Monday, February 16, 2015
JOHOR BAHRU 15 Feb. – Seorang lelaki yang sudah berkahwin dan teman wanitanya dicekup dalam keadaan berbogel dan hanya berlapik kain cadar dalam Op Mawar Merah yang dijalankan Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) di sekitar bandar raya ini malam tadi.
Lelaki berusia 28 tahun yang bekerja sebagai buruh dan kekasihnya berusia 22 tahun itu adalah antara 72 individu termasuk empat warga asing yang ditahan dalam operasi yang dijalankan di beberapa hotel bajet bermula pukul 11 malam hingga awal pagi ini.
Penolong Penguat Kuasa JAIJ, Hafiz Abd. Rahman berkata, operasi itu dijalankan bagi membendung kegiatan maksiat sempena sambutan Hari Kekasih pada setiap 14 Februari.
“Kesemua mereka berusia antara 17 hingga 50 tahun yang ditahan diambil tindakan mengikut Seksyen 27(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 dan Seksyen 29 enakmen sama kerana kesalahan berkhalwat serta berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.
“Kita turut menyiasat empat warga asing yang ditemukan bersama pasangan beragama Islam dan akan menyerahkan mereka kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.
Dalam serbuan di berasingan di Taman Bukit Mewah, di sini, seorang lelaki berusia 23 tahun yang bekerja di Singapura turut ditahan bersama kekasihnya berusia 22 tahun.
Ketika disoal siasat, pasangan yang berasal dari Terengganu itu mendakwa mereka telah bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan Mac ini.
“Mereka mendakwa bertemu di hotel bajet itu untuk membincangkan hubungan mereka yang tidak direstui keluarga,” katanya.
----
Buat duit dengan Dagangan Gemcoin --> http://gemcoin2u.com