News Update :
Home » , , , » [Tempatan] Tetakan dendam! [gambar ngeri]

[Tempatan] Tetakan dendam! [gambar ngeri]

Penulis : Admin on Friday, September 20, 2013 | 8:30 PM




Kuala Lumpur: Dua penjenayah menceroboh masuk ke sebuah rumah pada jam 3.15 pagi semalam dan terus menetak penghuni rumah itu sehingga putus pergelangan tangan kanannya.

Kejadian berlaku di rumah mangsa di Ampang, dekat sini, ketika mangsa, seorang lelaki berusia 23 tahun bersendirian di dalam bilik tidur utama.
Sumber polis berkata, mujur ketika kejadian isteri serta seorang anak mangsa sedang tidur di dalam bilik berasingan dan mereka terselamat daripada turut diserang.

“Ketika kejadian mangsa yang juga peniaga makanan baru pulang ke rumah selepas habis bekerja kira-kira jam 2.30 pagi dan terus masuk ke dalam bilik tidur utama di rumahnya.


“Kira-kira jam 3.15 pagi isteri mangsa terdengar bunyi orang menjerit kesakitan. Apabila wanita itu bergegas ke bilik suaminya, dia mendapati mangsa dalam keadaan berlumuran darah,” katanya.


Putus pergelangan tangan kanan akibat ditetak!

Butiran mangsa:
Nama: pragash a/l govindran
Kpt: 900117-06-5195
Kerja: meniaga restoran makan di city one plaza masjid india kl

Mangsa menyatakan telah diserang 2(l)(i) tidak dikenali (1 pakai topi dan 1 tidak memakai apa2) mangsa tidak dapat disoal secara detail. Motif kejadian tidak diketahui.

Siasatan tempat kejadian:
1. Rumah mangsa merupakan rumah flat 11 tingkat rumah mangsa tingkat 5. Pintu grill dan daun pintu tiada kesan pecah / umpilan.
2. Mangsa putus pergelangan tangan kanan akibat ditetak dipercayai menggunakan parang
3. Kejadian rumah tiada saksi bebas setakat ini
4. Mangsa masih gagal ditemubual
5. Isteri mangsa masih ditemubual dan dlm keadaan trauma
6. Pasukan siasatan masih ditempat kejadian. —





Kredit
Share this article :
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Berita Meletop . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger