News Update :
Home » , , » [Gosip] - Bekas Penyanyi Hiphop Tempatan Bakal Dipenjara 20 Tahun, Sebat 10 Kali

[Gosip] - Bekas Penyanyi Hiphop Tempatan Bakal Dipenjara 20 Tahun, Sebat 10 Kali

Penulis : Admin on Sunday, September 8, 2013 | 8:54 AM



Bekas ahli kumpulan nyanyian hip hop rogol anak tiri dipenjara 20 tahun, sebat 10 kali

06/09/2013 12:03pm

KAJANG – Seorang bekas ahli kumpulan nyanyian popular pertengahan 2000 dihukum penjara 20 tahun dan 10 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas disabitkan bersalah merogol anak tiri berusia 14 tahun di rumah mereka, di Gombak Februari tahun lalu.

Hakim Nor Hazani Hamzah mengarahkan hukuman terhadap tertuduh yang berusia 38 tahun itu berjalan mulai hari ini.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan tertuduh untuk menangguhkan hukuman penjara sehingga rayuan selesai di Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya di sini, pada pukul 9 pagi, 9 Februari 2012.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (d) yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika disabit kesalahan.



Kredit
Share this article :
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Berita Meletop . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger