News Update :
Home » , , , , » [PANAS] - Belasah Isteri Tak Beri Rm10

[PANAS] - Belasah Isteri Tak Beri Rm10

Penulis : Admin on Friday, September 27, 2013 | 9:15 PM



Kuala Lumpur: Hanya kerana tidak memberi RM10 kepada suami, seorang wanita dibelasah hingga cedera parah di kepala dalam kejadian di Pudu Ulu, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.15 petang itu, mangsa yang berusia 24 tahun dan bekerja sebagai juruwang baru saja pulang ke rumah manakala suaminya tidur.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Sarah berkata, sebaik masuk ke dalam rumah, suaminya yang baru terjaga dari tidur terus meminta RM10 daripadanya.


Bagaimanapun, akibat kehabisan wang, dia berjanji memberi wang itu keesokan hari.

“Apabila saya menyatakan tiada duit, suami saya tiba-tiba naik angin sebelum menumbuk kepala saya.

“Tidak cukup dengan itu, dia membelasah saya dengan topi keledar pula hingga kepala saya berdarah dan pengsan,” katanya.



Kredit

Share this article :
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Berita Meletop . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger