News Update :

Dapatkan Update 100% Percuma

Enter your email address:

Showing posts with label Berita Pelik. Show all posts
Showing posts with label Berita Pelik. Show all posts

China membina teleskop mencari makhluk asing

Penulis : Ikhtiaruddin on Tuesday, October 4, 2016 | 8:39 PM

Tuesday, October 4, 2016





Negara tembok besar, China membina teleskop Radio Apertur Sfera 500M (FAST) dibina dengan kos 140 juta pound (RM560 juta), terletak di antara kawasan pergunungan di wilayah Guizhou.

Menurut Pengarah Pusat Pemantauan Astonomi Kebangsaan (NAO), Yan Jun, teleskop itu menunjukkan tahap keupayaan bidang astronomi China yang bertaraf dunia.

Tambahnya lagi, saintis China sebelum ini menghabiskan masa selama enam dekad untuk memburu makhluk asing dan harapan tersebut diletakkan pada teleskop FAST.

Berdasarkan ujian yang dilakukan sebelum pelancaran, pihaknya mengesan gelombang elektromagnetik yang tercetus oleh pulsar dengan jarak lebih 1,300 tahun cahaya.



comments | | Read More...

[MISTERI] - Rakaman Hantu Dalam CCTV Parkir Di Jepun

Penulis : Ikhtiaruddin on Monday, February 17, 2014 | 9:40 AM

Monday, February 17, 2014



Klip video CCTV ini menunjukkan susuk wanita berambut panjang muncul di sebuah parking persimpangan ketika sebuah MPV melepasi kawasan tersebut. Dan di akhir rakaman tersebut susuk wanita itu hilang ketika sebuah lori melaluinya di persimpangan yang sama. Saksikan rakaman cctv tersebut di bawah: 

comments | | Read More...

[GEMPAR] - Gempa bumi di Pakistan lahirkan pulau kecil

Penulis : Ikhtiaruddin on Wednesday, September 25, 2013 | 8:52 PM

Wednesday, September 25, 2013



QUETTA - Angka kematian akibat gempa bumi kuat di Pakistan meningkat kepada sekurang-kurangnya 327 orang semalam selepas beratus-ratus buah rumah runtuh menimpa penghuninya di kawasan pedalaman dekat sempadan Iran, kata beberapa pegawai.

Gempa itu menggegarkan wilayah Baluchistan kelmarin dan turut dirasai di seluruh rantau Asia Selatan.

Bencana tersebut memusnahkan sejumlah kediaman dan menyebabkan daerah yang paling teruk terjejas, Awaran, terputus hubungan dengan dunia luar.

Gempa berkenaan amat kuat sehingga menyebabkan sebuah pulau kecil muncul di perairan Laut Arab.





"Kami mula menanam mangsa-mangsa yang meninggal dunia," kata Deputi Komisioner Awaran, Abdul Rasheed Gogazai semalam.

"Sebanyak 285 mayat telah ditemui di daerah Awaran setakat ini manakala 42 lagi dijumpai di daerah berdekatan, Kech," tambahnya.

Menurut Abdul Rasheed, lebih 373 orang turut cedera dalam bencana itu.




Dalam perkembangan berkaitan, pihak tentera mengerahkan beberapa helikopter bersama beratu-ratus askar bagi membantu usaha menyelamat.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat memberitahu, gempa bumi itu berukuran 7.8 pada skala Richter.




Selepas gempa berlaku, penduduk di pesisir pantai dekat pelabuhan Gawdar berhimpun untuk melihat kemunculan pulau kecil tersebut.

Pulau batu dan pasir tersebut muncul selepas gempa bumi kuat itu. - Reuters






Kredit

comments | | Read More...

[Gambar] Karangan paling menang!!! Intro jer dah 100 markah!!

Penulis : Ikhtiaruddin on Wednesday, September 18, 2013 | 9:30 AM

Wednesday, September 18, 2013

Karangan budak zaman sekarang, memang kelakar habis... Jom layan..




Kredit
comments | | Read More...

[ANEH] - Taman tema yang seram dan pelik di Singapore

Penulis : Admin on Monday, September 16, 2013 | 9:46 PM

Monday, September 16, 2013



Haw Par Villa, yang asalnya dikenali sebagai Tiger Balm Garden ialah Taman Mitologi Cina yang terletak di Singapore. Taman ini mempunyai lebih dari 1000 patung-patung yang paling pelik dan seram dan juga terdapat 150 diorama yang mencerminkan suasana dari lagenda Cina, sejarah dan ilustrasi berdasarkan Confucianism...

Tiger Balm Garden ini dibina pada tahun 1937 oleh adik beradik Aw Boob Haw dan Aw Boon Par sebagai menyambut kebudayaan masyarakat Cina. Mereka kemudiannya menjual taman tersebut kepada Singapore Tourism Board yang menukarkan nama taman tersebut kepada Haw Par Villa (Dragon World). Tetapi sekarang taman ini selalunya kosong dan jarang dikunjungi oleh kerana suasana yang menyeramkan dan mengganggu minda para pengunjung...memang tak arr nak pergi tempat macam ni..ishh




comments | | Read More...

Categories

About

Blogroll

 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Berita Meletop . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger