News Update :
Home » , , » [GEMPAR] - Salleh Yaakob Maut, Isteri Cedera Disambar Petir

[GEMPAR] - Salleh Yaakob Maut, Isteri Cedera Disambar Petir

Penulis : Admin on Friday, September 20, 2013 | 8:11 AM




TEMERLOH, 6 Sept (Bernama) -- Seorang penoreh getah maut manakala isterinya cedera disambar petir di sebuah kawasan paya di Kampung Gunung Senyum, Kuala Krau semalam.

Mangsa Salleh Yaakob, 51, mati di tempat kejadian manakala isterinya Norehan Hassan, 49, kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood, mereka dikatakan baharu selesai memancing dan mahu pulang dengan motosikal apabila kejadian itu berlaku kira-kira 7.15 malam.

Jenazah Salleh dikebumikan di perkuburan kampung tersebut kira-kira 10 pagi tadi.

Yang turut menziarah jenazah ialah Anggota Parlimen Kuala Krau yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamad Said.- BERNAMA


Ape pun ni bukan Salleh Yaakob yang retis tu ye... Jangan salah paham... :)


Al fatihah...


Share this article :
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Berita Meletop . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger