News Update :
Home » » Juri Asian Wave Labelkan Shila Hamzah Sebagai Superstar [Gambar & Video]

Juri Asian Wave Labelkan Shila Hamzah Sebagai Superstar [Gambar & Video]

Penulis : Ikhtiaruddin on Thursday, September 20, 2012 | 1:46 AM

Persembahan Shila Amzah di pertandingan Asian Wave Shanghai menerusi lagu Forever Love nyanyian asal Lee Hom telah berjaya menarik perhatian juri dan penonton yang mengikuti program ini. Malah, salah seorang juri pertandingan ini iaitu Eric Moo telah melabelkan Shila sebagai seorang Superstar berjaya membuatkan penonton rasa meremang dengan nyanyiannya itu.
Lebih menarik lagi, juri yang berasal dari Malaysia tetapi menetap di China itu berjanji akan menunjukkan persembahan Shila kepada Lee Hom. "Saya berjanji akan mencari jalan agar Lee Hom mendengar sendiri Forever Love versi Shila Amzah. Pada malam ini, saya telah mendengar sebuah nyanyian dari Shila yang meremangkan bulu roma saya. Bagi saya, Shila adalah next Superstar," ujar Eric. Menyahut pandangan Eric, Shila dengan rendah hati, tidak menyangka pujian sebegini akan terpancul dari mulut Eric yang berpengalaman besar dalam industri muzik China. "Ya, saya tidak terfikir Eric boleh mengkategorikan saya sebegitu. Masih jauh lagi," ujar Shila. Bertegas dengan pandangannya itu, Eric memberitahu bahawa sememangnya Shila layak memegang gelaran Superstar. "Saya tidak kira. Saya tetap merasakan awak adalah Superstar Shila. Sekarang ini awak sudah pun menjadi Superstar," tegas Eric yang juga bergelar penyanyi hebat di China. Iklan : Jana Pendapatan Pasif RM1000 Seminggu.
Share this article :
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Berita Meletop . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger