News Update :

Dapatkan Update 100% Percuma

Enter your email address:

Sah! Johan As`ari-Nabila Huda Sudah Putus Cinta

Penulis : Ikhtiaruddin on Thursday, October 11, 2012 | 7:39 PM

Thursday, October 11, 2012

Lagi pasal aktor Johan As`ari, tapi kali ini apa yang Murai Batu nak cerita ni takde kena-mengena dengan rocker Amy Search mahu pun pengurusnya. Sebaliknya, cerita mengaitkan Johan As`ari dengan anak Amy,

Nabila Huda. Sumber-sumber yang rapat memberitahu Murai Batu bahawa hubungan cinta di antara Johan As`ari dengan Nabila sudah pun berakhir pada bulan lalu. Dengan kata lain, mereka dah pun break up atau pun putus cinta. OMG! Kenapa ya? Padahal setahu Murai Batu, mereka berdua saling menyukai di antara satu sama lain. Malah, keluarga masing-masing juga tidak pernah menghalang hubungan mereka.

Keluarga Johan menerima Nabila seadanya, manakala keluarga Nabila khususnya ayahanda Nabila pulak memang dah anggap Johan macam anaknya. Tapi, bila jadi tragedi putus cinta macam ini, mestilah semua orang rasa terkejut. Sebab, tidak ada angin tidak ada ribut, tetiber putus macam itu saja. Apapun, Murai

Baru dapat tahu, hubungan cinta Johan As`ari dengan Nabila berakhir kerana ianya berkaitan hal-hal persefahaman dan satu lagi kerana soal kerjaya. Itu saja yang MUrai Batu tahu. Untuk ketahui selanjutnya, kita kena dengar sendiri penjelasan Johan As`ari dengan Nabila. - murai
comments | | Read More...

Filem Bunohan Tercalon Dalam Anugerah Oscar Dalam Kategori Filem Bahasa Asing

Penulis : Puteri Dania Emilia on Monday, October 8, 2012 | 7:56 PM

Monday, October 8, 2012

Filem Bunohan Tercalon Dalam Anugerah Oscar Dalam Kategori Filem Bahasa Asing 

  Filem Bunohan yang diterajui Faizal Hussein dan Zahiril Adzim, Bunohan telah di'calonkan untuk kategori Best Foreign Language Filmdalam Academy Awards yang ke 85 tahun hadapan.

Bunohan yang merupakan arahan Dain Said itu tersenarai bersama 70 buah filem lain dari pelbagai negara seluruh dunia untuk merebut anugerah berprestij tersebut Februari nanti. Negara jiran, Indonesia menghantar Sang Penari (The Dancer) yang diarahkan oleh Ifa Isfansyah yang juga memegang gelaran filem terbaik di Festival Filem Indonesia 2011 yang lalu. Semestinya kami dan rakyat Malaysia mengharapkan yang terbaik untuk Bunohan di anugerah Oscar tahun hadapan dan anda boleh periksa senarai penuh di laman rasmi Oscar.
Dituduh Sombong Oleh Peminat, Lisa Surihani Tiada Niat Lukakan Hati Sesiapa
Posted: 08 Oct 2012 06:44 PM PDT


Pelakon Lisa Surihani tidak pernah berniat untuk meminggirkan para peminat yang ingin mendekatinya di sebuah lokasi penggambaran sehingga dituduh sombong.
Lisa, 26, berkata, insiden dia dikatakan enggan bergambar dengan peminat bukanlah sesuatu yang disengajakan kerana ketika itu di sedang menjiwai watak untuk drama Di Mana Hilangnya Juwita di sebuah balai polis sekitar Kuala Lumpur.
“Secara jujurnya saya tidak berniat untuk menunjukkan sikap sombong kepada sesiapa pun dan kepada mereka yang terasa hati saya ingin memohon maaf.
“Kejadian itu bukan disengajakan kerana saya sedang memberikan tumpuan kepada penggambaran tambahan pula watak yang saya pegang agak berat.
“Sesiapa yang mengenali saya pasti tahu sikap saya yang sebenarnya,” ujarnya kepadamStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Lisa mengulas laporan yang mendakwa dia enggan bergambar dengan peminatnya semasa sedang menjalani penggambaran di sebuah balai polis baru-baru ini sehingga mengundang rasa terkilan peminat dengan sikapnya.
Bagaimanapun Lisa berkata, dia tidak menyalahkan peminat yang tergores dengan kejadian tersebut dan berharap dapat memenuhi permintaan mereka untuk bergambar pada masa akan datang.
Dalam pada itu, Lisa berkata, semasa kejadian dia turut berasa bersalah kerana terpaksa memilih untuk memberikan tumpuan kepada wataknya kerana tidak mahu menjejaskan masa yang diperuntukkan pihak produksi.
Katanya walaupun produksi tidak kisah jika dia meluangkan sedikit masa untuk bersama peminat tetapi sebagai seorang pelakon dia perlu menghormati masa pihak lain.
“Saya tidak mahu menyusahkan orang lain kerana ingin sesuatu perancangan itu berjalan dengan baik.
“Saya sentiasa terfikir boleh ke ambil masa sekejap bergambar dengan peminat ataupun kalau saya turutkan kata hati saya, ia akan menggagu proses penggambaran," katanya.
Dalam perkembangan lain, Lisa berkata dia kini sedang sibuk dengan latihan pementasan Teater Tun Siti Hasmah yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya November depan.
Tiada Di Anugerah Blokbuster, Fans Faizal Tahir Kecewa?
Posted: 08 Oct 2012 06:28 PM PDT
Kecoh seketika laman sosiaL Twitter milik penyanyi popular, Faizal Tahir baru-baru ini apabila ada peminat yang melahirkan rasa kesal kerana kelibat penyanyi Sampai Syurga itu tidak kelihatan ketika berlangsungnya malam kemuncak Anugerah Blokbuster, Sabtu lalu.
Kekesalan itu timbul apabila ada segelintir peminat yang terlihat nama Faizal Tahir tersenarai dalam barisan penyanyi yang akan membuat persembahan di pada malam anugerah tersebut sepertimana yang dikatakan.
Namun hakikatnya, Faizal Tahir tidak dapat membuat persembahan pada malam berprestij berkenaan kerana telah terikat dengan satu lagi persembahan yang telah dipersetujuinya beberapa bulan lalu.
Faizal Tahir bagaimanapun melahirkan rasa ralat kerana tidak dapat membuat persembahan pada acara gilang-gemilang yang buat julung kalinya diadakan bagi mengangkat martabat karyawan seni serta industri perfileman negara.
“Ramai peminat yang tweet saya di laman Twitter milik saya untuk mengesahkan tentang persembahan saya di Anugerah Blokbuster. Malah ada juga teman pemuzik yang bertanyakan hal sama kepada saya kerana keliru.
“Ini kerana mereka ada melihat nama saya tersenarai untuk membuat persembahan pada malam berkenaan. Kasihan juga apabila ada peminat yang tertunggu-tunggu persembahan saya pada malam itu sehingga akhir acara. Malah, ada juga yang rushing untuk berada di hadapan TV, semata-mata untuk melihat persembahan saya pada malam itu,” katanya dengan nada yang berbaur kecewa.
Namun begitu, Faizal Tahir berkata, dia sedikitpun tidak terkilan dengan kesilapan kecil berkenaan kerana daripada awal lagi dia sudah pun memaklumkan kepada pihak penganjur bahawa dia tidak dapat membuat persembahan pada malam berkenaan.
“Saya langsung tak ambil pusing dengan hal ini. Kerana tak ada promosi besar-besaran yang menguar-uarkan kemunculan saya untuk program berkenaan. Tetapi rasanya tak manislah apabila perkara seumpana ini terjadi.
“Malah, saya ada menerima mesej di Twitter saya daripada seorang individu yang mungkin daripada pihak penganjur yang meminta maaf dengan masalah kecil berkenaan. Apa yang boleh saya katakan di sini, perkara ini adalah masalah kecil saja dan tidak perlu digembar-gemburkan kerana semua orang membuat kesilapan. Mungkin yang terasa terkilan adalah peminat saya sendiri. Itu saja,” katanya berterus terang.
Faizal Tahir menambah, dia sepatutnya menyanyikan tiga lagu secara madley antaranya Ombak Rindu dan Sedetik Lebih, bagaimanapun terpaksa menarik diri kerana tuntutan kerja di tempat lain.
Nafi Bercinta Dengan Elfira Loy, Randy Pangalila Dedah Nama Kekasih?

Pelakon popular dari Indonesia, Randy Pangalila mengakui hatinya kini telah dimiliki dan sudah mempunyai kekasih sejak dua tahun yang lalu. Penjelasan jejaka berusia 22 tahun ini sekaligus menepis gosip cinta antara beliau dengan pasangan heroinnya dalam telefilem, 'Mimpi Sampai Ke Bintang', Elfira Loy yang cukup hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.
"Saya sudah ada kekasih di Indonesia. Kami sudah berpacaran sejak dua tahun lepas dan teman wanita saya juga merupakan orang yang turut terlibat dalam industri hiburan. Cukup saya katakan, dia adalah salah seorang pelakon sinetron, 'Nada Cinta'," jelas Randy ketika ditemui pada majlis sidang media drama 'Dalam Hati Ada Taman', di Flora Café, Amp Walk, petang semalam.
Ditanya siapakah kekasih hatinya itu, Randy yang pada mulanya agak keberatan untuk memberitahu akhirnya berkongsi, "Namanya Michella Putri dan berumur 19 tahun. Sudah sebulan kami tidak berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan jadual lakonan. Tidak dinafikan saya rindu sama dia namun kami sama-sama mengerti dengan kesibukan ini dan hanya berhubung melalui Skype."
Diusik sama ada beliau mempunyai perancangan untuk ke fasa seterusnya dengan kekasihnya itu, Randy sambil tersenyum memberitahu, "Kami memang serius dalam hubungan ini namun untuk ke tahap seterusnya, kami serahkan segalanya pada Tuhan. Saya sendiri sasar dalam tiga tahun lagi untuk berkahwin."
Alang-alang bertemu dengan aktor kelahiran Surabaya ini, sempat bertanyakan kepada beliau mengenai isu kedatangannya ke Malaysia yang tidak disenangi oleh segelintir pihak di mana Presiden Seniman, Zed Zaidi pernah mempertikaikan mengenai penglibatan beliau dalam industri seni negara ini sama ada menggunakan permit kerja yang sah atau tidak.
Menjawab mengenai isu ini, Randy memberitahu, "Bagi saya ini cuma masalah komunikasi dan kalau boleh saya tak mahu memperbesarkan hal ini. Apa yang boleh saya katakan, sebelum datang ke Malaysia, benda yang saya cukup titikberatkan sudah tentulah permit kerana saya sendiri tidak mahu bekerja secara tidak sah di sini. Pihak produksi sendiri telah memastikan penyediaan permit diuruskan dengan betul sebelum saya berlakon di sini."
Berkongsi mengenai kerjaya lakonannya di sini, Randy yang sudah empat kali mengunjungi Malaysia memberitahu, "Sebagai pelakon, saya dapat kepuasan apabila berlakon dengan produksi Malaysia kerana waktu penggambarannya tidak lama dan saya suka seperti ini. Tidak seperti di Indonesia di mana saya sendiri pernah berlakon selama empat tahun untuk sinetron 1000 episod, 'Cinta Fitri'.
"Tapi, jika fikir soal bayaran, sudah tentu di Indonesia namun jika mencari kepuasan, saya lebih puas berlakon di Malaysia," ujar Randy yang kini sedang sibuk dengan penggambaran sinetron, 'Raja dan Aku' di Indonesia.
Dalam perkembangan lain, Randy bakal muncul dalam drama terbaru Michael Ang, 'Dalam Hati Ada Taman' yang bakal disiarkan setiap hari Isnin, jam 9.30 malam mulai 29 Oktober 2012 di Astro Ria. Randy juga masih mempunyai dua lagi kontrak filem dengan produksi Michael di mana salah satunya ialah 'KL Meroyan' yang akan menggandingkannya dengan aktres, Erra Fazira.
Kontroversi Gambar Peluk, Hanez Mengaku Pernah Liar
Posted: 08 Oct 2012 06:09 PM PDT

Pelakon yang kini sedang melonjak naik, Hanez Suraya mengakui pernah liar satu ketika dulu namun memberitahu sudah berubah dan menganggap zaman yang dilaluinya itu memberi satu pengalaman serta pengajaran hidup buat dirinya.
"Saya mengaku dan tak menafikan yang dulu saya liar. Waktu itu saya terlalu muda dan belum boleh berfikir secara matang lagi. Namun, zaman itu dah berlalu dan saya kini sudah berubah," ujar Hanez mengulas mengenai kontroversi gambar peluknya dengan beberapa lelaki yang tersebar luas di beberapa buah laman blog, sejak akhir-akhir ini.
"Isu gambar ini dah lama, sudah lima tahun berlaku. Setiap tahun benda ini akan dibangkitkan dan saya sendiri pernah memberi penjelasan pada empat tahun lepas. Saya tak melatah bila gambar ini tersebar sekali lagi kerana ia dah pernah keluar dulu dan saya sendiri dah perbetulkan keadaan ini.
"Saya tak nafikan itu memang saya dan lelaki dalam gambar itu semuanya kawan-kawan saya. Saya tak faham kenapa mereka masih nak pandang serta mempersoalkan benda lama saya, bagi saya cukuplah," ujar Hanez ketika ditemui pada majlis sidang media drama 'Dalam Hati Ada Taman', di Flora Café, Amp Walk, petang semalam.
Ditanya sama ada beliau mempunyai musuh atau mungkin ada pihak yang tidak menyukai perhubungannya dengan penyanyi Awi Rafael, Hanez memberitahu, "Saya tak ada bermusuh dengan sesiapa. Cuma mungkin ada orang yang dengki dengan saya dan sengaja nak bangkitkan isu ini.
"Tidak dinafikan juga memang ada pihak yang tidak senang dengan hubungan kami berdua namun apa yang boleh saya katakan, lagi orang tak suka dan cuba nak jatuhkan kami, lagi kuat hubungan kami. Namun, apapun, jika saya ada terkasar atau tersilap dengan sesiapa, saya minta maaf."
Menyentuh mengenai penerimaan Awi serta keluarganya mengenai perkara ini, Hanez memberitahu, "Alhamdulillah, Awi banyak menyokong saya sepanjang perkara ini berlaku. Keluarga juga boleh terima kerana saya sudah menjelaskan terlebih dulu kepada mereka."
Berkongsi mengenai hubungan cintanya dengan Awi pula, pelakon yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama, 'Dendam Pencinta' untuk TV9 memberitahu, "Alhamdulillah hubungan kami setakat ini berjalan dengan lancar. Kalau boleh, kami mahu fokus terhadap kerjaya dahulu dan jika ada apa-apa, kami akan kongsi kepada semua."
Hijrah Melissa Saila Dapat Sokongan Keluarga
Posted: 08 Oct 2012 03:28 AM PDT

Selepas beberapa rakan seperjuangan melakukan penghijrahan, seorang lagi selebriti tanah air telah mengikut jejak langkah sama dengan mula mengenakan hijab atau bertudung.
Melissa Saila, 40, mengakui hatinya lebih tenang selepas mula berhijab sejak bulan Jun lalu.
"Memang hasrat untuk bertudung dah lama kerana keluarga suami juga mempunyai latar belakang agama yang kuat. Saya memang dah pasang niat, umur 40 tahun, saya akan berhijrah.
"Alhamdulillah, segalanya telah termakbul dan saya selesa dengan penampilan sekarang. Keluarga pula turut menyokong usaha saya untuk berhijrah.
"Selepas ini, saya juga harus menjaga batas-batas agama dan cuba untuk belajar serta mendalami ilmu agama. Saya tidak mahu bersandarkan kepada tudung sahaja, biarlah ianya selari dengan tuntutan agama," kata ibu kepada tiga anak, Noor, 8, Zain, 6 dan Zahrah, 3.
Melissa turut menjelaskan dia semakin membataskan dunia lakonan demi menguruskan syarikat produksi sendiri, Kus Semangat Aktor Sdn Bhd yang kini sedang sibuk menyiapkan dokumentari bertajuk ‘Hanya Saloma’.
Temubual: ”Mengapa Saya Keluar Umno” – Datuk Seri Lajim Ukin
Posted: 08 Oct 2012 03:15 AM PDT

DATUK SERI LAJIM UKIN sebagai pemimpin veteran Sabah, mengejutkan dunia politik negara apabila beliau bertindak keluar parti ketika rakyat negara ini ternanti-nanti tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Dengan Pakatan Rakyat (PR) tidak berhenti-henti berkempen di Negeri Bawah Bayu ini, ramai penganalisis melihat pembangkang mampu membuat kejutan di negeri ini sekali gus mencerahkan peluang PR merampas Putrajaya.
Persoalannya sekarang, adakah Lajim mampu memberi daya tujah tambahan kepada usaha PR? Ikuti wawancara khas Sinar Harian, MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN dan jurugambar, SAFWAN MANSOR menyingkap tindakan Lajim.
Kenapa Datuk memilih keluar Umno dan Barisan Nasional (BN) sekarang?
Saya keluar kerana Umno terutamanya di Sabah bukan lagi seperti Umno dahulu. Umno Sabah sudah dikuasai oleh Pengerusi Perhubungan Umno Negeri sendiri, Datuk Seri Musa Aman. Apa sahaja yang beliau lakukan adalah monopoli dan tiada orang lain boleh menegur. Selain itu, tiada dasar konkrit Umno di Sabah untuk mengatasi masalah yang dihadapi rakyat termasuklah di kawasan saya.
Jadi Datuk keluar dari Umno kerana masalah dengan Ketua Menteri?
Dalam parti, saya hormatinya sebagai Ketua Perhubungan Umno Negeri, tetapi dalam soal peribadi, mungkin beliau mengambil hati dengan saya kerana saya terlalu lantang dalam menyuarakan masalah rakyat dan soal perpaduan dalam parti.
Saya sering berkata dalam parti jangan ada cantas-mencantas, letak calon sendiri untuk jatuhkan Ketua Bahagian Umno sendiri. Sebagai contoh saya sendiri, Pada tahun 2008, Ketua Wanita Umno Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun melawan saya, sedangkan pada waktu itu Musa sebagai Ketua Perhubungan dan Ketua Menteri. Jika beliau rasa bertanggungjawab yang tinggi, sepatutnya beliau boleh menasihatkan Ketua Wanita itu supaya tidak bertanding.
Saya berkata begini kerana pertama, beliau sudah menang menjadi Ketua Wanita. Keduanya, tiada kedengaran rakyat di kawasan Beaufort yang mahu saya turun dari menjadi wakil rakyat. Selain itu, tiada keadilan kepada pemimpin-pemimpin tertentu. Ada pemimpin yang dapat lebih, ada pemimpin yang tidak dapat apa-apa. Umno sepatutnya adalah milik semua orang.
Apakah tiada sebab-sebab lain? Seperti pembangunan, contohnya.
Masalah utama adalah masih ramai lagi rakyat tidak mendapat bekalan elektrik dan air sejak 49 tahun pembentukan Malaysia.
Rakyat masih meronta-ronta mahu mendapatkan bekalan air bersih. Malah ada kawasan sudah dipasang paip namun airnya masih tiada.
Perkara ini sudah disuarakan saya sejak menjadi Adun lagi. Ketika saya menjadi Timbalan Ketua Menteri pun saya sudah bawa isu ini ke hadapan. Namun masalah air tetap berlaku
Saya juga melihat tahap pembangunan di Sabah masih tidak menyeluruh, tidak sekata kerana masih banyak lagi kawasan masih belum menerima pembangunan, tidak seperti di kawasan negeri lain. Sepatutnya pembangunan dibawa ke kawasan ini.
Apakah penyelesaian yang Datuk cuba bawa?
Antara penyelesaian yang saya cuba bawa adalah projek tambatan banjir di kawasan saya. Beaufort adalah daerah  yang terkenal sejak setengah abad dahulu kerana setiap tahun mesti tiga empat kali banjir. Perkara ini sudah pun dibangkitkan tetapi sehingga hari ini tiada langkah yang diambil oleh kerajaan negeri atau pusat.
Saya juga pernah bangkitkan isu banjir ini kepada kerajaan pusat. Akhirnya saya diberitahu usul tersebut sedang dipertimbangkan. Hingga hari ini tiada apa-apa lagi jawapan. Jadi, apabila begitu, sedangkan saya menjadi wakil rakyat, maka saya tahu rakyat di kawasan saya akan melihat saya tidak berkemampuan untuk menyelesaikan masalah ini.
Walaupun saya sebelum ini sebahagian dari kerajaan, namun saya masih perlukan surat menyurat yang rasmi sama ada kepada kerajaan negeri atau persekutuan agar projek-projek ini dapat direalisasikan.
Jadi adakah faktor tiada bekalan asas ini mendorong Ahli Parlimen atau Adun lain keluar parti?
Saya tidak boleh bercakap bagi pihak mereka, tetapi saya ada bertemu dengan pemimpin-pemimpin ini. Ramai dari pemimpin Sabah hanya menunggu masa. Sama ada mereka akan menyertai mana-mana parti, itu terpulang kepada mereka.
Saya mahu pemimpin Sabah sedar apa yang sedang berlaku sekarang. Mengenai kepimpinan Ketua Menteri yang suka cantas-mencantas. Ramai pemimpin Umno sejak dari 2008 sudah dicantas oleh beliau termasuklah bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Yusoff  Yaakob sedangkan beliau termasuk dalam winnable candidate hanya kerana tidak sehaluan dengannya.
Begitu juga dengan Speaker Dun Sabah, Datuk Seri Salleh Said, dulu menteri, dibuang oleh Musa. Sedikit contoh ini membuktikan bahawa kepimpinan Sabah adalah kepimpinan one man show.  Beliau sering bertindak secara sendirian.
Selain itu, contoh cantas mencantas, Ketua Pemuda Umno Negeri, Azman Ruslan, beliau tiada apa-apa masalah, hanya dilantik sebagai ahli lembaga pengarah sebuah anak syarikat di bawah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal. Shafie ini pun tidak sehaluan dengan Musa. Hanya kerana tidak sehaluan, Azman menjadi mangsa.
Azman adalah pemimpin yang cukup berwibawa, dengan kelayakan sebagai seorang peguam syariah, beliau amat sesuai menjadi pemimpin namun tetap juga dicantas. Kenapa ia berlaku?
Kerana ada konflik antara Musa dan Shafie maka akhirnya Ketua Pemuda Negeri menjadi mangsa. Sepatutnya perkara seperti ini tidak berlaku.
Begitu juga yang berlaku kepada saya, saya dibuang pada tahun 2004 sebagai Timbalan Ketua Menteri. Saya menang tanpa bertanding. Hanya kerana calon BN kalah di Dun Kuala Penyu. Pada ketika itu saya hanyalah Ketua Bahagian dan saya dituduh mensabotaj calon BN itu.
Kekalahan calon BN di Dun Kuala Penyu itu besar, dengan majoriti lebih dua ribu. Kalau benar saya sabotaj, tidak mungkin saya dapat membawa lebih dua ribu pengundi tidak mengundi calon BN. Saya menjadi mangsa.
Sejak dahulu lagi, memang ramai yang mahu menukarkan saya. Malah menjelang PRU13, ada berkata saya tidak akan menjadi calon lagi. Saya tidak tahu apa silap saya. Memang saya tidak nafikan ada juga yang tidak menyokong saya, tapi saya berani katakan di kawasan Beaufort, majoriti masih memilih saya menjadi calon.
Adakah Datuk sebelum ini memang mahu keluar dari Umno kerana krisis yang sama atau yang berlainan?
Pada saya, apabila saya menyertai Umno, saya harap Umno berkemampuan untuk melakukan perkara yang lebih baik dari kerajaan yang dahulu. Jadi saya sanggup berkorban dengan keluar dari Parti Bersatu Sabah (PBS) dengan berfikir Umno mampu selesaikan masalah rakyat.
Masalah-masalah utama pada ketika itu adalah pendatang tanpa izin, masalah pembangunan, ekonomi dan mencari cara mengeluarkan rakyat dari kemiskinan tegar, itu yang saya harapkan.
Tetapi selepas 18 tahun BN mengambil alih dan sistem penggiliran Ketua Menteri diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Sistem ini cukup rosak dan teruk sehingga ekonomi Sabah pada ketika itu jatuh merudum.
Datuk menyebut bahawa Datuk adalah calon winnable candidate, adakah Datuk Seri Najib Tun Razak ada berkata sesuatu semasa Datuk mahu letak jawatan?
Perdana Menteri minta saya bersabar, tetapi saya ada alasan yang baik diberikan kepada Perdana Menteri. Saya berjumpa dengan Perdana Menteri pada 20 Disember 2011, saya letak jatawan pada 29 Julai 2012. Maknanya saya sudah bersabar untuk lapan bulan.
Maknanya laporan yang saya hantarkan kepadanya langsung tidak mendapat apa-apa tindakan. Saya juga amat malu sebagai seorang Ahli Majlis Tertinggi Umno dan salah seorang dipertanggungjawabkan memantau keadaan di Sabah. Laporan yang saya hantar langsung tidak diterima walaupun saya memberikan fakta. Jadi untuk apa saya tunggu lagi?
Bila agaknya masa pemimpin  Sabah yang lain dijangka keluar dari BN?
Kemungkinan besar selepas Parlimen dibubarkan dan pemimpin ini tidak dicalonkan, kerana sebahagian besar dari pemimpin ini adalah winnable candidate.
Sekiranya ada perubahan yang dibuat Umno, adakah Datuk akan kembali semula kepada parti itu?
Bagi saya sukar bagi Najib untuk mengubah Umno buat masa ini, jika beliau cuba untuk mengubah Umno, saya yakin keadaan akan menjadi lebih kecoh. Dalam keadaan PRU13 hampir sekarang, tidak akan ada perubahan besar berlaku.
Mungkin selepas PRU13 nanti barulah ada perubahan. Bagi saya, jika saya gagal dalam perjuangan saya, sekurang-kurangnya saya memberi landasan kepada rakyat untuk berfikir sama ada mereka mahu 20 peratus atau lima peratus royalti minyak? Mahu wilayah autonomi atau tidak.
Selepas PRU13, faktor yang memungkinkan Datuk kembali kepada Umno?
Dalam politik apa-apa pun boleh terjadi, saya tidak mahu meramal awal dari sekarang. Jika ekonomi negara, kita boleh ramal tetapi politik… tidak.
Bagaimana Datuk melihat politik sekarang dan masa depan politik Umno dan BN pada PRU13?
Bagi saya, untuk PRU13, agak sukar bagi BN untuk menang di Semenanjung, mereka cuma mengharapkan calon-calon di Sabah dan Sarawak boleh menang. Jika PR boleh dapat 20 Parlimen di Sabah dan 20 Parlimen di Sarawak, maka BN akan tumbang pada PRU13.
Bagaimana reaksi rakyat Sabah mengenai NGO Pakatan Perikatan Sabah yang ditubuhkan Datuk?
Setakat ini reaksi yang saya dapat cukup baik. Di luar jangkaan saya.
Apakah kelebihan PR di mata Datuk?
Dalam PR, mereka ada dasar yang boleh menyelesaikan masalah rakyat, sebagai contoh mengenai royalti minyak 20 peratus. Katakan setiap tahun Sabah akan memperoleh RM6 bilion dari hasil minyak keseluruhan RM30 bilion di Sabah.
Untuk bajet negeri, RM4 bilion digunakan, maknanya dari hasil minyak sahaja Sabah ada lebihan bajet sebanyak RM2 bilion. Hasil ini tidak masuk dengan hasil negeri lain sebanyak RM4 bilion.
Maka hasil negeri dan royalti minyak ada RM10 bilion.
Dari lebihan ini, maka gaji boleh ditingkatkan dan boleh memajukan infrastruktur seluruh negeri Sabah. Selain itu, air percuma juga boleh diberikan dan pelbagai insentif lain. Dengan bajet ini, bagi saya tiga tahun sahaja, maka macam-macam perubahan yang boleh saya buat.
Adakah Datuk akan bertanding di kawasan Dun atau Parlimen?
Itu belum tentu lagi, Mungkin saya boleh bertanding di kedua-dua peringkat. Tetapi, apa yang penting, saya tidak boleh tamak kerana orang yang tamak selalu rugi.
Bagi saya yang sudah berpengalaman lebih 20 tahun dalam Kabinet Sabah, Insya-ALLAH saya boleh lakukan perubahan di negeri ini.
Adakah Datuk pernah berasa kesal kerana keluar dari Umno dan BN?
Tidak, kerana saya membuat keputusan ini sebab semangat rakyat yang berkobar-kobar. Dahulu semasa saya dalam kerajaan, ketika saya mengadakan lawatan ke kawasan-kawasan, mereka yang turun hanyalah individu yang berjawatan sahaja.
Tetapi pada hari ini, apabila saya datang semula ke kawasan-kawasan itu, sokongan rakyat adalah lebih dari apa yang saya jangkakan. Dorongan ini yang membuatkan saya lebih kuat untuk berjuang.
Adakah Datuk yakin BN Sabah akan tumbang pada PRU13?
Saya yakin untuk Dun, pembangkang akan menguasai sekurang-kurangnya 35 kerusi dan sekali gus BN Sabah tumbang.
Jika PR memperoleh Sabah, adakah Datuk calon Ketua Menteri?
Belum tahu lagi. Bagi saya apa pun peranan saya tiada masalah. Bagi saya jawatan tidak penting. Apa yang paling penting adalah rakyat.
Bagi saya, saya tiada masalah dengan kepimpinan tertinggi Umno, saya cuma bermasalah dengan dasar parti. Perkara ini yang tidak boleh diterjemahkan oleh Perdana Menteri.-SinarHarian.
* Dapatkan temu bual penuh dalam Sinar Harian edisi Isnin, hari ini
Kerabat Diraja Terengganu Tengku Paduka Ibrahim Sertai Pas
Posted: 08 Oct 2012 03:07 AM PDT
Tengku Ibrahim menyerahkan borang keahlian Pas kepada Nik Abdul Aziz di Jabi semalam.

JABI – Kerabat Diraja Terengganu, Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah mengisytiharkan menyertai Pas semalam.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Tengku Paduka atau Ku Duka menyerahkan borang sebagai ahli Pas kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Tengku Ibrahim merupakan anak ketiga Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni al Marhim Sultan Zainal Abidin pernah menjadi Pengerusi Perhubungan Parti Melayu Semangat 46 dan menang dalam Pilihanraya Umum kelapan pada 1990 serta menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanggol selama sepenggal.
Setelah Semangat 46 dibubarkan pada Mei 1996, beliau kembali menyertai Umno sebelum mengisytiharkan keluar Umno serta menjadi ahli Pas semalam.
Menurut Tengku Ibrahim, beliau telah lama berhasrat untuk menyertai Pas tetapi hanya menunggu masa sesuai.
"Saya dulu Pas masa Semangat 46. Saya dengan Pas lama dah baik," katanya yang enggan menjelaskan faktor mendorong beliau menyertai Pas.
Pusat tidak konsisten isu royalti minyak
Dua lagi individu yang menyerahkan borang keahlian sempena perasmian perhimpunan Pas Ganti UMNO (PGU) 5.0 yang disempurnakan Nik Abdul Aziz semalam adalah bekas Ketua Penerangan Umno Kemaman ketika zaman Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, iaitu Datuk Omar Abu Bakar.
Bekas Wartawan Utusan Malaysia ini juga pernah menjadi Pegawai Perhubungan Khas kepada tiga bekas Menteri Pertahanan.
Seorang lagi yang mengikut jejak dua individu terbabit ialah bekas Ahli Majlis Industri Pertahanan Malaysia, Ahmad Amzad Mohamed@Hashim dari Kuala Terengganu.
Beliau adalah Pengerusi Eksekutif Norstar Technologi di Pulau Pinang dan pernah berkhidmat dalam bidang industri rekabentuk dan perbuatan perkapalan.
Hadir sama dalam program itu Setiausaha Agong Pas, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.
Sementara itu Wahid berkata, kemasukan beberapa tokoh itu menunjukkan semakin ramai menyokong Pas terutama dalam menghadapi PRU akan datang.
Dalam ucapannya beliau turut menyentuh isu royalti minyak apabila beliau mendakwa Kerajaan Negeri dan Pusat tidak konsisten serta berdolak dalik dalam menyelesaikan royalti yang dikatakan hak rakyat Terengganu.
Kabinat bayangan bukan dari PR
SEMENTARA itu Pas menafikan Pakatan Rakyat pernah mengeluarkan senarai Kabinet bayangan seperti yang disiarkan sebuah akhbar harian Khamis lalu.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Pas, PKR dan DAP tidak pernah membuat senarai Kabinet bayangan seperti yang didakwa tersebut.
"Senarai itu bukan dari Pakatan Rakyat dan bukan dari PKR. Kita tidak pernah buat macam itu. Kita ada perancangan tapi tidak boleh beritahulah," katanya yang menyifatkan senarai tersebut hanya direka oleh akhbar terbabit.
Mustafa berkata, Pakatan
Rakyat akan membuat pengumuman senarai anggota kabinet selepas Plihanraya Umum (PRU) ke 13 akan datang.
Pada Khamis lalu akhbar terbabit menyiarkan senarai Kabinet bayangan pakatan pembangkang jika mereka berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU akan datang.
Senarai itu dikatakan dipetik dari sebuah blog dan bahan tersebut pula didakwa diperoleh melalui sumber dalaman PKR.
Sementara itu Nik Abdul Abdul Aziz menyifatkan demonstrasi adalah sama seperti jemaah dalam solat bagi melambangkan kekuatan.
Menurut beliau, demonstrasi sebenarnya sudah lama diamalkan iaitu duduk rapat-rapat tetapi telah dihalang oleh kerajaan BN.
Taman ‘Port’ Remaja Untuk Memadu Asmara

Pasangan yang duduk berdua-duaan di Taman Rekreasi Tampin.
TAMPIN – Memalukan. Itulah luahan orang awam berikutan lokasi riadah pada waktu petang dicemari dengan segelintir pasangan muda memadu kasih di situ.
Tindakan pasangan berkenaan bukan saja melangkaui batasan agama, malah menunjukkan contoh kurang sopan kepada golongan kanak-kanak, lebih-lebih lagi kawasan itu menjadi tumpuan keluarga.
Itulah situasi yang berlaku di Taman Rekreasi Tampin, di sini, seolah-olah tiada pemantauan pihak berkenaan.
Penduduk tempatan, Azahar Kasim, 40-an berkata, dia sering menghabiskan waktu petangnya di taman berkenaan untuk berjoging.
Azahar mengakui sering ternampak pasangan kekasih muda atau mungkin masih di bangku sekolah berkelakuan tidak sopan di sebalik pokok besar di taman berkenaan.
"Mula-mula memang saya terperanjat dan malu kerana budaya ini tidak sepatutnya berlaku di negara ini.
"Namun, apabila ia semakin berleluasa, rasa malu saya bertukar menjadi marah dan berharap agar pihak berkenaan segera buat pemantauan,” katanya kepada Sinar Harian.
Tinjauan Sinar Harian juga mendapati, lokasi terbabit dicemari ‘drama’ segelintir pasangan seawal 2 petang di lokasi terlindung daripada orang ramai.
Seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Rahmat, 50-an berkata, dia kesal kerana taman rekreasi itu disalahgunakan golongan muda.
"Jika pasangan terbabit beri alasan mahu berehat di sini, kelakuan mereka tetap salah kerana duduk dengan pasangan bukan muhrim dalam keadaan mencurigakan,” katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin (MDT), Razali Bakar berkata, taman rekreasi itu adalah kemudahan yang terdapat berhampiran pusat bandar bagi membolehkan masyarakat beriadah dalam usaha membudayakan cara hidup sihat.
"Bagaimanapun, sekiranya perkara ini berlaku iaitu kelakuan tidak senonoh pasangan di lokasi tersembunyi di taman ini, diharap pihak berkenaan dapat memantau aktiviti tidak bermoral ini,” katanya.
40 Tahun Jadi Pengemis, Boleh Dapat RM200 Sehari

Berbekalkan cawan plastik, Wan Arifin mencari rezeki dengan meminta sedekah.
KOTA BHARU – Berbekalkan cawan plastik, Wan Arifin Ahmad,60, duduk bersila di atas tanah tanpa sebarang alas dan mengalunkan alunan zikir sambil tangannya yang memegang cawan tersebut dihulurkan ke hadapan untuk meminta simpati orang ramai.
Dia yang sudah 40 tahun mengemis berkata, hanya kerja tersebut yang mampu dilakukan olehnya disebabkan cacat penglihatan semenjak berumur tujuh tahun lagi.
"Pakcik tidak mampu hendak buat kerja lain, jadi inilah yang terbaik daripada duduk di rumah  menunggu bantuan daripada orang lain,'' katanya ketika ditemui di pasar malam pusat bandar Pasir Puteh.
Dia yang berasal dari Pasir Puteh berkata, setiap hari akan mengupah seorang lelaki dengan bayaran RM5 untuk menghantarnya ke mana-mana pasar pagi atau malam di sini dengan menaiki motosikal.
Wan Arifin berkata, sekali mengemis di mana-mana pasar pagi atau malam yang dikunjunginya itu dia akan memperoleh sekitar RM60 hingga RM70 sehari.
"Itu baru sehari, jika paginya pakcik mengemis di pasar pagi dan sebelah malamnya pakcik ke pasar malam pula, pendapatan sehari dapatlah RM200.
"Duit itu pakcik simpan sendiri untuk bekalan bila sudah tidak sihat nanti,” katanya yang kini menumpang di rumah rakannya sebaik sahaja kematian isteri tercinta beberapa tahun yang lalu.
Menurutnya, dia mempunyai dua orang anak lelaki tetapi kedua-duanya tidak menghiraukan dirinya sehingga terpaksa menumpang kasih dengan rakan seusianya.
Katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada membantu tetapi RM60 sebulan yang diterimanya tidak cukup untuk menampung kehidupan sehariannya itu.
Antara kelebihan yang ada pada Wan Arifin ialah, walaupun cacat penglihatan dia tahu mengecam nilai duit yang dihulurkan oleh orang ramai, dan katanya kecekapan tersebut dipelajari sepanjang 40 tahun mengemis.
Amy Search Terkilan Penampilan Nabila Pada Malam Anugerah Blokbuster

