News Update :
Home » , , , » [PANAS] - Rogol Kenalan Wechat Di Karoke

[PANAS] - Rogol Kenalan Wechat Di Karoke

Penulis : Ikhtiaruddin on Thursday, September 19, 2013 | 7:40 PM




KUALA LUMPUR  , 18 Sept – Seorang anggota tentera dihadapkan ke Mahkamah Se- syen di sini semalam atas pertuduhan merogol teman wanitanya yang berusia 14 tahun di sebuah pusat karaoke awal bulan ini.


Tertuduh, Mohd. Fahmi Sharifudin, 25, yang bertugas di Kem Sungai Besi mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid.


Dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap pelajar tingkatan dua berkenaan di sebuah pusat karaoke di ibu negara pada pukul 4.30 petang, 2 September lalu.


Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan juga sebatan jika sabit kesalahan.


Timbalan Pendakwa Raya, Nurmadia- na Mamat tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh kerana pertuduhan serius selain ditakuti akan mengganggu mangsa.


Mohd. Fahmi yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu diberikan jaminan kerana dia ingin menyambung kerja dan berjumpa keluarga.

Kredit
Share this article :
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Berita Meletop . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger