News Update :

Dapatkan Update 100% Percuma

Enter your email address:

Showing posts with label Aneh. Show all posts
Showing posts with label Aneh. Show all posts

Mata berkulat dan bernanah Akibat pakai Contact Lens

Penulis : Unknown on Tuesday, December 8, 2015 | 8:05 AM

Tuesday, December 8, 2015



Mata Berkulat Dan Bernanah Akibat Amal Perkara Ini|Mungkin tidak sedikit Rakyat malaysia yang gemar memakai Contact Lens karena tidak mahu memakai spek mata,kenapa? karena memakai Contact Lens nampak lebih trend dan cantik dengan warna warni Contact Lens yang sedia ada.

Bagi anda pengguna Contact Lens sila baca pesanan Marisa Edora Pada pengguna Contact Lens



"Memandangkan banyak permintaan suruh saya share pengalaman kena ulser kornea mata ni baru sekarang saya ready nak share ..

"Dari bulan jun saya dah sakit mata beberapa kali jugak la ke hospital ke klinik tapi still jugak dorang cakap takde apa2 sampai la lepas raya tu saya langsung x boleh kena cahaya matahari silau yg amat sangat macam kena cucuk .

Mata merah , bengkak dan berair . Sakit hanya Tuhan tau . Bergegas pergi hospital yangg ni terus hantar pakar dorang detect yg mata saya sangat teruk ada ulat kecil , bakteria , nanah , kulat n bermacam bagai jenis kuman la membiak kat dalam tu .

Gambar yg lain saya x nak tunjuk nanti korang x selera makan . Hehehe ... Yg paling sedih dorang cakap 50/50 nak pulih sebab dah timbul putih hampir keseluruhan kat mata hitam .

Saya memang x nampak apa2 pun masa tu . Gelap gelita . X tau nak bayangkan perasaan masa tu . Dua minggu jugak la admit . Asalnya saya memang kerap pakai lens . Saya rabun jauh x nak pakai spek . Degil sangat kan dah kena . Sakit tangkap urat kepala sampai bengkak . Memang x lena tidur .

Sakit teramat sangat . Sekarang saya dah pulih cuma penglihatan yg kanan agak teruk degree biasa sebelum kena ulser 300 sekarang naik 600 silau 350 . Tebalnya degree ! So ... anda pilih cermin mata @ lens ? Pikir la sendiri ! Huhuhu ... terima kasih x terhingga pada ayah , my stepmom "







comments | | Read More...

[Pelik] - 'Teksi' Landasan Kereta Api

Penulis : Puteri Dania Emilia on Saturday, March 10, 2012 | 12:01 PM

Saturday, March 10, 2012

MANILA - Sebuah troli yang diubah suai untuk membawa lapan penumpang bergerak di atas landasan kereta api. 'Teksi' itu tidak menggunakan bahan api dan ia merupakan antara pengangkutan awam yang menawarkan tambang murah. Troli itu bergerak sejauh dua kilometer dan setiap penumpang dikenakan bayaran sebanyak 10 peso (RM0.70). - REUTERS




Sumber : MalaysiaSensasi
comments | | Read More...

[Berita Aneh] - Wanita Ini Sangat Menyayangi Kudanya

Penulis : Puteri Dania Emilia on Monday, March 5, 2012 | 6:15 PM

Monday, March 5, 2012

Tragedi menyayat hati yang berlaku di Australia ini sepatutnya menjadi iktibar kepada kita semua. Nicole Graham sedang menunggang kudanya, Astro di tepi pantai Australia apabila tiba-tiba mereka terperangkap di dalam selut lumpur. Ketika itu air sedang pasang dan kuda tersebut berkemungkinan besar boleh mati.

Namun Nicole Graham sentiasa berada di sisi kudanya untuk memberikan kata-kata semangat dan menjadi penenang sepanjang operasi menyelamat dijalankan. Akhirnya Astro berjaya diselamatkan hanya beberapa minit sebelum air pasang sepenuhnya. Lagi 13 keping gambar tragedi menyayat hati ini dengan membaca entri ini sepenuhnya.














comments | | Read More...

[Berita Aneh] - Nenek 'Hidup Semula' Selepas 6 Hari Mati


CHINA – Seorang wanita warga emas berusia 95 tahun mengejutkan ramai pihak apabila secara tiba-tiba 'memanjat' keluar dari kerandanya sendiri selepas disahkan 'mati' selepas enam hari.

Li Xiufeng didapati langsung tidak bergerak atau bernyawa ketika dijumpai di rumahnya selepas dipercayai tersadung sehingga menyebabkan kepalanya tercedera dua minggu lalu.

Anak lelaki nenek tua itu, Qingwang berusaha mengejutkan ibunya dari 'tidur' tetapi tiada tanda-tanda pergerakan diberikan oleh Xiufeng dan dianggap telah meninggal dunia.

Selepas Xiufeng 'disahkan' tidak lagi bernyawa, Qingwang mengambil keputusan untuk melakukan persiapan upacara pengebumian ibunya itu.

Bagi menghormati roh ibunya, Qingwang telah menyimpan 'mayat' Xiufeng di dalam keranda yang diletakkan di rumah mereka selama beberapa hari bagi membolehkan rakan-rakan dan saudara-mara mereka memberikan penghormatan terakhir buat mendiang.

Bagaimanapun, sehari sebelum upacara pengebumian Xiufeng, seluruh ahli keluarga dan orang-orang kampung terkejut apabila mendapati keranda milik warga tua itu kosong.

"Kami begitu takut, dan dengan serta-merta meminta jiran untuk datang mendapatkan bantuan," kata Qingwang dalam Daily Chilli.

Ekoran dari kehilangan 'mayat' Xiufeng, penduduk kampung telah melakukan gerakan bersama mencari dan menjejaki lokasi tubuh Xiufeng.

Namun, mereka sekali lagi terkejut apabila menemui Xiufeng sedang berdiri kukuh dan memasak di dapur dalam rumahnya.

"Saya tidur untuk masa yang lama. Selepas bangun dari tidur, saya rasa begitu lapar, dan ingin memasak sesuatu untuk dimakan," kata Xiufeng selamba.

Ketika tersedar dari 'tidurnya', Xiufeng berkata dia terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk membuka tudung kerandanya kerana keranda yang didiaminya itu terlalu berat.

"Saya menolak tudung untuk masa yang lama untuk memanjat keluar," katanya.

Perkara pelik itu benar-benar memberikan tanda tanya kepada penduduk kampung dan ahli keluarga warga tua itu selepas mendapati tubuh Xiufeng masih lagi berada dalam keadaan panas meskipun telah 'meninggal' hampir selama enam hari.
comments | | Read More...

[Pelik] - Katak Berbunyi Seperti Kucing

Penulis : Puteri Dania Emilia on Friday, March 2, 2012 | 10:25 AM

Friday, March 2, 2012




Mustahil kalau kita sendiri tidak pernah mendengar bunyi katak. Lepas hujan, mesti kendengaran bunyi suara mereka yang selalu dimetaforakankan dengan makna suara yang tidak sedap untuk didengar. Tetapi kali ini, beberapa orang budak telah menemui seekor katak bersaiz besar yang mempunyai satu suara yang pelik. Suara katak pelik tersebut seolah-olah seperti bunyi kucing yang mengiau. Jika anda tidak percaya, kami datangkan sekali dengan video yang menunjukkan bagaimana katak pelik tersebut boleh berbunyi seperti kucing. Agak comel bila kita mendengarnya. Jom!


comments | | Read More...

Categories

About

Blogroll

 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Berita Meletop . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger