News Update :
Home » , , » [PANAS] - Mayatnya Kanak-Kanak Ditemui Dalam Sebuah Tong Dram Di Ladang Kelapa Sawit

[PANAS] - Mayatnya Kanak-Kanak Ditemui Dalam Sebuah Tong Dram Di Ladang Kelapa Sawit

Penulis : Ikhtiaruddin on Wednesday, February 12, 2014 | 11:45 PM



Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun terjawab apabila mayatnya ditemui dalam keadaan menyayat hati di sebuah ladang sawit di Kampung Salimbangun.

Mayat Nureffa Sahira Ringkasan ditemui dalam tong dram dengan badannya berlipat, dipenuhi ulat dan mulai reput, kira-kira 500 meter dari kediaman mangsa.

Mayat kanak-kanak itu ditemui jam 2 petang oleh penduduk kampung yang melakukan gerakan mencari sejak mangsa dilaporkan hilang 31 Disember lalu.

Menurut seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, kanak-kanak itu yang juga anak tunggal disedari hilang dari rumahnya apabila tidak pulang selepas bermain di pekarangan kediamannya itu.

Berikutan itu, katanya, usaha mencari mangsa dilakukan ahli keluarganya dengan bantuan penduduk kampung, namun gagal.

HATI-HATI DENGAN SETIAP PERGERAKAN ANAK-ANAK KITA. DI PASARAYA, HALAMAN RUMAH ATAU TAMAN PERUMAHAN


Kredit
Share this article :
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Berita Meletop . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger