Mount Erskine itu didapati mati akibat penyakit sawan.

Menurutnya, tiada unsur jenayah direkodkan dan mangsa hanya mati disebabkan serangan sawan berkenaan.


Kredit
comments | | Read More...

[Isu Semasa] - Harga Rokok Naik Lagi?



KUALA LUMPUR – Syarikat tembakau, British American Tobacco (BAT) Malaysia mendakwa kenaikan harga rokok sehingga RM10.50 bermula esok tidak dapat dielakkan berikutan kenaikan eksais tembakau sehingga 14 peratus.

BAT dalam satu kenyataan media mendakwa, kenaikan harga rokok bermula 30 September 2013 itu juga tidak dapat dielakkan disebabkan kemerosotan jualan yang dialami syarikat tembakau berikutan lambakan rokok seludup di negara ini.

“Kami telah beroperasi pada kecekapan kos yang optimum dan peningkatan jumlah eksport dengan meluaskan kontrak pembuatan beberapa tahun kebelakangan ini untuk mengekalkan pulangan kepada pelabur.

“Langkah-langkah ini bagaimanapun sukar mengatasi kerugian akibat kewujudan rokok haram. Oleh itu kami tiada pilihan tetapi melakukan peningkatan harga,” kata Pengarah Urusan BAT Malaysia, Stefano Clini dalam kenyataan sama hari ini.


Clini dalam pada itu mendakwa pihaknya kecewa dan terperanjat dengan kenaikan eksais tembakau melebihi kadar 14 peratus itu kerana didakwa akan menggalakkan kewujudan rokok tidak sah di negara ini sekali gus menyebabkan industri tembakau negara dikuasai sindiket penyeludupan rokok haram.
Ia kerana kenaikan harga rokok secara mengejut didakwa akan menyebabkan ramai perokok beralih kepada rokok haram yang lebih murah yang boleh didapati dengan mudah meskipun penjualan rokok seperti itu menyalahi undang-undang.




Beliau turut mendakwa kadar kerugian akibat lambakan rokok haram kira-kira RM2 bilion dan berharap kerajaan akan memperhebatkan langkah penguatkuasaan dan mengenakan peruntukkan undang-undang yang lebih tegas seperti penjara mandatori terhadap mereka yang terlibat dalam kegiatan rokok haram
Mynewshub.my semalam melaporkan harga setiap kotak rokok akan mengalami peningkatan yang agak ketara bermula esok.

Pengumuman mengenai perkara itu dibuat pihak Commercial Marketers and Distributors Sdn. Bhd. melalui iklan yang diletakan di dalam beberapa akhbar utama hari ini.
Melalui peningkatan tersebut, harga baru sebungkus rokok pek 20 jenama utama adalah antara RM10.50 hingga RM12.00.
Jenama rokok yang terlibat dengan harga baru berkenaan adalah Dunhill, Benson & Hedges, Kent, Lucky Strike, Rothmans, Peter Stuyvesant dan Pall Mall.

RM10.50 dah jadi RM12.00 Berkuat kuasa semalam.......


Kredit
comments | | Read More...

Categories

About

Blogroll

 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Berita Meletop . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger