News Update :
Home » , » NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR DISEBABKAN HENTITUGAS (SEPARA) SEMENTARA LOJI RAWATAN AIR (LRA) SUNGAI SELANGOR FASA 1 (SSP1) DI BAWAH KENDALIAN SYARIKAT PENGELUAR AIR SUNGAI SELANGOR (SPLASH) PADA 18 JUN 2013

NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR DISEBABKAN HENTITUGAS (SEPARA) SEMENTARA LOJI RAWATAN AIR (LRA) SUNGAI SELANGOR FASA 1 (SSP1) DI BAWAH KENDALIAN SYARIKAT PENGELUAR AIR SUNGAI SELANGOR (SPLASH) PADA 18 JUN 2013

Penulis : Admin on Friday, August 30, 2013 | 5:13 AM




Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin melaporkan status terkini Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning yang telah diaktifkan di pada jam 1.00 pagi, 11 April 2013 berikutan gangguan bekalan air di sebahagian Wilayah Gombak dan Kuala Lumpur ekoran dari kejadian paip dari jenis “Mild Steel” (MS) berukuran 2000 mm telah pecah di lokasi berhampiran tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves, Gombak.

Untuk makluman, bekalan air kepada kira-kira 90% daripada 61,392 akaun pengguna di 55 kawasan yang mengalami gangguan di Wilayah Gombak masih dalam tempoh pemulihan manakala bagi Wilayah Kuala Lumpur pula, bekalan air di semua kawasan terlibat telahpun pulih sepenuhnya. Walaubagaimanapun, bekalan air di beberapa kawasan lain yang terlibat dengan gangguan ini dijangka akan pulih secara berperingkat dalam tempoh beberapa hari lagi khususnya di kawasan-kawasan yang berada di kedudukan tinggi dan di penghujung sistem bekalan air.

Pada masa ini, pihak SYABAS mempunyai empat puluh dua (42) buah lori tangki 525 tangki air statik dan penghantaran bekalan air di kawasan terlibat adalah berdasarkan dari permintaan semasa oleh para pengguna khususnya bagi kawasan yang masih mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ini. Pihak SYABAS ingin terus memohon kerjasama dan bantuan daripada semua pengguna dan penduduk setempat bagi membolehkan lori tangki dapat sampai ke destinasi yang diperlukan tanpa sebarang kesulitan.

Sepanjang Pelan Tindakan Kecemasan ini diaktifkan, kira-kira 300 tenaga kerja khusus dan tambahan terus digerakkan bagi membantu pengguna dan melakukan pemantauan berterusan dari masa ke semasa dan akan memaklumkan terus kepada para pengguna berhubung perkembangan terkini status gangguan bekalan air tidak berjadual yang berlaku ini.

Untuk makluman, sejak Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) kod kuning diaktifkan bagi memantau dan mengurus kerja-kerja pembaikan dan gangguan bekalan air tidak berjadual ini, pihak SYABAS telah menerima sebanyak 1,425 aduan berkaitan ketiadaan air, 21 aduan berkenaan tekanan air rendah dan 3,716 permintaan untuk bantuan melalui lori tangki di Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak.Sehingga pukul 10 pagi hari ini, sebanyak 495 trip penghantaran air telah dibuat menerusi lori tangki air SYABAS di kawasan-kawasan yang terjejas akibat gangguan bekalan air tidak berjadual ini. Selain itu, Pusat Khidmat Pelanggan SYABAS (PUSPEL) telah merekod kan jumlah keseluruhan 73,923 panggilan berkenaan gangguan bekalan air sejak Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning diaktifkan.

Para pengguna di kawasan terlibat dinasihatkan agar terus menggunakan air secara berhemah dan mengelakkan dari pembaziran sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini berlaku. Para pengguna yang memerlukan bantuan bekalan air menerusi lori tangki ataupun ingin mendapat maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini disaran agar menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252. SYABAS juga menyarankan para pengguna untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung gangguan bekalan air ini menerusi laman web www.syabas.com.my. Pengguna juga boleh membuat aduan atau pertanyaan di laman Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’



Kredit
Share this article :
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Berita Meletop . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger