Masih ingat arwah adik Nursyafiqah Abdullah yang ditemui mati dibunuh dalam keadaan mengerikan di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, Terengganu pada 21 Januari lalu?
Kini, tersebar di Facebook yang didakwa menceritakan sebab sebenar kematian Nursyafiqah yang baru berusia 2 tahun.
Menurut status facebook tersebut, Sangkaan selama ini yang menyatakan arwah dirogol dikatakan tidak benar, sebaliknya anak kecil ini mati dipijak bagi mengeluarkan pil kuda yang dipaksa telan oleh pembunuh sebelum kematiannya.
Menurut status berkenaan, perut Nursyafiqah dipijak selepas arwah tidak muntah-muntah sekalipun selepas diselamkan kepalanya ke dalam sungai. Usus arwah yang terkeluar kemudiannya dipotong untuk mengeluarkan pil kuda berkenaan.
Sejauh mana kebenaran cerita ini tak dapat dipastikan namun satu yang sahih, pembunuh adik Nursyafiqah sememangnya syaitan bertopengkan manusia.
Kredit