News Update :
Home » , , , » PANASS! Lacur Isteri 15 Tahun !

PANASS! Lacur Isteri 15 Tahun !

Penulis : Admin on Sunday, August 18, 2013 | 10:30 PM



Kuala Lumpur , 19 Ogos : Suami syaitan. Itu gelaran yang sesuai buat seorang lelaki berusia 38 tahun yang sanggup melacurkan isterinya sejak 15 tahun lalu hanya kerana malas bekerja.

Lebih mengejutkan lelaki berkenaan turut melacurkan tiga rakan isterinya yang menyewa di rumahnya sejak setahun lalu dan mereka akan dibelasah jika enggan patuh kepada arahannya itu.

Kegiatan lelaki terbabit terbongkar selepas mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi Jumaat lalu dan kini polis dalam usaha  menjejakinya.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Sonia, 34, berkata dia yang berkahwin atas dasar cinta dengan suaminya 20 tahun lalu tidak menyangka akan dipaksa menjual diri semata- mata untuk menanggung perbelanjaan harian mereka berdua.

  “Pada mulanya, suami saya masih bekerja sebagai buruh am namun selepas lima tahun berkahwin, suami  berhenti dan selepas menganggur beberapa bulan, suami menyatakan ada peluang kerja di sebuah hotel di kawasan Masjid India.

  “Saya menyangka akan bekerja sebagai pekerja am di hotel itu, malangnya selepas tiba di hotel saya dipaksa melayan seorang lelaki dan suami saya menjadi pengawal di luar bilik hotel kerana takut saya melarikan diri,” katanya.


Menurutnya, dia cuba melarikan diri daripada suaminya beberapa kali sejak 15 tahun lalu namun gagal kerana sering dikawal rapi lelaki berkenaan.

  “Selepas memperoleh pendapatan lumayan dengan menjual saya, suami menjadi malas untuk bekerja dan kehidupan kami berdua hanya bergantung pada ‘pelanggan’ saya.


  “Setiap hari, suami akan menghantar saya ke hotel di kawasan Masjid India atas permintaan pelanggan, mengawal di luar bilik ketika saya melayan lelaki lain dan kemudian merampas wang yang dibayar pelanggan,” katanya ketika ditemui Harian Metro, di sini, semalam.

  Sonia berkata, dia juga dilarang untuk mengandung oleh suami itu dan akibat tertekan dengan cara hidup bergelumang dosa sejak 15 tahun lalu, dia nekad melarikan diri ketika suaminya sedang tidur.



Kredit
Share this article :
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Berita Meletop . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger