[Isu Semasa] - Kenyataan KJ biadap - Datuk Ahmad Ismail
Penulis : Admin on Wednesday, September 11, 2013 | 1:11 AM
Kuala Lumpur, 11 September : Biadab! Itu reaksi keras Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Ahmad Ismail terhadap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang membidas badan induk sukan tradisi itu sejak kebelakangan ini susulan kemerosotan prestasi di pentas antarabangsa.
“Pada saya kenyataan beliau itu biadab, semua sukan dihentam...apa sukan yang beliau bantu? Mana program sukan, saya tidak pernah tengok sejak (menjadi menteri),” katanya semalam.
Reaksi keras Ahmad itu susulan kenyataan Khairy yang mahu menyekat peruntukan kepada PSM susulan kekalahan skuad negara kepada Korea Selatan di final Siri Super ISTAF India baru-baru ini sekali gus menimbulkan reaksi pelbagai pihak.
Antara yang berada dalam pertimbangan Khairy adalah menyekat peruntukan RM1 juta setahun yang diperoleh PSM dan rancangan badan induk sepak takraw itu untuk menjalankan program bernilai RM8.8 juta.
“RM1 juta yang disalurkan kepada PSM itu dilihat beliau seolah-olah besar. PSM tidak menerimanya terus ke dalam akuan kami sebaliknya ada yang dibayar terus kepada pihak tertentu seperti pemain, peralatan sukan, kejohanan dan sebagainya.
Saya ingin rakyat faham dan sedar mengenai perkara ini. “Malah apa kuasa beliau untuk menghalang kami berjumpa Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang juga Penaung PSM bagi membentangkan program yang bernilai RM8.8 juta itu.
Ini program kami selama 17 bulan (bermula Ogos lalu) sehingga Disember tahun depan yang merangkumi pelbagai aspek seperti pembangunan, pentadbiran, pertandingan dan sebagainya.
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Labels:
Berita Semasa,
Isu Semasa