News Update :
Home » , , » Sirul Dan Azilah Bebas Tuduhan Membunuh Altantuya

Sirul Dan Azilah Bebas Tuduhan Membunuh Altantuya

Penulis : Admin on Friday, August 23, 2013 | 12:24 AM





KUALA LUMPUR 22 Ogos - Rayuan dua bekas anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) terhadap sabitan dan hukuman mati atas kesalahan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu akan diketahui di Mahkamah Rayuan, Putrajaya esok.

Bekas Cif Inspektor Azilah Hadri, 34, dan bekas Koperal Sirul Azhar Umar, 38, mengemukakan rayuan setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April 2009 yang menjatuhkan hukuman itu terhadap mereka.

Kedua-duanya didapati bersalah atas tuduhan membunuh Altantuya, 28, di antara pukul 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Klang, Selangor.

Bekas penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, 50, yang dituduh bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008 apabila pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Rayuan Azilah selaku perayu pertama dan Sirul Azhar, perayu kedua telah didengar selama dua hari pada 24 Jun lalu di hadapan panel tiga hakim dianggotai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat.

Pada pendengaran rayuan tersebut, peguam Datuk Hazman Ahmad yang mewakili Azilah dan peguam, Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Sirul Azhar berkata, hakim perbicaraan melakukan kekhilafan serius dari segi undang-undang dan fakta ketika mensabitkan kesalahan dua perayu berkenaan.


Kredit
Share this article :
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Berita Meletop . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger