Home »
Berita Meletop
,
Berita Panas
,
Isu hangat
,
Isu Semasa
» [PANAS] - Rogol Kenalan Wechat Di Karoke
[PANAS] - Rogol Kenalan Wechat Di Karoke
Penulis : Ikhtiaruddin on Thursday, September 19, 2013 | 7:40 PM
KUALA LUMPUR , 18 Sept – Seorang anggota tentera dihadapkan ke Mahkamah Se- syen di sini semalam atas pertuduhan merogol teman wanitanya yang berusia 14 tahun di sebuah pusat karaoke awal bulan ini.
Tertuduh, Mohd. Fahmi Sharifudin, 25, yang bertugas di Kem Sungai Besi mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap pelajar tingkatan dua berkenaan di sebuah pusat karaoke di ibu negara pada pukul 4.30 petang, 2 September lalu.
Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan juga sebatan jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nurmadia- na Mamat tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh kerana pertuduhan serius selain ditakuti akan mengganggu mangsa.
Mohd. Fahmi yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu diberikan jaminan kerana dia ingin menyambung kerja dan berjumpa keluarga.
Kredit
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Labels:
Berita Meletop,
Berita Panas,
Isu hangat,
Isu Semasa