Penampilan Nabila Huda semasa Anugerah Blokbuster yang berlangsung kelmarin. 
SEJAK memegang gelaran ibu tunggal, nama Nabila Huda sering kali dikaitkan dengan pelbagai kontroversi.
Terbaru, penampilannya dalam Anugerah Blokbuster menjadi perbualan hangat apabila tampil dengan gaun hitam rekaan Alia Bastamam yang mendedahkan bahagian perut dan peha.
Seperti bintang Hollywood, Nabila, 28, berjaya mencuri tumpuan penonton walaupun tidak mengikut tema majlis 'colour blocking'.
Dua hari selepas majlis itu diadakan, pelbagai respons serta reaksi yang diterima daripada peminat mengenai penampilan seksi Nabila yang rata-ratanya mengkritik penampilannya.
Situasi itu turut dirasai bapanya, Amy yang ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, "memang saya tidak bersetuju dengan penampilannya pada malam itu.”
"Bagi saya ‘designer’ pun perlu tahu jenis pakaian yang direkanya serta dia (Nabila) sendiri perlu tahu apa yang dipakainya itu.
"Banyak lagi baju rekaan cantik yang boleh dipakai dan saya percaya dia sudah cukup dewasa untuk mengetahui serta berfikir dengan lanjut mengenai perkara itu," katanya yang turut membuat persembahan dengan mendendangkan tiga lagu pada majlis anugerah itu.
Amy turut berkata, "sekarang hasil kerja dan lakonan dia sudah semakin bagus.”
“Seharusnya dia menjaga penampilan dan imejnya, jangan sampai memberi peluang dan ruang untuk orang mengata, menghentam atau jatuhkan dia,” katanya lagi.
Nabila yang dihubungi Sinar Harian Online untuk mendapatkan komen belum berhasil.
Semasa menyampaikan anugerah bersama rakan penyampai, Zahiril Adzim, bahagian perut Nabila yang terdedah telah diliputi oleh kain lain yang seakan sama warna dengan gaunnya itu.
Nabila yang berkahwin dengan Zaidi Zailani bercerai tahun lalu.
Nikmatnya Perpisahan Insan ‘Bercouple’
Posted: 07 Oct 2012 09:49 PM PDT
“Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa clash dengan dia..”
“Kenapa pulak?”
“Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah.”
Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..
Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. Tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah.
Ya.. begitulah.. Memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber’couple’, iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu.
~Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih.
Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak ber’couple’. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada lagi episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan, membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama, dan macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin. Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.
Itu barulah ‘saling menyayangi’ namanya. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?
Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber’couple’ itu terlalu indah. Lalu kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to the point, ber’couple’ (sebelum nikah) tidak baik untuk kita. Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya ‘kehilangan’ atau perpisahan. Kerana ‘kehilangan’ atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita.
Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman;
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui”
(Surah al-Baqarah ayat 216)
“biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia.”
Sahabat-sahabat semua.. Marilah sama-sama kita renungkan… Belum tentu pasangan kita itu adalah suami kita atau isteri kita. Kita ‘bercouple’ bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa kita menyedarinya, waktu pagi bertemu berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa rasa bersalah, semuanya hanya keindahan yang sementara.
Jika pasangan kita itu ditaqdirkan menjadi suami atau isteri kita, keindahan yang selalu kita nikmati di fasa sebelum pernikahan semakin suram. Jika dulu hampir setiap hari bertemu, namun setelah berada di alam pernikahan pandang pun menjadi jemu. Segala keindahan alam perkahwinan yang sepatutnya dinikmati di fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun dirasai sebelum akad termeterai. Tiada lagi kejutan mahupun ‘suprise’ yang membahagiakan kerana hampir kesemua telah kita hadam dan menjadi perkara biasa kepada kita.
Kesimpulannya, serahkan lah hati kita kepada Allah. Simpankan rasa itu semata-mata hanya untuk Allah SWT. Biarkan Allah temukan hati yang mencintai Allah itu dengan hati yang lain, yang mana hati itu juga turut mencintai Allah. Yakinlah, jika kita menghiaskan hati ini dengan cinta Allah, pasti cinta yang hadir itu sentiasa mekar dan tidak akan layu. Malah cinta itu pasti kekal sentiasa kerana sandarannya juga adalah Zat yang Maha Kekal.
Marilah kita hayati dan amalkan doa ini. Semoga Doa Nabi Daud A.s ini memberi kita semangat dan teguh dalam mencinta Allah SWT sepenuh hati kita melebihi cinta kepada makhlukNya.
“ Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,
Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.
(Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda, “Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s”
Wallahu Ta’ala A’lam
Jiwang Karat Bersalut Islamik
Posted: 07 Oct 2012 09:04 PM PDT
Sejak akhir-akhir ni, ramai yang sudah mulai sedar mengenai haramnya bercouple sebelum nikah. Mungkin ramai yang kurang setuju dengan pendapat syadid ini. Apapun pandangan yang ada… Alhamdulillah, ianya sedikit sebanyak membawa satu perubahan yang sangat positif. Ramai yang semakin berusaha untuk mencari nilai cinta “High Class”.
Tapi….
Tidak dinafikan adakalanya diri ini naik mual dengan ayat-ayat yang di’post’ di alam maya, seperti..
“Duhai mujahidku, mujahidahmu menanti di sini”
“Wahai my future husband, saya sedang upgrade diri saya ni. Di manakah anda?”
“Nak solat tahajjud sama-sama dengan suami nanti…”
“Kasih saya hanya untuk suami”
Dan berbagai-bagai lagi status jiwang karat bersalut islamik di’post’ di alam maya.
Ya, cinta itu fitrah insani, tetapi tak perlulah sehingga terlalu berjiwang-jiwang dan berangan-angan di alam maya.
Ingatlah… isu ummah bukanlah couple yang dianggap halal semata-mata, tetapi banyak lagi sebenarnya. Isu membalut aurat dan bukannya menutup aurat, isu syria, isu palestin, dan banyaaaak lagi yang perlu kita titikberatkan.
Dan, kita juga perlu ingat, kita berubah menjadi lebih baik bukanlah kerana inginkan teman hidup yang baik semata-mata, tetapi kita ingin mendapatkan redha Allah!
Kenapa saya titikberatkan hal ini?
Cuba bayangkan. Kita upgrade diri kita menjadi orang yang lebih baik (contoh: memakai tudung) dengan harapan akan mendapat pasangan hidup yang baik, kerana janji Allah dalam surah an-nur.
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud;
“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”
(Surah an-Nur ayat 26)
Kemudian ditakdirkan Allah kita tidak mendapat juga pasangan hidup yang baik, sebaliknya dapat pula pasangan hidup yang kurang baik. Mungkin kita akan kecewa dengan Allah, dan mengatakan Allah memungkiri janji-Nya. Pada saat itu, ada tak kemungkinan untuk kita kembali menjadi seorang yang freehair? Ada kan?
Sedangkan Allah telah berfirman lagi:
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?”
(Surah al-Ankabut ayat 2)
Matlamat kita perlu jelas, iaitu untuk mendapatkan redha Allah dan mendapatkan syurga-Nya. Oleh itu, walau apa pun yang kita buat, biarlah ianya diniatkan kerana Allah!
- Artikel iluvislam.com
Tersembunyi Cinta Pada Tabir Usaha
Posted: 07 Oct 2012 08:53 PM PDT
Berjalanlah dan usah sesekali berhenti kerana anggapan manusia itu tidak mampu mengubah cinta Allah kepada kita. Dan sesungguhnya hal tepatnya jodoh itu adalah kerana keindahan waktu dan sedianya kita.
“Tanda cinta itu ialah berterusan rajin dan bersungguh-sungguh dengan kerinduan.” -Junaid Al-Baghdadi
Hujan itu menderas turunnya. Membasuh hati yang hampa. Mengisilah hati yang penuh berharap. Sujudnya tanpa ingkar. Derainya tak mahu dihenti. Semahunya, mungkin biar ia tamat di sejadah cinta seorang hamba. Rasa kecilnya, tak mampu untuk dihuraikan. Rasa kasihnya tak mampu dijelmakan oleh perilaku terindah. Hamba itu mengisi pilu dalam senyumnya. Pada malam yang terindah, harapnya terukir secebis taqwa.
Taqwa itu yang sering dipinta dalam hari-hari cinta. Lebam matanya sentiasa dikaburkan oleh senyum dan gelak persisi sufi di zaman Nursi dan Rumi. Biar kalian tidak mampu menjiwai. Hamba itu sentiasa menanti malam. Yang Tuhan telah janjikan. Berjalannya dalam hidup yang sentiasa dinikmati. Hanya pinta cinta dari Tuhannya.
Kerana sang kumbang itu, waham benar perihal cinta itu bersifat mua’llaq. Semoga potensi kan sentiasa berkembang. Semoga nawaitu sentiasakan bercahaya. Menanti yang tertulis. Tepatnya kerana kebersediaannya menjadikan hadirnya sebagai tulisan terindah.
Tuhan itu menjaga apa yang kita berusaha untuk menjaganya. Dan Dia temukan dengan mereka yang sentiasa yakin dan bersangka baik dengannya. Tentunya yang terpelihara itu terindah. Tentunya juga yang biasa itu terindah. Mungkin lebih terindah saat taubatnya memekar, tika setiap saatnya bernyawa. Tuhan yang menerima keindahan jiwa yang ingin memperbaiki diri. Tuhan yang sentiasa senyum pada kalimah cinta yang melebihkan-Nya berbanding dunia semata.
Agungnya cinta yang bernawaitukan Penguasa Cinta. Pemilik haqiqi manusia yang ingin dilamunkan cinta. Kerna waham yang jelas bisa merungkaikan kefasikan cinta. Bahwa cinta itu kan melenyap bersama lenyapnya sebab untuk bercinta. Qayyim yang bijaksana telah berkata. Dan itulah realiti cinta.
Berusahalah selagi termampu. Dan lupuskanlah segala cerita yang singgah dalam hidupmu. Kerna cinta kurniaan Allah itu menyentuhnya lebih terasa. Andai kenangan itu mekar hanya sebagai duri yang berada dalam jalanmu menuju ke Sana. Yang menjaga itu sungguh kuat. Yang menjaga itu seorang mukmin. Bukan lagi seorang muslim. Yang tenggelam timbulnya akhirnya bersifat sama terhadap ikhtilat sekeliling yang menyapa.
Dan malam itu larut dengan penuh damai. Maka nokhtah terukir. Tanda cinta agung memeluk erat jiwa hamba. Yang setia menanti cinta yang terpelihara. Sulitnya menjaga. Enaknya memendam air mata.
“Bahawasanya Aku apabila Aku lihat pada hati hambaKu, lantas Aku tidak mendapatkan dalam hatinya cinta pada dunia dan cinta pada akhirat, nescaya Aku penuhkan hatinya itu dari ‘cintaKu’ (padanya).” - Israiliyat, Allah kepada Isa a.s
‘Islamofobia’ Penyakit Ciptaan Orang Barat
Posted: 07 Oct 2012 08:30 PM PDT
Islamofobia
MUNGKIN benar ada sekumpulan pelampau agama yang menjadi ancaman sebenar kepada keamanan dunia.
Tetapi adakah sekumpulan manusia ini, yang merentasi pelbagai agama, boleh dijadikan alasan untuk dunia menyerang semua orang dalam agama itu?
Di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, inilah yang berlaku terhadap orang Islam. Hanya kerana propaganda AS yang tidak henti-henti bercakap mengenai pengganas Al-Qaeda, yang jumlahnya mungkin tidak sampai 0.1 peratus pun daripada jumlah umat Islam, satu stereotaip dilemparkan kepada orang Islam.
Sehingga Biro Penyiasatan Persekutuan AS (FBI) membuat manual khas untuk mengenal pasti personaliti seorang Muslim. Lebih panjang janggut mereka, lebih ganas lah mereka.
Jadi apa yang menghairankan apabila November lalu, FBI mengeluarkan statistik jenayah m kebencian terhadap orang Islam di AS sepanjang 2010 meningkat hampir 50 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Laporan itu menunjukkan jenayah yang dibuat berdasarkan rasa prejudis terhadap orang Islam meningkat kepada 160 pada 2010 berbanding 107 pada tahun sebelumnya.
Pertubuhan Human Rights First menyuarakan kebimbangan terhadap angka itu.
"Peningkatan ketara dapat dilihat mengenai keganasan anti-Muslim. Kami telah lama menuntut jenayah anti-Muslim, dan juga jenayah terhadap agama lain, dilihat sebagai pencabulan serius hak asasi manusia.
"Kerajaan AS perlu berbuat sesuatu untuk menandingi masalah ini," kata wakil kumpulan itu, Paul Legendre.
Sentimen begitu kuat di AS terhadap orang Islam menjadikan agama itu satu ba- hagian penting dalam perbincangan sebelum pilihan raya negara itu, bulan depan.
Di seluruh negara, peningkatan Islamofobia menyebabkan orang Islam sukar membina masjid dan mengamalkan ajaran Islam, iaitu hak mereka yang tertakluk di dalam perlembagaan AS.
Dalam pertandingan calon presidenkali  ini, ada calon meletakkan Islam dalam konteks negatif dalam usaha mereka menaikkan populariti dalam kalangan rakyat yang mereka anggap tidak mesra Islam.
Sebagai contoh, bekas calon presiden, Herman Cain sebelum ini pernah berkata, jika dia dipilih sebagai Presiden AS, dia berjanji tidak akan melantik orang Islam dalam Kabinet.
Walaupun ia kedengaran mengejutkan,  tetapi apa yang dikatakan Cain menjadi penanda keadaan Islam di AS. Pada 2010, calon Kongres Republikan menggunakan isu cadangan pembinaan pusat komuniti Islam di New York yang ingin dibina berhampiran tapak bangunan Pusat Dagangan Dunia dan undang-undang Sharia untuk mendapatkan sokongan.
Bulan lalu, satu iklan berunsur anti- Islam, pro-Israel ditampal di 10 lokasi stesen keretapi bawah tanah di New York.
Ia menyebut: "Dalam mana-mana peperangan di antara lelaki bertamadun dan haiwan buas, sokonglah lelaki bertamadun.
Sokong Israel. Tewaskan Jihad".
Pengurusan stesen kereta api itu cuba menghalang iklan itu daripada ditampal, tetapi kumpulan yang membiayai iklan menghina Islam, terutama orang Palestin itu, memenangi
arahan mahkamah supaya iklan itu terus ditayangkan.
Seorang aktivis berketurunan Mesir- Amerika ditahan polis dua hari selepas iklan itu ditayangkan, kerana dia menconteng iklan biadap itu.
Sementara itu, sentimen Islamofobia yang kuat juga dilihat di Eropah, terutama selepas peristiwa serangan 9/11, menunjukkan betapa AS berjaya dalam perang psikologi menjenamakan orang Islam sebagai pengganas.
Satu tinjauan dilakukan oleh Yayasan Friedrich Ebert di Britain baru-baru ini mendapati sebanyak 45 peratus rakyat negara itu percaya terdapat terlalu ramai orang Islam di sana.
Racun Islamofobia ini juga telah menjangkiti politik Eropah.
Menurut tinjauan Pew Research Center, hampir 6 daripada 10 orang Eropah percaya orang Islam adalah pelampau dan separuh daripada mereka percaya orang Islam adalah ganas.
Di Belanda, sebuah parti politik anti- Islam diketuai Geert Wilders adalah yang ketiga terbesar di Parlimen, menunjukkan parti itu mendapat sokongan kuat rakyat Belanda.
Lihat pula di Switzerland, negara dikenali tenang dan indah. Rupanya hatimereka tidaklah seindah muka bumi ciptaan ALLAH SWT kepada mereka.
Parti Rakyat Swiss, iaitu yang terbesar di negara itu, memenangi pungutan suara mengharamkan pembinaan menara masjid yang digelar setiausaha agung parti itu sebagai 'simbol kuasa Islam'.
Ketika pungutan suara itu dijalankan, sebuah masjid di Geneva berulang kali dirosakkan pelampau.
Perancis adalah negara dengan jumlah penduduk Islam terbesar di Eropah.
Tetapi tindakan kerajaan yang berterusan menyasarkan orang Islam menyebabkan tinjauan dilakukan akhbar utama, Le Monde menunjukkan 42 peratus rakyat negara itu percaya kehadiran orang Islam menjadi ancaman kepada mereka.
Parti politik National Front yang membawa sentimen anti-Islam mendapat undian paling tinggi dalam sejarahnya semasa pilihanraya umum Perancis, April lalu. Di Denmark, parti politik ketiga terbesar negara itu iaitu Parti Rakyat,berjuang menentang 'pengIslaman' dan menuntut migrasi semua orang bukan Barat ditamatkan.
Parti anti-Islam Vlaams Belang pula semakin mendapat tempat di Belgium, negara yang mempunyai perdana menteri homoseksual pertama.
Ini membuktikan Islamofobia telah menjadi penyakit di Eropah.
Adakah orang Barat akan menerima cadangan OIC supaya Islamofobia dijadikan jenayah, sama sebagaimana negara lain menghalang ucapan anti-Yahudi? Mungkin tidak.
”Kalahkan Newcastle, Percapaian Terbaik MU” – Ferguson
Posted: 07 Oct 2012 08:17 PM PDT

