Mohammad Imran memang selama ini menderita penyakit jantungnya yang mengalami komplikasi. Penyakitnya turut mendapat liputan media yang luas satu ketika dulu. Rawatan demi rawatan susulan diharunginya di usia muda. Arwah terpaksa berulang-alik ke hospital.
Sepanjang hayat, arwah pernah menjalani tiga kali pembedahan kerana masalah jantung. Semasa arwah kecil, doktor pernah memberitahu penyakit Imran agak kompleks dan tidak ada penawarnya, malah bergantung pada ubat-ubatan yang diberikan. Dia juga sering berdepan masalah kesihatan tidak menentu.
Allah maha kuasa. Penderitaan Imran ditamatkan malam tadi. Allah menjemputnya di mana arwah meninggal selepas Maghrib malam tadi ketika dalam perjalanan ke Hospital Gleneagles, Ampang tanpa ayah dan ibunya di sisi kerana Imran menetap bersama ibu mertuanya sejak ibubapanya bercerai pada tahun 2006.
“Saya sendiri menerima berita ini secara mengejut. Saya tidak berada di sisi allahyarham di saat-saat akhirnya. Saya redha di atas pemergiannya itu walaupun hubungan kami cukup rapat. Kami masih menunggu kepulangan ibunya dari London sebelum majlis pengebumian.”
“Kali terakhir saya berhubung dengan arwah, empat hari lalu. Ketika itu Imran ingin memberi tahu nombor telefon bimbitnya yang baru.”
“Setiap tiga bulan sekali dia akan menjalani pemeriksaan doktor. Saya dan bekas isteri sentiasa berusaha memberikan yang terbaik buatnya tetapi apakan daya, semuanya bergantung pada kuasa Tuhan.”
Jenazah anaknya dikebumikan malam tadi di Masjid Attaqwa Taman Tun Dr Ismail.
Sementara itu, vokalis kumpulan Ukay’s yang terkenal dengan lagu Di Sana Menanti Di Sini Menunggu, ini turut mempunyai seorang lagi anak yang merupakan saudara kembar Imran
Al-Fatihah ke atas pemergian Allahyarham Mohammad Imran. Takziah kepada Amir Ukays sekeluarga.