Kecelaruan informasi dan hebahan media sosial membuatkan maklumat dari kemalangan bas yang terhumban ke gaung di kawasan Genting Highlands bertindih antara satu sama lain.
Kejadian pada mulanya dikatakan berlaku di Lebuhraya Karak sementara laporan berita di TV menyebut kemalangan berlaku berhampiran tokong Chin Swee yakni di pinggir puncak Genting.
Berita terhebah kemudiannya kononnya dari pihak bomba, 33 orang maut dalam kejadian tersebut. Pun begitu kerja mencari dan menyelamat masih dijalankan untuk mencari mangsa yang bertaburan disekitar gaung.
Bas tersebut dinyatakan membawa 49 orang penumpang.
Sepertinya ada yang tidak kena dengan sumber yang seolah-olah cuba dilindungi oleh pihak tertentu.
Bas yang tertulis GENTING mirip bas berhenti-henti yang beroperasi dari Stesen Bas Genting di pinggir First World Hotel ke Stesen Bas Pekeliling di Jalan Tun Razak, KL.
Bas brhenti-henti ini menjadi pilihan 'rakyat' berpendapatan kecil dan para pekerja resort tersebut dengan tambang hanya RM7.00 dan mengangkut cukup ramai penumpang.
Tetapi, laporan menyebut ia merupakan sebuah bas persiaran.
Walaubagaimanapun berita dari Utusan melaporkan :
Nahas bas ekspress: 33 mayat ditemui setakat ini
KUALA LUMPUR 21 Ogos - Sehingga kini, 33 mayat ditemui di lokasi sebuah bas ekspres terjatuh ke dalam gaung di Lebuh Raya Karak dekat Genting menghala ke ibu negara kira-kira pukul 2.45 petang tadi.
Dalam pada itu, 17 daripada mayat tersebut sudah dibawa naik. - UTUSAN ONLINE
Kredit