Pemain Newcastle United, Cheik Tiote (kanan) tengah bersaing dengan penyerang Manchester United, Wayne Rooney dalam pertemuan semalam.
PENGURUS Manchester United (MU), Sir Alex Ferguson memuji pasukannya apabila mencatat kemenangan 3-0 ke atas Newcastle dan menyifatkan prestasi itu sebagai paparan terbaik mereka musim ini.
“Ia adalah kemenangan yang besar ini kerana  kita datang ke sini menentang sebuah pasukan yang kuat dan agresif.
“Tapi, kita boleh menang 3-0. Pemain betul-betul telah membuktikannya,” kata Ferguson.
Tambah Ferguson: “Dulu masa menentang Tottenham rentak permainan pemain kurang menyerlah, tapi hari ini (semalam), kita di landasan yang sebenar.”
“Pemain sangat hebat dan saya gembira dengan kemenangan ini,” jelasnya.
Dalam pada itu, Ferguson juga menyifatkan dengan kemenangan ini pasukan mereka mampu memintas Chelsea yang kini mengungguli persada Liga Perdana Inggeris (EPL).
“Ia meyakinkan saya untuk kembali mengungguli EPL.
“Tapi saya akui ada sedikit tekanan apabila kita berusaha untuk tidak ketinggalan jauh dengan Chelsea.
“Apa pun, masih belum terlambat,” kata beliau lagi.
MU kini melonjak ke tangga kedua Liga EPL dengan mengutip 15 mata setelah mencatat kemenangan 3-0 ke atas Newcastle menerusi jaringan Jonny Evans, Patrice Evra dan Tom Cleverley.
comments | | Read More...

Pawagam terbelah dua ketika tayang filem "Innocence of Muslims"?

Penulis : Ikhtiaruddin on Tuesday, October 2, 2012 | 6:29 PM

Tuesday, October 2, 2012

SEJAK semalam, tersebar sekeping gambar mendakwa kononnya sebuah pawagam di Amerika Syarikat telah terbelah dua ketika sedang menayangkan filem anti-Islam, "Innocence of Muslims". Gambar ini tersebar di laman-laman sosial facebook dan twitter. Malah ReJaM© sendiri sudah menerima lebih sepuluh mesej sebaran "broadcast messages" melalui Blackberry Messengger. Di bawah ini gambar yang dimaksudkan.
Hal ini membuatkan ReJaM© rasa terpanggil untuk menjelaskan bahawa, berita yang disebarkan ini sebenarnya adalah berita palsu. Gambar tersebut sebenarnya telah diambil daripada kejadian gempa bumi yang berlaku di Chile pada 2010. Jika anda menggunakan carian di Google, dengan keyword "2010 Chile Earthquake" (2010 Gempa Bumi Chile) anda akan dapat melihat sendiri hasil carian memaparkan gambar bangunan yang serupa seperti gambar yang disebarkan di atas.




Harap sahabat pembaca tolong sebarkan artikel ini, agar sebaran berita palsu ini dihentikan. Anda akan membuatkan Islam menjadi bahan gelak ketawa dengan penyebaran cerita bohong seperti ini.


Iklan Text:  Jana Pendapatan Pasif >> Klik Sini.
Iklan Text: Buat Duit Dengan Cetak Baju >> Klik Sini
Iklan Text: Konvention Pakar Bisnes Internet >> Klik Sini
comments | | Read More...

Categories

About

Blogroll

 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Berita Meletop . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger