Thursday, September 29, 2016
Pujian dan sambutan positif terhadap tindakan majalah Playboy buat julung kali memaparkan wanita Islam bertudung di muka depan.
Bertemakan lelaki dan wanita yang sanggup mengambil risiko termasuk nyawa untuk melakukan sesuatu yang disukai, majalah yang sinonim dengan pornografi menampilkan wajah wartawan Amerika Syarikat, Noor Tagouri dalam 'Renegades' edisi Oktober majalah itu.
Menurut warga Amerika berketurunan Libya, perjuangan beliau sebagai seorang wanita Muslim yang membesar di AS banyak membantu membawa kerjayanya ke hadapan.
Bercita-cita menjadi pembaca berita bertudung pertama di stesen TV komersil AS, Tagouri yang berumur 22 tahun kini bertugas di Newsy, sebuah rangkaian berita video tampil ranggi mengenakan jaket kulit hitam, jeans, kasut dan masyarakat dunia menyifatkannya sebagai 'aktivis berbisa'.
Tidak kurang juga yang mengecam perubahan yang cuba dilakukan oleh majalah Playboy, walaupun ramai memuji malajah Playboy dan menganggap ia adalah satu pencapaian yang bagus.